Friday, December 25, 2015

RAHSIA KEHEBATAN ZIKIR DAN AMALAN AL ASMA AL HUSNA

1. ALLAH.
Yang mencipta sekalian makhlukNya daripada tiada kepada ada. Ia merupakan nama yang meliputi serta mencakupi seluruh nama-namaNya yang lain.Sesiapa yang mengamalkan YA ALLAH sebanyak 5000 kali setiap malam, selama sebulan, insyaallah akan menjadikan hati kusyuk dan tawadhuk, juga segala apa yang dihajati akan tercapai.

2. AR- RAHMAN ( MAHA PEMURAH )
Bersifat Pemurah dengan mengurniakan rahmat dan kemakmuran terhadap semua hamba-Nya didunia tanpa membeza-bezakan sama ada mereka itu Muslim atau Kafir, yang taat maupun yang engkar. Segala kurniaanNya tersimpul sebagai rahmat dan nikmat.
Amalkan zikir YA RAHMAN 100 kali setiap selepas solat, insyaallah akan terhindar dari sifat lalai dan pelupa, mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

3. AR- RAHIM ( MAHA PENYAYANG )
Yang bersifat Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari kiamat, sekalipun mempunyai iman seberat zarah, mereka tidak akan kekal didalam neraka dan akan mengecap syurga jua akhirnya. Namun bagi golongan yang ingkar , di akhirat kelak mereka tidak akan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah, serta bakal ditempatkan di Neraka.
Membaca YA RAHIM setiap hari akan dilembutkan hatinya dan akan timbul perasaan sayang kepada sesama makhluk. Jika dibaca 100 kali selepas solat Subuh akan disayangi dan disukai oleh orang ramai.

4. AL- MALIK ( MAHA MEMERINTAH )
Yang Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Dialah raja dari segala raja-raja, yang memiliki dan menguasai seluruh alam ini, dunia dan juga akhirat. Dialah yang berkuasa meminjamkan kekuasaan itu kepada sesiapa, dan Dialah juga yang mencabut kekuasaan tersebut daripada sesiapa menurut kehendak-Nya.
Sesiapa membaca YA MALIK sebanyak 121 kali setiap hari, yakni setelah terbit fajar atau tergelincir matahari, insyaallah akan dilimpahkan kekayaan harta dan jiwa oleh Allah, jika dibaca 100 kali setiap pagi,insyaallah akan bersih hati dan diri menjadi terhormat.

5. AL- QUDDUS ( MAHA SUCI )
Allah Maha Suci dan bebas daripada segala kekurangan, kesilapan , kelemahan, ketidakupayaan dan sebarang cacat cela. 
Sesiapa yang membaca YA QUDDUS – 100 kali setiap hari, ketika tergelincir matahari, insyaallah akan bersih hatinya dari sifat sombong, rakus ,dengki, iri hati, dendam serta terlepas dari kebimbangan. Membacanya 1000 kali, insyaallah akan diselamatkan dari malapetaka.

6. AS- SALAM ( MAHA MEMBERI KESEJAHTERAAN )
Maha Sejahtera daripada segala kekurangan dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba-Nya serta memberi kenikmatan kepada ahli syurga. Sesiapa yang membaca YA- SALAM sebanyak 160 kali dihadapan orang yang berpenyakit , insyaallah akan sembuh penyakitnya selama belum sampai ajalnya atau sekurang-kurang bertambah ringan penyakitnya.
Sesiapa yang membacanya ketika merebaknya wabak penyakit, insyaallah akan diselamatkan daripada wabak penyakit itu. Bacaannya ialah:
ASSALAMMU KAULAN MIRRABBIRAHIM.
( Kepada mereka dikatakan salam( kesejahteraan ), sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. ) Di baca 28 kali setiap hari.
Sesiapa yang membaca ayat ini 100 kali setiap hari, insyaallah dia tidak merasai kesakitan sakaratulmaut. Bacaannya ialah:
ASSALAMUALAIKA AYYUHANNABIU WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 ( Kesejahteraan keatas kamu wahai nabi dan Rahmat Allah serta keberkatanNya.)

7. AL- MU’MIN 9 MAHA PEMELIHARAAN KEAMANAN )
Allah yang Maha Memiliki dan Memelihara Keamanan. Dialah Allah menjadikan alam dan mentadbirnya dengan hokum dan peraturan yang lengkap, adil dan teratur. Daripada-Nya jualah terbitnya keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.

Sesiapa yang membaca YA MU’MIN sebanyak 136 kali, maka amanlah dirinya dan hartanya dari sebarang yang menakutkan.
Jika diamalkan sebagai wirid, insyaallah akan terselamat dari sebarang bencana, dan bertambahlah imannya.

8. AL- MUHAIMIN ( MAHA MELINDUNGI DAN MEMELIHARA )
Allah Maha Melindungi dan Maha Memelihara setiap sesuatu. Dialah yang Maha Melindungi serta Memelihara seluruh makhlukNya pada setiap ketika dan keadaan.
Sesiapa yang membaca YA MUHAIMIN sebanyak 100 kali selepas solat sunat dua rakaat ( terutama pada waktu tengah malam ), insyaallah dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya.
Membaca sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaallah akan kuat hafalannya( ingatan ).

9. AL- AZIZ ( MAHA MULIA / PERKASA )
Allah Maha Mulia dan Maha Perkasa dan serta mampu melakukan segala kehendakNya. Dialah yang Maha Mulia kerana keperkasaan-Nya pada zat sifat dan perbuatan-Nya. Kemuliaan dan keperkasaan Allah kerana Keagungan-Nya. Dialah yang disembah, dimuliakan dan diagungkan segala yang ada di langit dan dibumi.
Berzikir YA AZIZ sebanyak 140 kali selama 40 hari, insyaallah akan mendapat kemuliaan dan kewibawaan.

10. AL- JABBAR 
(  MAHA PERKASA/ MAHA KERAS )
Zat yang tidak dapat dialahkan,dan tiada sesuatupun yang dapat berselisihan dengan-Nya mengenai apa sahaja.
Selalulah berzikir YA JABBAR , insyaallah akan terpelihara daripada melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat, terselamat daripada bahaya dan ancaman serta terhindar dari sebarang bentuk paksaan.

11. AL-MUTAKABBIR 
(MAHA BESAR / MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN)
Yang Maha mempunyai sifat keagungan dan kemegahan. Dialah Allah yang Maha Besar. Hanya Dialah berhak menyombongkan diri kerana Keagungan-Nya yang mutlak. Allah berfirman : “ Tiada Tuhan selain Aku dan Muhammad rasul-Ku, Islam adalah agama-Ku, ikutlah perintah-Ku, tiada yang hak dan berhak disembah selain Aku. Janganlah sesiapa meniru Takabbur-Ku. Sesiapa yang melakukannya, Nerakalah tempat tinggalnya.”
Sesiapa yang membaca YA MUTAKABBIR sebanyak 662 kali setiap hari, insyaallah orang yang takabur dan sombong akan tunduk padanya.

12. AL- KHALIQ ( MAHA PENCIPTA )
Yang Maha Menciptakan seluruh makhluk-Nya daripada tiada kepada ada tanpa sebarang perantaraan. Dialah Khaliq, selain-Nya adalah makhluk. Dialah yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku ke atas makhluk ciptaan-Nya. Sesiapa yang membaca YA KHALIQ pada waktu malam , Allah swt akan mengirimkan malaikat yang akan membantunya untuk menjalani kehidupan di atas jalan yang benar.
Bacalah 5000 kali setelah solat sunat dua rakaat, insyaallah harta atau orang kesayangan yang hilang akan kembali semula padanya.

13. AL- BARI ( MAHA MENGADAKAN )
Mengadakan setiap sesuatu yang bernyawa yang ada permulaannya. Segala hak penciptaan hanya milik Allah secara mutlak.
Sesiapa yang membaca YA BARI  sebanyak 100 kali setiap malam dan diwiridkan selama tujuh malam berturut-turut, insyaallah akan disembuhkan segala penyakit yang dihadapinya.

14. AL- MUSAWWIR ( MAHA PEMBENTUK )
Maha pembentuk segala rupa makhluk-Nya yang berbagai bentuk dan unik, indah dan sempurna.
Sesiapa yang membaca YA MUSAWWIR sebanyak 336 kali, insyaallah segala yang dikerjakan akan menjadi baik. Jika perempuan hendak bersalin, puasa selama 7 hari dan ketika berbuka bacalah pada air, YA KHALID, YA BAARI dan YA MUSAWWIR sebanyak 21 kali lalu berbuka dengan meminum air itu maka akan dimudahkannya bersalin.

15. AL- GHAFFAAR ( MAHA PENGAMPUN )
Sesiapa yang membaca YA GHAFFAAR sebanyak 100 kali setelah mengerjakan solat jumaat, maka akan diberikan keampunan oleh Allah. Jika dibaca sebanyak 70 kali  maka akan diberikan harta dan anak yang banyak.

16. AL- QAHHAAR ( MAHA MENGUASAI )
Maha menguasai akan setiap makhluknya dan tiada suatu apapun yang dapat mengatasiNya.
Sesiapa yang membaca YA QAHHAAR sebanyak 306 kali sehari, insyaallah akan terhapus dari hatinya perasaan cinta dunia dan Allah akan menolongnya menghadapi musuhnya. Jika ada hajat dibaca 100 kali lalu berdoa agar hajatnya ditunaikan Allah.

17. AL- WAHHAAB ( MAHA PEMBERI )
Allah Maha Pemberi segala nikmat yang kita perolehi seperti mata, telinga, pendengaran, udara dan lain-lain. Sesiapa yang membaca YA WAHHAAB sebanyak 300 kali setelah solat fardhu maka akan diberikan Allah kekayaan, kehebatan dan kebesaran. Menyebutnya 7 kali semasa memohon sesuatu, insyaallah permohonannya akan dikabulkan.

18. AR- RAZZAAK
 ( MAHA PEMBERI REZEKI )
Maha pemberi segala rezeki dan nikmat kepada semua makhluknya di dunia ini tidak kira manusia ataupun haiwan.
Sesiapa yang membaca YA RAZZAK 20 kali sebelum sarapan selama 20 hari, insyaallah akan diberikan kefahaman dalam sesuatu perkara. Untuk murah rezeki hendaklah dibaca 10 kali setelah selesai solat subuh, berdiri di sebelah kanan rumah dengan menghadap kiblat. Baca 10 kali di kiri rumah dan 10 kali di tengah rumah dan akhir sekali 10 kali di belakang rumah.

19. AL- FATTAAH ( MAHA MEMBUKA )
Maha pembuka pintu rahmat-Nya kepada semua makhluknya, juga membuka pintu kemaafan kepada yang ingin bertaubat.
Sesiapa yang membaca YA FATTAH sebanyak 71 kali selepas solat subuh dan diletakkan tangan di atas dada, maka Allah akan bersihkan hatinya, dipermudahkan segala urusan dan menghindarkan dirinya dari cinta dunia.

20. AL-‘ALIIM ( MAHA MENGETAHUI )
Maha mengetahui segala apa jua yang berlaku di alam ini, juga apa yang tersembunyi walaupun di mana sahaja.
Sesiapa yang membaca YA ALIIM sebanyak 100 kali selepas solat fardhu, insyaallah akan memperolehi ma’rifat dan iman yang sempurna. Dan jika selalu menjadi wirid maka hatinya akan disinari cahaya yang suci.

21. AL-QAABIDH ( MAHA PENYEMPIT )
Allah Maha Pemberi rezeki, tetapi Allah juga boleh menyempitkan rezeki setiap hamba-Nya.Sesiapa yang membaca YA QABIDH sebanyak 1000 kali dengan niat menghalang kezaliman orang, insyaallah akan menyebabkan orang itu tidak sanggup berbuat zalim. Jika dibaca 100 kali di malam jumaat, maka akan semakin hampir dirinya kepada Allah.

22. AL- BAASITH ( MAHA MELAPANGKAN )
Maha penyayang akan hamba-Nya dan melapangkan segala urusan hamba-Nya.Sesiapa yang membaca YA BAASITH sebanyak 10 kali selepas solat Dhuha maka akan diperluaskan rezekinya. Dibaca 300 kali sambil ditadahkan tangan lalu disapu ke muka akan dibukakan pintu kejayaan.

23. AL- KHAAFIDH ( MAHA MENJATUHKAN )
Maha mnejatuhkan jika hamba-Nya itu ingkar dan sombong akan segala perintah-Nya.Sesiapa yang membaca YA KHAAFIDH sebanyak 500 kali setiap hari dalam keadaan kusyuk dan bersih dari hadas, maka akan dikabulkan Allah hajatnya untuk menjatuhkan martabat musuh. Jika dibaca 1000 kali akan diberi keamanan daripada musuh.

24. AR- RAAFI’ ( MAHA MENINGGIKAN )
Jika kita selalu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya, Allah akan meninggikan darjatnya.Sesiapa yang membaca YA RAAFI sebanyak 70 kali setiap hari terutama pada waktu malam, akan terpelihara daripada kecurian, rompakan dan sebagainya. Jika dibaca 70 kali ketika didatangi orang yang zalim, insayallah akan selamat daripada aniayanya.

25. AL- MU’IZZ ( MAHA MEMULIAKAN )
Allah akan memuliakan hamba-Nya jika hamba-Nya itu berpegang teguh kepada agama dan beramal soleh.Sesiapa yang membaca YA MU’IZZ 140 kali selepas solat isyak setiap malam isnin dan jumaat, insyaallah akan menjadi mulia dalam pandangan orang dan dia juga tidak di pandang takut oleh orang lain. Dia juga tidak akan takut selain dari Allah sahaja.

26. AL- MUZIL ( MAHA MENGHINAKAN )
Allah akan menghinakan hamba-Nya yang melanggar syariat dan perintah-Nya.Banyakkan membaca YA MUZIL sebanyak yang mungkin jika ada orang yang liat membayar hutang, jika dibaca 75 kali, insyaallah akan dijauhkan Allah dari bahaya orang yang ingin memudaratkannya.

27. AS- SAMII’ (MAHA MENDENGAR )
Allah Maha Mendengar walaupun hamba-Nya itu berbicara di dalam hatinya sekalipun.Sesiapa yang membaca YA SAMII’ sebanyak 500 kali setelah solat Duha pada hari khamis, maka doanya akan dikabulkan Allah dan disembuhkan penyakit pekak atau pendengarannya akan semakin baik.

28. AL- BASIIR ( MAHA MELIHAT )
Allah Maha Melihat dan kita tidak dapat bersembunyi atau melarikan diri daripada-Nya walau di mana sahaja.
Sesiapa yang membaca YA BASIIR sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah akan bertambah cerdas hatinya menerima pengajaran. Jika selalu dibac tidak kira siang dan malam, akan disembuhkan daripada penglihatan yang lemah.

29. AL- HAKAM ( MAHA MENETAP HUKUM )
Allah sebagai hakim yang menetapkan hukum dan tiada siapapun yang dapat menolak keputusannya.Sesiapa yang membaca YA HAKAM sebanyak 68 kali selepas tengah malam, dan bersih dari hadas dan najis dalam keadaan kusyuk, insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmat.

30. AL- ‘ADL ( MAHA ADIL )
Allah Maha Adil yang membalas segala amalan hamba-Nya dengan penuh keadilan dan bijaksana.Sesiapa yang membaca AL- ‘ADL 104 kali selepas solat fardhu, insyaallah akan menjadi seorang yang adil dan masyhur. Jika dibaca 100 kali selepas solat Jumaat, insyaallah akan terhindar dari perbuatan jahat.

31. AL- LATIIF ( MAHA LEMBUT HALUS )
Allah Maha Lembut keatas semua hamba-Nya dan juga mengetahui semua perkara walaupun sekecil mana sekalipun.Sesiapa yang jatuh miskin hendaklah banyak menyebut YA LATIIF sebanyak 100 kali selepas solat sunat dua rakaat, maka kehendaknya akan dipenuhi oleh Allah. Jika dibaca 130 kali, insyaallah perniagaannya akan menjadi maju.


32. AL- KHABIIR ( MAHA MENGETAHUI )
Allah mengetahui setiap apa yang dikerjakan makhluk-Nya atau sentiasa mengawasi setiap perbuatan mereka.
Sesiapa yang membaca YA KHABIIR, insyaallah akan dihindarkan dari perbuatan orang yang selalu menyakitinya dan jika selalu  membacanya akan terhenti daripada tabiat yang buruk. 


33. AL- HALIIM ( MAHA PENYANTUN )
Allah yang penyantun tidak terburu-buru untuk menghukum atau menyiksa hamba-Nya yang melakukan maksiat kepada-Nya.
Sesiapa yang menyebut AL- HALIIM 88 kali setelah solat fardhu, insyaallah akan bertambah baik kedudukan dan pangkatnya. Jika dibaca ke telinga orang yang sakit, insyaallah akan sembuh sakitnya.


34. AL- ‘AZIIM ( MAHA AGUNG )
Maha Agung kerana bersifat dengan segala sifat kebesaran dan keagungan.Sesiapa yang membaca AL-‘AZIIM sebanyak 12 kali setiap hari maka penyakitnya akan segera sembuh dan terhindar dari kejahatan. Jika dibaca sebanyak 1020 kali, insyaallah penyakitnya akan sembuh. Jika tiada penyakit, ia akan memperolehi kebesaran dan kemuliaan.

35. AL- GHAFUUR ( MAHA PENGAMPUN )
Allah yang mempunyai sifat pengasih yang akan mengampunkan segala taubat hamba-Nya.Sesiapa yang sakit kepala atau demam hendaklah selalu membaca YA GHAFUUR berulangkali, insyaallah akan hilang sakitnya . Jika dibaca 7000 kali setiap malam , insyaallah segala kesulitannya akan hilang.

36. AS-SYAKUUR ( MAHA MENSYUKURI )
Allah yang membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya walau sekecil mana sekalipun.Selalulah membaca YA SYAKUUR 
sebanyak 11 kali setiap hari, insyaallah masalah-masalah yang dihadapi akan dapat diatas. Dibaca 5000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kebaikan di akhirat.

37. AL- ‘ALIY ( MAHA TINGGI )
Allah Maha Tinggi dan tiada sesuatu apapun yang dapat menandingi ketinggian Allah.Jika selalu membaca YA- ‘ALIY ketika bermusafir ,anda akan kembali dengan selamat. Jika wanita yang lambat bertemu jodoh hendaklah membaca YA ‘ALIYUL ‘AZIM sebanyak 11 kali, dan ayatul kursi lalu hembus ke tapak tangan lalu disapu ke muka.


38. AL- KABIIR ( MAHA BESAR )
Kebesaran Allah tidak dapat diukur oleh akal fikiran manusia dan tiada satu makhlukpun yang dapat menandingi kebesaran-Nya.
Jika dibaca YA KABIIR 1000 kali kedudukan kita akan meningkat naik, dibaca 232 kali akan dilapangkan oleh Allah untuk melangsaikan hutangnya. Pelajar yang baca 232 kali setelah solat fardhu insyaallah akan lulus dalam ujian yang dihadapinya.

39. AL- HAFIIZ ( MAHA PEMELIHARA )
Allah akan selalu menjaga kita jika selalu berdoa agar dilindungi oleh-Nya.
Jika dibaca YA HAFIIZ 99 kali ketika berada di dalam hutan maka akan diselamatkan Allah dari binatang buas. Jika dibaca sebanyak 11 kali selepas solat subuh atau maghrib insyaallah akan selamat dari kemalangan dan malapetaka.

40. AL- MUQIIT ( MAHA MENCUKUPKAN )
Allah menjaga segala sesuatu dan memberi segala keperluan dan mencukupkan seperti makanan dan miniman untuk semua makhluk-Nya.
Jika berzikir dengan banyaknya YA MUQIIT akan mengurangkan lapar dan dahaga. Jika dibaca 41 kali dan dihembus di dalam air lalu diminum, insyaallah akan menyihatkan badan.
41. AL-HASIIB ( MAHA MENGHITUNG )
Allah akan menghisab atau menhitung akan semua amalan baik dan jahat setiap hamba-Nya.Dibaca YA HASIIB sebanyak 777 kali sebelum solat subuh atau sebelum matahari terbit dan sebelum solat maghrib maka akan mengukuhkan kedudukan anda di tempat kerja.

42. AL- JALIIL ( MAHA LUHUR )
Allah memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifat-Nya.Dibaca YA HASIIB 21 kali oleh wanita yang hamil agar diri dan anaknya sihat. Dibaca 73 kali di awal pagi, insyaallah dengan sifat pemurah-Nya akan diangkat darjat dan kedudukannya.

43. AL-KARIIM ( MAHA MULIA )
Allah Maha Mulia dan Pemurah serta memberi segala nikmat kepada hamba-Nya.Dibaca YA KARIIM 270 kali sebelum tidur dan Allah akan menjadikan anda mulia di dunia dan akhirat, jika dibaca 100 kali akan terhindar dari penyakit dan kemiskinan.

44. AR-RAQIIB ( MAHA MENGAWASI )
Allah mengawasi segala sesuatu, mengawal dan menjaga setiap amal perbuatan yang dilakukan hamba-Nya.Dibaca YA RAQIIB 50 kali dengan niat Allah melindungi harta, insyaallah akan dilindungi-Nya, jika isteri yang mengandung bimbang akan keguguran, banyakkan wirid, insyaallah akan selamat.

45. AL-MUJIIB ( MAHA MENGABULKAN )
Allah Maha Mengabulkan segala permintaan hamna-Nya dan selalulah berdoa agar selalu dikabulkan Allah.Dibaca YA MUJIIB sebanyak 521 kali selepas solat isyak diikuti surah 
al-fatihah, insyaallah segala masalah yang berat akan berjaya diatasi. Jka dibaca 55 kali setiap kali selepas solat subuh, doa kita akan dikabulkan Allah.

46. AL-WAASI’ ( MAHA LUAS )
Allah Maha Luas keupayaan-Nya dan rahmat-Nya meliputi segala apa yang ada pada sekalian makhluk-Nya.Dibaca YA WAASI’ sebanyak yang mungkin maka masalah kewangan yang dihadapi akan dapat diselesaikan. Jika dibaca 128 kali sehari akan dilindungi dari kebimbangan dan irihati.

47. AL- HAKIIM ( MAHA BIJAKSANA )
Allah Maha Bijaksana dalam menyusun dan mengatur seluruh alam dengan segala kesempurnaan.Dibaca YA HAKIIM sebanyak 300 kali setiap hari, insyaallah akan cerdas akal dan fikirannya dalam menghadapi pelajaran. 
Jika dibaca 111 kali berterusan maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi mudah.

48. AL- WADUUD ( MAHA MENYINTAI )
Allah Maha Menyintai setiap hamba-Nya terutamanya yang beriman dan beramal saleh.Dibaca YA WADUUD 1000 kali setiap hari. Insyaallah diperbaiki segala urusannya di dunia dan akhirat. Jika dibaca 10000 kali setiap malam, maka rumahtangga itu akan bahagia dan segala apa yang dihajati akan ditunaikan Allah.


49. AL- MAJIID ( MAHA MULIA )
Kemuliaan Allah meliputi sekalian makhluk-Nya dan kemuliaan-Nya bersifat abadi dan tiada akhirnya.
Dibaca YA MAJIID sebanyak 99 kali setiap hari selepas solat subuh lalu dihembus ke tapak tangan dan disapu ke muka, insyaallah akan dihormati dan disayangi keluarga. Jika selalu dibaca, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.

50. AL- BAA’ITS ( MAHA MEMBANGKITKAN )
Allah Maha Membangkitkan segala makhluk-Nya yang sudah lama sekalipun ia mati.Di baca YA BAA’ITS 101 kali sambil meletakkan tangan di atas perut sebelum tidur, insyaallah anda akan bermimpi baik. Baca 70 kali sambil meletakkan tangan di dada sebelum menemui pemerintah atau sebagainya, insyaallah akan diperkenan apa yang dikemukakan.

51. AS-SYAHIID ( MAHA MENYAKSIKAN )
Allah Maha Menyaksikan setiap yang dilakukan hamba-Nya dan diakhirat Allah menjadi saksi semua perbuatan hamba-Nya.Dibaca YA SYAHIID sebanyak 319 kali setiap malam, anda akan menjadi seorang hamba yang baik dan taat kepada perintah Allah. Jika ada anak yang nakal dan degil, selalulah menyebutnya terhadap anaknya itu, insyaallah anaknya itu akan mengikut katanya.

52. AL- HAQ ( MAHA BENAR )
Allah Maha Benar dalam semua firman yang diturunkan-Nya, dan janji-Nya pada hari kemudian. Dibaca YA HAQ 21 kali dalam doa, insyaallah akan menjumpai semula barang yang hilang, jika takut akan ancaman orang yang berbuat jahat maka bacalah 21 kali setiap hari, insyaallah akan dilindungi.

53. AL- WAKIIL ( MAHA PEMELIHARA )
Allah Maha Pemelihara semua makhluk-Nya sehingga tidak ada satu maklukpun yang terlepas dari urusan-Nya.dibaca YA WAKIIL sebanyak mungkin, insyaallah akan terhindar daripada bencana gempa bumi, rebut dan banjir. Jika dibaca 66 kali setiap hari, insyaallah akan dibukakan pintu kebaikan dan rezeki untuknya.

54. AL- QAWIY ( MAHA KUAT )
Allah Maha gagah dan kekuasaan-Nya tiada tolok bandingnya dengan apa jua makhluk di seluruh alam ini.Dibaca YA QAWIY sebanyak 300 kali selepas asar, insyaallah akan terselamat dari musuh dan wajar dibaca semasa menghadapi peperangan, jika dibaca YA QAWIYUL MATIN 1000 kali akan terselamat daripada kezaliman dan penganiayaan orang yang zalim.

55. AL- MATIIN ( MAHA TEGUH )
Allah mempunyai kekuatan dan keteguhan yang luarbiasa yang dimiliki oleh sebarang makhluk selain-Nya.Dibaca YA MATIIN di medan perang akan memberikan semangat dan kekuatan, jika dibaca 99 kali selepas solat magrib, insyaallah akan menjadi seorang penyantun. Jika baca 10 kali dan hembus kepada anak lelaki atau perempuan, insyaallah akan terhindar mereka dari melakukan zina.

56. AL- WALIY ( MAHA MELINDUNGI )
Allah melindungi setiap hamba-Nya terutama-Nya yang beriman dan selalu memohon ampun kepada-Nya.Dibaca YA WALIY sebanyak 1000 kali pada malam jumaat, insyaallah akan dipermudahkan hisab pada hari kiamat, jika dibaca banyak kali dan dihembus kepada isteri yang semakin kurang rasa cinta, insyaallah akan semakin bertambah rasa cintanya.

57. AL- HAMIID ( MAHA TERPUJI )
Allah sahajalah yang layak dipuji disebabkan kesempurnaan sifat dan kelebihan-Nya yang tiada tolok banding. Dibaca YA HAMIID 62 kali selepas solat maghrib dan subuh, insyaallah anda akan menjadi seorang yang hebat didalam masyarakat, jika dibaca 100 kali setiap kali selepas solat fardhu lima waktu, insyaallah dia akan menjadi orang yang soleh.

58. AL- MUHSI ( MAHA MENGHITUNG )
Allah Maha Menghitung segala amalan hamba-Nya, yang baik dibalas syurga dan yang jahat dibalas neraka.Dibaca YA MUHSI sebanyak mungkin di malam jumaat, insyaallah akan dilindungi dari siksa kubur dan akhirat, jika dibaca 7 kali sebelum tidur dengan diletakkan tangan di dada maka akan bersemangat untuk mengerjakan solat.

59. AL- MUBDI’ ( MAHA MEMULAI )
Allah yang memulai dan mencipta setiap kejadian di alam ini daripada asalnya tiada kepada ada.Dibaca YA MUBDI 56 kali sebelum memulakan kerja, insyaallah pekerjaannya akan menjadi mudah dan berjaya, jika dibaca 99 kali oleh wanita hamil dengan diletakkan tangan di perut, akan mengelakkan keguguran, jika dibaca siang dan malam akan bertambah hartanya.
                                                                                
60. AL- MU’IID ( MAHA MENGEMBALIKAN )
Allah berkuasa mengembalikan atau membangkitkan mereka yang mati di alam kubur untuk diadili di alam akhirat.Dibaca YA MU’IID 124 kali sebelum solat fardhu , akan dikembalikan semula barang yang hilang, jika dibaca 70 kali dengan harapan ahli keluarga yang merantau akan kembali semula dengan selamat.

61. AL- MUHYI ( YANG MENGHIDUPKAN )
Allah berkuasa memberikan kehidupan kepada semua makhluk-Nya baik dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Dibaca YA MUHYI 68 kali selepas solat fardu, insyaallah akan hilang masalah penyakit yang dihadapi. Jika dibaca 199 kali sambil berdoa ke atas orang sakit, insyaallah penyakitnya akan sembuh.

62. AL-MUMIIT ( MAHA MEMATIKAN )
Allah berkuasa mematikan setiap mahkluk-Nya dan tiada suatupun yang hidup selama-lamanya.Dibaca YA MUMIIT 490 kali, insyaallah akan ditundukkan nafsu dan mudah mengerjakan suruhan Allah, jika dibaca 7 kali sehari maka tidak akan terkena ilmu jahat, jika dibaca 25 kali sambil diletakkan tangan di perut maka dipelihara Allah dari mimpi buruk.

63. AL-HAYY ( MAHA HIDUP )
Allah maha hidup dan akan kekal Selma-lamanya tidak seperti hidup makhluk yang akan mati.Dibaca YA HAYY 3000 kali sehari setiap hari, insyaAllah akan dipanjangkan usia, jika baca 11 kali di tempat kerja maka akan dilindungi dari kemalangan, jika dibaca 30 000 kali, insyaAllah tidak akan jatuh sakit.


64. AL-QAYYUUM ( MAHA BERDIRI SENDIRI )
Allah melakukan sendiri semua pekerjaan-Nya seperti mengatur dan mengurus semua makhluk-Nya.Dibaca YA QAYYUUM 1000 kali setiap hari, insyaAllah hartanya akan bertambah dan dikasihi oleh orang ramai, jika selalu dibaca akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai dan jika dibaca 17 kali akan mendapat semangat dan tenaga untuk bekerja.

65. AL-WAAJID ( MAHA MENEMUKAN )
Allah dapat menemukan apa sahaja yang dikenhendaki-Nya dan tiada suatupun yang dapat meloloskan diri daripada-Nya.Dibaca YA WAAJID 11 kali sebelum makan, insyaallah akan mendapat keberkatan dari makanan itu, jika dibaca pada setiap makanan yang hendak dimakan akan dikuatkan hatinya.

66. AL-MAAJID ( MAHA MULIA )
Allah bersifat mulia, agung, suci dan hanya Dialah yang layak dimulia dan dipuji oleh hamba-Nya.Dibaca YA MAAJID 400 kali sehari sebelum memulakan kelas, insyaAllah murid yang sedang belajar akan menjadi pintar dan bijak, jika selalu membacanya menyebabkan orang sayang dan jiwa menjadi kuat dan bertambah iman.

67. AL-WAAHID ( MAHA ESA )
Allah bersifat Esa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada berketurunn dan tiada yang dapat menandinginya.Dibaca YA WAHIDUL AHAD 1000 kali, insyaallah akan diberi kebahagiaan dan keluar dari kesusahan. Jika inginkan isteri agar hamil, dibaca 190 kali selepas solat fardhu selama sebulan di samping berpuasa isnin dan khamis, insyaallah isteri akan hamil.

68. AS- SAMAD ( MAHA DIPERLUKAN )
Allah Maha Diperlukan oleh setiap makhluk-Nya kerana Dialah yang menjadi tempat untuk bergantung.
Dibaca YA SAMAD 313 kali dalam masa 3 hari di samping berpuasa, insyaallah hajatnya akan diperkenankan, jika dibaca 40 kali sehari akan terhindar dari kemiskinan, jika kehilangan barang, maka selalulah menyebutnya, insyaallah akan ditemukan semula barangnya.


69. AL- QAADIR ( MAHA KUASA )
Allah Maha Kuasa dan kekuasaan-Nya meliputi segala sesuatu, tidak setakat di dunia malah seluruh alam.Dibaca YA QAADIR 41 kali ketika buntu dalam pekerjaan, insyaallah akan mendapat penyelesaian, jika dibaca 305 kali setiap hari bagi mereka yang bercita-cita tinggi, insyaallah hajat dan cita-citanya akan tercapai.

70. AL- MUQTADIR ( MAHA MENENTUKAN )
Allah yang merancang dan menentukan segala apa yang berlaku di alam ini dan semua itu mempunyai hikmatnya tersendiri. Dibaca YA MUQTADIR 111kali bila bangun tidur, insyaallah waktu siang dan malamnya akan berlalu dengan aman, jika dibaca 100 kali selepas subuh, insyaallah ingatan kita akan bertambah baik.

71. AL- MUQADDIM ( MAHA MENDAHULUKAN )
Allah Maha Mendahulukan, tiada yang lebih dahulu sebelum Dia dan Allah sudah ada sebelum alam ini ada. Dibaca YA MUQADDIM sebanyak 184 kali sehari, insyaallah apa jua pekerjaan yang dilakukan akan mendapat kemajuan dan kejayaan. Jka dijadikan wirid ketika menuju medan perang, insyaallah akan terselamat dari sebarang bahaya.

72. AL- MUAKHKHIR ( MAHA MELEWATKAN )
Allah berkuasa untuk melewat atau menundakan sesuatu yang akan terjadi seperti pahala dan siksaan kepada hamba-Nya.
Dibaca YA MUAKHKHIR 300 kali, insyaallah akan dibuka rahmat dan hidayat Allah kepadanya, jika dibaca 100 kali sehari maka rasa cinta kepada Allah akan sentiasa kekal di dalam dirinya.

73. AL- AWWAL ( MAHA AWAL )
Allah awal dari segala sesuatu sebelum makhluk dan seluruh alam diciptakan.Banyak dibaca YA AWWAL sebelum memulakan sesuatu tugas, insyaallah tugasnya itu akan terlaksana dengan sempurna. Jika bermusafir dibaca 1000 kali maka akan selamat perjalanannya.

74. AL- AKHIR ( MAHA PENGHABISAN )
Allah tetap akan wujud walaupun semua makhluknya sudah musnah kerana Allah Maha Kekal.Dibaca YA AKHIR 25 kali sehari, insyaallah kasih sayang terhadap Allah akan bertambah, jika dibaca 200 kali selama sebulan, insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya.

75. AZ-ZAAHIR ( MAHA NYATA )
Allah Maha Nyata daripada apa yang diciptakan-Nya dan dapat kita lihat disekeliling kita.Dibaca YA ZAAHIR 15 kali sehari atau setiap selepas jumaat, insyaallah hatinya akan diterangi cahaya kebenaran. Dibaca 1106 kali selama sebulan selepas solat fardhu, akan dikurniakan Allah dapat memahami segala sesuatu berbanding orang lain.

76. AL- BAATHIN ( MAHA TERSEMBUNYI )
Allah adalah ghaib dan tersembunyi dan tidak dapat dilihat, namun tetap wujud.Dibaca YA BAATHIN 11 kali sehari akan bertambah rajin mengerjakan solat. Jika di baca 33 kali sehari, insyaallah akan memahami kebenaran dan tiada tersembunyi dan menjadi golongan yang yakin.

77. AL- WAALI ( MAHA MENGUASAI )
Allah menguasai segala sesuatu, Dialah mengarah, mengurus , memerintah dan merancang segala apa yang berlaku.Dibaca YA WAALI setiap pagi dan petang sebanyak yang boleh,insyaallah akan mendapat kebenaran, jika rasa terancam oleh musuh atau cuaca buruk bacalah 1000 kali, insyaallah akan selamat.

78. AL- MUTA’ALI ( MAHA TINGGI )
Allah yang tertinggi keagungan dan kehebatan-Nya dan terhindar pula dari sebarang kekurangan.Dibaca YA MUTA’ALI  sebelum pergi mengadap pembesar atau pemerintah akan memberikan kejayaan, jika dibaca 541 kali sehari, insyaallah akan mendapat balasan yang baik dan dimuliakan.

79. AL- BARR ( MAHA BAIK )
Allah melimpahkan kebaikan-Nya untuk semua makhluk tanpa mengira yang beriman ataupun tidak.Dibaca AL BARR 100 kali setiap hari, insyaallah hati akan menjadi bersih dan bebas dari kebimbangan, jika bermusafir bacalah beberapa kali dalam perjalanan itu, insyaallah anda dan keluarga akan selamat dalam perjalanan.

80. AT- TAWWAAB ( MAHA PENERIMA TAUBAT )
Bertaubatlah bersungguh-sungguh, pasti Allah akan menerima taubat kita kerana Dia adalah penerima taubat.Dibaca YA TAWWAAB 360 kali untuk memohon keampunan, insyaallah kesalahannya akan diampuni dan tidak akan mengulanginya lagi, jika dibaca 70 kali kepada anak yang sentiasa menangis lalu dihembus kepadanya, insyaallah akan berhenti tangisnya.


81. AL- MUNTAQIM ( MAHA PENYIKSA )
Allah Maha Penyiksa keatas mereka yang derhaka dan ingkar akan segala perintah dan suruhan-Nya.Dibaca YA MUNTAQIM berulang kali selepas solat fardhu lima waktu, insyaallah akan selamat dari khianat dan yang zalim, jika selalu membacanya akan dapat mengalahkan musuh yang iri kepadanya.


82. AL-‘AFUW ( MAHA PEMAAF )
Allah Maha Pemaaf kepada hamba-Nya yang bertaubat dan Allah akan memaafkan hamba-Nya itu.Dibaca YA AFUW 156 kali, insyaallah akan dibebaskan atau diringankan hukuman, jika dibaca setiap hari, insyaallah akan disenangi orang dan terhindar dari permusuhan.

83. AR- RAUUF ( MAHA MENGASIHI )
Sifat kasih Allah terhadap semua makhluknya menyebabkan haiwan dan manusia mendapat nikmat daripada-Nya.
Dibaca YA RAUUF 10 kali ketika marah, insyaallah marahnya akan reda, jika resah sebelum tidur bacalah 21 kali dengan tangan kanan di atas dada, insyaallah akan tenang hatinya dan jika selalu dibaca maka orang ramai yang melihat akan menaruh simpati padanya.

84. MALIKUL MULK ( MAHA MEMILIKI KERAJAAN )
Allah menjalankan tugas-Nya tanpa sebarang arahan daripada makhluk yang lain.Dibaca YA MALIKUL MULK 21 kali setiap hari, insyaallah akan berjaya dalam setiap pekerjaannya, jika dibaca 5 kali sebelum membuka pintu kedai atau rumah, insyaallah akan mendapat untung, kebahagiaan dan dihormati oleh orang ramai.

85. ZULJALAALI WAL IKRAAM ( MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN )
Dibaca YA ZULJALAALI WAL IKRAAM 300 kali ketika di kelilingi oleh persekitaran manusia yang jahat, insyaallah akan dipenuhi kebaikan, jika selalu dibaca ketika melakukan pekerjaan, insyaallah akan beroleh kejayaan.

86. AL- MUQSIT ( MAHA MENGADILI )
Allah sangat adil dalam menjalankan hukuman kepada hamba-Nya yang bersalah dan melakukan maksiat.Dibaca YA MUQSIT 21 kali sehari akan terhindar dari gangguan syaitan dan rasa takut kepada sesuatu yang jahat, jika dibaca 700 kali dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diperkenankan doa dan hajat.

87. AL- JAAMI’ ( MAHA MENGUMPULKAN )
Pada hari akhirat Allah berkuasa menghidup dan mengumpulkan semua manusia yang sudah mati di padang Mahsyar.Dibaca YA JAAMI’ 300 kali sehari, insyaallah doa akan deperkenankan, jika ada barang yang hilang hendaklah dibaca berulang kali dengan 3 kali surah Al Iklhlas, insyaallah akan dijumpai semula barangan yang hilang itu.

88. AL- GHANI ( MAHA KAYA )
Kekayaan Allah meliputi semuanya tanpa sedikitpun akan habis walau sebanyak mana juapun diberikan kepada makhluk-Nya.
Dibaca YA GHANI 1000 kali kepada badan yang sakit, insyaallah penyakit tersebut akan sembuh, jika dibaca 1000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kekayaan oleh Allah.

89. AL- MUGHNI
( MAHA PEMBERI KEKAYAAN )
Allah memberikan kelebihan kekayaan-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Dibaca YA MUGHNI 1000 kali setiap hari, insyaallah akan dikurniakan kekayaan oleh Allah, jika dibaca di dalam hati ketika mahu menyetubuhi isterinya, insyaallh akan lebih dicintai oleh isterinya.

90. AL- MAANI’ ( MAHA MENCEGAH )
Allah berkuasa mencegah segala rencana makhluk-Nya termasuklah rancangan buruk kaum kafir kepada orang yang beriman.
Dibaca YA MAANI’ 161 kali selepas solat sunat subuh, insyaallah akan terselamat dari bahaya perbuatan orang yang zalim, jika selalu dibaca sebelum tidur, insyaallah akan menyelesaikan perselisihan suami isteri dan akan beroleh bahagia.

91. AD- DHAAR ( MAHA MEMUDARATKAN )
Allah berkuasa memberikan derita kepada hamba-Nya yang tidak beriman dan mengingkari-Nya.Dibaca YA DHAAR’ 1001 kali bagi mereka yang sakit lama, insyaallah penyakit akan sembuh, jika dibaca 300 kali selepas jumaat, insyaallah rumah akan dilindungi dan jika dibaca 100 kali setiap malam jumaat akan dilindungi dari sebarang bahaya.

92. AN- NAAFI’ ( MAHA PEMBERI MANFAAT )
Allah Pemberi Manfaat kepada semua makhluk-Nya dan manfaat itu berguna untuk mereka yang beriman kepada- Nya.Dibaca YA NAAFI’ di dalam hati ketika bersetubuh dengan isteri, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh, jika dalam kesusahan dan sakit, hendaklah selalu dibaca setiap hari, insyaallah akan dihilangkan kesusahan dan sakit itu.

93. AN- NUUR ( MAHA BERCAHAYA )
Allah Maha Bercahaya memberikan sinar dan cahaya hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendaki.Dibaca YA NUUR 111 kali selepas solat jumaat, insyaallah hati dan jasadnya akan mendapat cahaya keimanan, dibaca 1000 kali selepas membaca al Fatihah pada setiap malam jumaat, insyaallah akan diberi rahmat mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui.

94. AL-HAADI ( MAHA PEMBERI PETUNJUK )
Allah memberikan petunjuk jalan yang benar kepada hamba-Nya  agar kehidupan mereka lurus di atas landasan-Nya.
Baca YA HAADI 111 kali dan dihembus kepada gula-gula lalu diberikan kepada anak-anak yang degil, insyaallah akan menjadi semakin baik, jika selalu menyebutnya, insyaallah akan memperolehi pengetahuan rohani.

95. AL- BADI’
( MAHA PENCIPTA YANG BARU )
Allah maha indah tiada bandingan, zat yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya. Dibaca YA BADI 70 kali , insyaallah kesusahannya akan hilang, jika mahukan kejayaan dalam perniagaan yang selalu terhalang hendaklah dibaca 500 kali selepas solat fardhu, insyaallah akan berjaya.

96. AL- BAAQI ( MAHA KEKAL )
Allah Maha Kekal dan tiada akhirnya sebagaimana yang dialami oleh semua makhluk-Nya.
Dibaca YA BAAQI 1000 kali ketika dalam kesedihan, insyaallah perasaan itu akan hilang, jika dibaca beberapa kali akan terselamat hartanya dari kerugian.

97. AL- WAARITH ( MAHA MEWARISI )
Allah tetap wujud walaupun smuanya telah musnah dan waris yang agung hanyalah Allah, tiadalah sesuatu yang lain.
Dibaca YA WAARITH 100 kali setelah matahari terbit, insyaallah iman kita akan semakin teguh dan mati dalam iman, jika dibaca 707 kali setiap malam, insyaallah akan beroleh kejayaan dalam bidang yang diminati.

98. AR- RASYIID 
( MAHA PEMBERI PETUNJUK )
Allah memberi petunjuk kepada hamba pilihan-Nya yang selalu bertaqwa kepada-Nya.Dibaca YA RASYIID 1000 kali ketika berseorangan di tempat yang sunyi, insyaallah akan dihilangkan ketakutannya, jika selalu dibaca di waktu pagi dan petang, insyaallah akan bertambah cerdas fikirannya.


99. AS- SABUUR ( MAHA PENYABAR )
Allah Maha Sabar ketika menghadapi hamba-Nya yang selalu berbuat maksiat dan derhaka kepada-Nya.
Dizikir dengan YA SABUUR , insyaallah diberikan tahap kesabaran yang tinggi. Jika dibaca 3000 kali, insyaallah hilanglah kesusahan atau penderitaan yang sedang dialaminya.

5 comments:

oakleyses said...

oakley sunglasses, polo outlet, nike free, uggs outlet, longchamp outlet, christian louboutin shoes, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, christian louboutin uk, burberry handbags, christian louboutin, michael kors outlet, jordan shoes, louis vuitton outlet, replica watches, longchamp outlet, christian louboutin outlet, michael kors outlet online, kate spade outlet, polo ralph lauren outlet online, nike outlet, louis vuitton outlet, uggs on sale, longchamp outlet, ray ban sunglasses, uggs outlet, prada outlet, oakley sunglasses wholesale, oakley sunglasses, burberry outlet, nike air max, nike air max, tory burch outlet, louis vuitton, gucci handbags, ugg boots, michael kors outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet online, louis vuitton, replica watches, chanel handbags, cheap oakley sunglasses, michael kors outlet online, louis vuitton outlet, ugg boots, prada handbags

oakleyses said...

mulberry uk, nike air max, nike air max uk, hollister uk, hogan outlet, abercrombie and fitch uk, nike air force, nike roshe run uk, true religion outlet, nike roshe, lululemon canada, nike blazer pas cher, true religion outlet, polo lacoste, ray ban uk, guess pas cher, michael kors outlet, michael kors, oakley pas cher, nike free uk, true religion jeans, replica handbags, kate spade, sac hermes, new balance, sac longchamp pas cher, longchamp pas cher, north face uk, north face, vans pas cher, true religion outlet, burberry pas cher, jordan pas cher, louboutin pas cher, hollister pas cher, polo ralph lauren, michael kors pas cher, timberland pas cher, nike air max uk, ray ban pas cher, sac vanessa bruno, nike tn, coach outlet store online, coach purses, converse pas cher, air max, coach outlet, nike free run, michael kors, ralph lauren uk

oakleyses said...

iphone 6 cases, instyler, babyliss, ghd hair, herve leger, lululemon, s6 case, iphone 6s cases, asics running shoes, soccer jerseys, nike huaraches, reebok outlet, wedding dresses, oakley, nike roshe run, north face outlet, hollister, nike air max, nfl jerseys, hermes belt, north face outlet, nike trainers uk, mont blanc pens, timberland boots, bottega veneta, mac cosmetics, iphone 5s cases, valentino shoes, jimmy choo outlet, ferragamo shoes, louboutin, abercrombie and fitch, ipad cases, chi flat iron, ralph lauren, p90x workout, longchamp uk, beats by dre, vans outlet, mcm handbags, giuseppe zanotti outlet, iphone 6 plus cases, iphone cases, baseball bats, hollister clothing, new balance shoes, soccer shoes, celine handbags, iphone 6s plus cases, insanity workout

oakleyses said...

karen millen uk, ugg,uggs,uggs canada, converse outlet, barbour, thomas sabo, montre pas cher, wedding dresses, louis vuitton, canada goose jackets, doudoune moncler, pandora charms, ugg uk, hollister, moncler uk, barbour uk, toms shoes, supra shoes, ugg,ugg australia,ugg italia, pandora jewelry, ugg, canada goose outlet, louis vuitton, louis vuitton, marc jacobs, replica watches, vans, canada goose, canada goose outlet, moncler, converse, moncler, juicy couture outlet, hollister, swarovski crystal, moncler outlet, coach outlet, pandora jewelry, doke gabbana, moncler, moncler outlet, canada goose uk, juicy couture outlet, canada goose, ray ban, canada goose outlet, links of london, louis vuitton, canada goose, lancel, pandora uk, louis vuitton, gucci

chenlina said...

chenlina20160129
ugg outlet
air force 1
louis vuitton handbags
air jordans
true religion jeans outlet
michael kors outlet
michael kors outlet online
louis vuitton outlet online
oakley vault
canada goose jackets
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
air max 90
ugg sale
ralph lauren uk
jordan 11 concord
ugg outlet
cheap jordans
louis vuitton outlet
cheap oakley sunglasses
official coach factory outlet
fitflops sale clearance
uggs outlet
micheael kors outlet
lebron 13
coach factory outlet
tory burch outlet
mihchael kors outlet online
ugg boots
ugg outlet
chanel handbags
michael kors outlet online
kate spade handbags
ugg boots
true religion jeans sale
nike roshe run women
michael kors outlet
the north face outlet
louis vuitton
louis vuitton handbags
as