Thursday, November 29, 2012

MYNIC Berhad is pleased to update you on the status of our Reseller

From my email .. ;-)
Dear Valued Customers,

MYNIC Berhad is pleased to update you on the status of our Resellers.

We currently have 57 Resellers, the details of which can be viewed by clicking here. These Resellers are authorized by MYNIC Berhad to provide services in relation to ".my" domain names which include acting as payment outlet for ".my" domain names.

However, please note that the following are no longer authorized Resellers for MYNIC Berhad:-

Backbone Technologies (M) Sdn Bhd (R048) (625336-M)

Due to the cessation of Backbone Technologies (M) Sdn Bhd, this entity is no longer authorized payment outlet for ".my" domain names.
 
Please contact us at channelmanagement@mynic.my or call +603-89435510 ext 114/121 should you have any enquiries at all.

Thank you.


Yours sincerely,

.my DOMAIN REGISTRY

Thursday, November 15, 2012

Firefox vs Chrome

The benchmark

What better way to test a browser’s memory use than to let them load a series of websites. All plugins, extensions and toolbars have been disabled for the test to avoid a distortion of the test results.
Memory usage itself was tested in Google Chrome’s About Memory page (chrome://memory-redirect/) and Windows Task Manager to make sure the results matched up.
A sample of ten popular websites has been opened in all browsers before the memory use of each browser was analyzed.
  • Websites used in the test: Youtube, Leo.org, Mozilla, Google, Userscripts, Armorgames, Ghacks, Lifehacker, Reddit and Softpedia
  • Browsers: Google Chrome Canary 22, Internet Explorer 9, Mozilla Firefox 16 Nightly, Opera 12.00
  • System: Windows 7 Professional 64-bit, 8GB RAM
Without further ado, here are the results of the benchmark:
browser memory usage

Memory

Virtual Memory

PrivateSharedTotalPrivateMapped
Google Chrome 22 Canary341,44416,475357,919453,72182,972
Internet Explorer 9270,76427,742298,506399,788236,828
Mozilla Firefox 16 Nightly216,60435,816252,42215,972103,352
Opera 12.00197,82811,292209,12194,24829,284
As you can see, Chrome is at the top of the list followed by Internet Explorer, then Firefox and finally Opera.

Key findings:

  • Opera is the most memory efficient browser, followed by Firefox
  • Opera needs 150 MB less of memory than Chrome for the ten websites
  • Firefox needs 100 MB less of memory than Chrome to display the ten sample websites
  • When it comes to virtual memory, both browsers use only half of what Chrome needs.

Saturday, November 10, 2012

Revolusi Syria Tanda Kemunculan Imam Mahdi ???


Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/02/revolusi-syria-tanda-kemunculan-imam.html

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.


2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.


3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.


4-9000 tahanan ditahan.


5-413 orang telah syahid di dalam penjara.


6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.


7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.


8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.


9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.


10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.


2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Wednesday, September 12, 2012

Wordpress Hack - How to prevent

What is Timthumb.php and how does it impact your Wordpress ?

- The Timthumb.php file is a script commonly used in WordPress’s (and other software’s) themes and plugins to resize images. The exploit allows an attacker to arbitrarily upload and create files and/or folders on your account, which can then be used for a number of malicious tasks, including but not limited to defacement, browser high-jacking and infection, data harvesting and more. After a site has been exploited, it may lead to becoming labeled a “Malicious Website” by Google or other security authorities.

Timthumb.php is used by almost all free wordpress themes and some premium wordpress themes. Due to the vulnerability in the script most of the sites on wordpress are being hacked in recent times. The vulnerability of the timthumb.php script allows the hacker to get access of your wordpress panel and take control over your blog. He can now redirect your blog to his blog or any other site or completely change your home page or deny access to your wp-admin panel.

To prevent a Timthumb.php Wordpress hack by avoid using free WordPress themes because their not often updated and have no support, without any support your blog is vulnerable to such hacks.

Any timthumb.php file below version 1.35, but above version 1.09 is considered vulnerable, unless patched. To prevent being compromised, I advise you update all instances of timthumb.php to version 2.8.10, or patch the existing vulnerable files. Note that patching the files requires more in-depth knowledge of the PHP scripting language.

You can also install the the latest version of Timthumb.php manually by download from here http://timthumb.googlecode.com/svn/trunk/timthumb.php/ . It is highly recommended that you update your blog theme, plugins, scripts and all other files to the latest recommended versions to prevent compromise. I also recommend you install the latest version of Timthumb to avoid any compromise of your blog.

Don’t wait for a hack, prevent it.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan ...

*...* sekejap lagi NAFAS ini menjadi TASBIH.
*...* sekejap lagi TIDUR kita. menjadi IBADAH.
*...* sekejap lagi DOA kita di  IJABAH.
*...* sekejap lagi PAHALA dilipatgandakan.
Tapi, itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dlm keikhlasan dari hatimu.
Izinkan kedua telapak tangan ini bertengkup memohon maaf,     Bagi :
✔Lisan yang terlanjur,
✔Janji yang terabaikan,
✔Hati yang berprasangka, dan
✔Semua sikap yang menyakitkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Mohon maaf atas segala kekhilafan selama ini.
MARHABAN YAA RAMADHAN...

Saturday, May 19, 2012

Doa selamat hari lahir buat diriku…


Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur diatas jutaan nikmat yang telah engkau berikan.Usia muda ini yang telah kau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian dan musibah yang engkau beri kepada aku.

Terima kasih diatas ilmu dan bakat yang telah kau kurniakan. Terima kasih kerana kerjaya, dan juga Amanah yang harus ku pikul. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku, namun berapa banyak sumbangan ku kepada mu ya Allah.

Engkau tetap menerima walaupun aku selalu lupa dan buat-buat lupa. Aku sedar akan kesilapan dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam meniti usia yang semakin senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, suami, dan pemimpin yang adil.

 Ameen.

Sumber: http://zikrihusaini.com/selamat-hari-lahir-zikrihusaini-yang-ke-17-hua-hua-edisi-2012/

Wednesday, May 16, 2012

Du'a untuk Pendeta



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya! Allah, ya Tuhan kami, segala puji dan syukur hanya untukMu di atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami sempena sambutan Hari Guru kali ini.

Ya! Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun,
Dengan penuh rasa rendah diri kami menadah tangan bermohon keampunan dan rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang lemah. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari. Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,
Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang.

Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Ya Allah, Ya Karim,
Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar,
Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.

Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ
وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،

Thursday, May 10, 2012

RE: Resignation as Senior System Administrator


RE: Resignation as Senior System Administrator

Please accept this letter as notice of my resignation as Sr System Administrator at Kilang Kicap Mak Cik Limah Holding.

This has been a very difficult decision for me as I have been very happy throughout my employment with Kicap Manufacturing. However, I have been offered an opportunity that offers greater possibilities for my long-term career progression.

As per my contract of employment, I hereby give the tender 30 days notice, with the last day on the 9th of June 2010.

I would like to take this opportunity to thank you and all my colleagues here in Mak Cik Limah Holding for the wonderful support and experience. I have enjoyed here at Mak Cik Limah Holding. It was a pleasure to be a part of this team and I will miss the camaraderie with everyone here.

Thank you. 

Yours sincerely, 

Tuesday, April 10, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Sunday, March 11, 2012

Ini adalah SPAM.

On 3/11/12 9:37 PM, "Jabatan XXX Malaysia" <webmail@XXX.gov.my> wrote:

This message was sent automatically by a program on Webmail which
periodically checks the size of inboxes, where new messages are received. The
program is run weekly to ensure no one's inbox grows too large.

If your inbox becomes too large, you will be unable to receive new email. Just
before this message was sent, you had 18 Megabytes (MB) or more of messages
stored in your inbox on your Webmail To help us re-set your SPACE on our
database prior to maintain your INBOX, you  must reply to this e-mail and
enter your:

Username: {     }

and Password: {      }

You will continue to receive this warning message periodically, If  your inbox
size grows to 20 MB, then a program on Bates Webmail will  move your oldest
email to a folder in your home directory to ensure that you will continue to
be able to receive in coming email.

You will be notified by email that this has taken place. If your inbox  grows
to 25 MB, you will be unable to receive new email as it will be returned to
the sender.

After you read a message, it is best to REPLY and SAVE a copy.

Thank
you for your cooperation.
Hakcipta Terpelihara © 2012 Jabatan XXX Malaysia

Bagi mengenalpasti email ini, saya tunjukkan header kepada email,

Delivered-To: hidzuan@gmail.com
Received: by 10.42.130.69 with SMTP id u5csp68279ics;
Sun, 11 Mar 2012 06:36:01 -0700 (PDT)
Received: by 10.50.89.197 with SMTP id bq5mr14114884igb.13.1331472960956;
Sun, 11 Mar 2012 06:36:00 -0700 (PDT)
Return-Path: <webmail@XXX.gov.my>
Received: from respaldo.puertomontt.cl ([200.55.198.147])
by mx.google.com with SMTP id xk9si9558929igb.9.2012.03.11.06.35.55;
Sun, 11 Mar 2012 06:36:00 -0700 (PDT)
Received-SPF: fail (google.com: domain of webmail@XXX.gov.my does not designate 200.55.198.147 as permitted sender) client-ip=200.55.198.147;
Authentication-Results: mx.google.com; spf=hardfail (google.com: domain of webmail@XXX.gov.my does not designate 200.55.198.147 as permitted sender) smtp.mail=webmail@XXX.gov.my
Received: from localhost (unknown [127.0.0.1])
by respaldo.puertomontt.cl (Postfix) with ESMTP id F221A2D00C1;
Sun, 11 Mar 2012 13:37:51 +0000 (UTC)
X-Virus-Scanned: amavisd-new at puertomontt.cl
Received: from respaldo.puertomontt.cl ([127.0.0.1])
by localhost (respaldo.puertomontt.cl [127.0.0.1]) (amavisd-new, port 10024)
with SMTP id NoRV0iytfB1D; Sun, 11 Mar 2012 09:37:44 -0400 (CLT)
Received: from puertomontt.cl (localhost.localdomain [127.0.0.1])
by respaldo.puertomontt.cl (Postfix) with ESMTP id 8B0A92D0081;
Sun, 11 Mar 2012 09:37:44 -0400 (CLT)
From: "Jabatan XXX Malaysia" <webmail@XXX.gov.my>
Subject: Confirm Email Update
Date: Sun, 11 Mar 2012 09:37:44 -0400
X-Mailer: OpenWebMail 2.52 20060502

Sesungguhnya wahai Spammer.. sila lah SPAM agensi lain... Agensi ini dibawah pemantauan Selasih Net Enterprise .. kalu nak spam jugak sila spam email ni yaa hidzuan@selasih.net .. Ahakss

Tuesday, February 28, 2012

New Spam - Ray Tamar

Greeting to you,

My name is Ray Tamar, I am a Malaysian banker, as a matter of fact,we have not met each other prior to my letter to you, but I have a strong feeling that we can work together.

I have a deceased customer's dormant fund, which I happened to be his personal account officer before his death which involved all his family ,I am presently chief auditor of my bank and I know all the secrete and everything surrounding this fund ,but before I disclose the full details to you, I will like to know your interest and willingness to work with me.

I am willing to furnish you with all the vital information which will be needed to claim this fund and I will also use my position in the bank to effect the transfer of this fund into your choosen bank account. At the successful end of this transaction, this fund will be shared 50%/50% between us
I will wait for your response.

Thank you
Ray Tamar

Saturday, February 25, 2012

Bagaimana nak jadikan Open Office sebagai service running on background?

Panduan untuk Lucid - Ubuntu 10.04

Dilampirkan skrip untuk kawan2 guna,

Langkah pertaman bagi angkut dulu dari repositori:
First of all install the headless openoffice from the repositories:

sudo apt-get install openoffice.org-headless openoffice.org-writer openoffice.org-draw
 
Sekarang kita kena buat skrip untuk jalan kan servisnya,
Now you need to create a script to start it as a service:

sudo vim /etc/init.d/openoffice.sh
Macam biasa kasi salin dan tampal ajer..  
Paste the following code into that file:
#!/bin/bash
# openoffice.org headless server script
#
# chkconfig: 2345 80 30
# description: headless openoffice server script
# processname: openoffice
#
# Author: Vic Vijayakumar
# Modified by rizalm@selasih.net
#
OOo_HOME=/usr/bin
SOFFICE_PATH=$OOo_HOME/soffice <- pastikan lokasi file ini
PIDFILE=/var/run/openoffice-server.pid
set -e
case "$1" in
start)
if [ -f $PIDFILE ]; then
echo "OpenOffice headless server has already started."
sleep 5
exit
fi
echo "Starting OpenOffice headless server"
$SOFFICE_PATH -headless -nologo -nofirststartwizard -accept="socket,host=127.0.0.1,port=8100;urp" & > /dev/null 2>&1
touch $PIDFILE
;;
stop)
if [ -f $PIDFILE ]; then
echo "Stopping OpenOffice headless server."
killall -9 soffice && killall -9 soffice.bin
rm -f $PIDFILE
exit
fi
echo "Openoffice headless server is not running."
exit
;;
*)
echo "Usage: $0 {start|stop}"
exit 1
esac
exit 0
Save dan keluar dari VIM Editor,
Exit the VIM text editor saving the file as you do.

Sekarang masa utk jadikan skrip itu executable,
Now make the script executable:

sudo chmod 0755 /etc/init.d/openoffice.sh
 
Jangan lupa untuk jadikan skrip itu berjalan secara automatis setiap kali kita reboot server
Make it start automatically on reboot by executing this command:

sudo update-rc.d openoffice.sh defaults
 
Sekarang jalan kan servis itu dengan arahan dibawah,
Now start the service by running

sudo /etc/init.d/openoffice.sh start
 
Sepatutnya semua akan berjalan dengan lancar! Tahniah. 
Now all should be good!

Sekiranya masih ada masalah, sila hubungi kami di support@selasih.net

Sunday, January 08, 2012

Add domain automatically to Default Identity in Horde when using standard passwd files

Masalah dalam Horde adalah apabila kita create user dalam LDAP akan mengalami masalah dimana User kena Set Default Identity terlebih dahulu.. tiada masalah sekiranya jika kita ada 15 orang users.. tetapi mempunyai klien seramai hampir 5,000 users.. ini akan mengakibat jiwa yang tertekan ..

maka bagaimana ingin membuat ia secara automatis .. supaya kita sebagai Pentadbir Sistem tidak tertekan selalu.

Tambah, 


/usr/share/horde/config/hooks.php

if (!function_exists('_prefs_hook_from_addr')) {
function _prefs_hook_from_addr($user = null)
{
if (is_null($user)) {
$user = Auth::getAuth();
}
if (!empty($user)) {
$user = Auth::getAuth();
$mail = "$user" . "@example.com";
return (empty($mail) ? '' : $mail);
}
return '';
}
}

Remark: "@example.com" gantikan dengan domain jabatan atau syarikat anda .. sebagai contoh domain kami adalah "selasih.net"



Langkah kedua,

Buka,

/usr/share/horde/config/prefs.php

Cari 

$_prefs['from_addr'] = array(
'value' => '',
'locked' => true,
'shared' => true,
'type' => 'text',
'desc' => _("Your From: address:")


Gantikan seperti dibawah,

$_prefs['from_addr'] = array(
'value' => '',
'locked' => true,
'hook' => true,
'shared' => true,
'type' => 'text',
'desc' => _("Your From: address:")
);



Dan "ta da" .. masalah selesai.

Sila hubungi Rizal di +60.12.390.1337 | rizalm@selasih.net bagi mendapatkan sokongan teknikal kepada myWorkspace dan Horde IMP untuk jabatan anda.