Saturday, November 27, 2010

SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA

SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA
14 DISEMBER 2010
DEWAN ANNEX, DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

MENGAPA SEMINAR INI DIADAKAN?

Seringkali isu berkaitan wanita Islam dibahas dan dibicara dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Isu yang sering dimainkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Lebih jauh dari itu, ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia adalah topik yang sensasi dan sering juga disensasikan oleh media. Ia juga suatu topik yang sering dibahaskan oleh para sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela wanita tetapi ada yang meragui kaedah dan pendekatan yang digunakan.   

Oleh itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cuba mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan akan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat. 

APAKAH OBJEKTIF SEMINAR INI?

i.                     Menjelaskan hak-hak wanita dari perspektif Islam
ii.                   Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menangani permasalahan wanita Islam di Malaysia
iii.                  Mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam masyarakat

SIAPA YANG BOLEH HADIR?

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada muslim atau non muslim, lelaki atau permpuan, tua atau muda untuk sama-sama berkongsi ilmu dan mendapatkan ilmu yang berguna.

BILAKAH SEMINAR INI BERLANGSUNG?

Seminar ini akan berlangsung pada Selasa, 14 Disember 2010 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang

DIMANAKAH SEMINAR INI DIADAKAN?

Seminar ini akan diadakan di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. (Bersebelahan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pejabat yang menempatkan jabatan kerajaan negeri).

APAKAH TAJUK DAN PEMBENTANG KERTAS KERJA?

Pembentangan 1
Tajuk: Wanita Islam dan Isu-isu Gender Masa Kini
Oleh: Prof Madya Dr Raihanah Hj Abdullah
Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Pembentangan 2
Tajuk: Wanita, Dakwah dan Media
Oleh: Prof Dr Siti Ruqayah Tibek
Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pembentangan 3
Tajuk: Wanita dan Isu-isu Mahkamah Syariah
Oleh: Puan Kamar Ainiah Kamaruzaman
Peguam Syarie, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zahidi

Pembentangan 4
Tajuk : Jaminan Hak-hak Wanita dari Perspektif Islam
Oleh: Ustazah Zawiah Hassan
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pembentangan 5 ( FORUM )
Tajuk: Pemerkasaan Wanita Masa Kini
1.      Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati  Syed Ismail
Ketua, Jabatan Siasah Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
2.      Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Pensyarah, Jabatan Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Selangor
3.      Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj,
JK Pusat IKRAM Malaysia dan Naib Presiden (JIM)

BAGAIMANAKAH UNTUK MENYERTAI?

Penyertaan tidak dikenakan bayaran dan yang awal mendaftar adalah diutamakan memandangkan tempat adalah terhad. Untuk menyertai seminar ini, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Disember 2010 dengan menghubungi:

Cik Nurul ‘Ain          : 013-3157180
Pn Suraya                : 013-4038507
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Blog                           : http://www.pum.org.my

Alamat :
Sekretariat
Seminar Islam dan Hak-Hak Wanita
d/a Persatuan Ulama’ Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

No comments: