Saturday, January 29, 2011

Darul Hafidzin - Wakaf

Assalamu'alaikum wrt....

Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH) dibangunkan atas sebidang tanah wakaf seluas
1/2 ekar, bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai generasi hafaz Al-Quran dalam
masyarakat. Projek pembangunan MTDH telah bermula pada pertengahan tahun lepas
tetapi berjalan agak perlahan kerana kekurangan dana.

Sehubungan dengan itu MTDH ingin merayu sumbangan dari individu, organisasi atau
syarikat yang juga berhasrat untuk melihat kelahiran generasi hafaz Al-Quran
dapat dicapai dengan jayanya, InsyaAllah. Sumbangan boleh diniatkan dalam bentuk
zakat, infaq sedekah atau wakaf. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank
Islam atas nama "Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Hafidzin", no akaun - 1209 2010
0320 10. Sila rujuk lampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Ashaari Al-Hafiz (019-695 2009) atau
Yusoff Talib (013-368 4294 / [email protected]).

Terima Kasih & Jazakumullah.....

No comments: