Monday, October 04, 2010

Merdekakan Diri dari Ketaksuban Politik Kepartian

Kita mesti berusaha memerdekakan jiwa kita dari belunggu kepartian. Dalam negara yang memakai sistem seperti kita, parti politik itu mungkin penting. Namun ia bukan matlamat, ia hanya alat yang boleh diganti tukar jika perlu. Hubungan dan penilaian kita ke atas pihak lain, janganlah berdasarkan parti atau ketaksuban dengan seseorang ulama.Sebaliknya, hendaklah berdasarkan akhlak, pemikiran dan akal yang waras.
 
Kelompok fanatik parti sering melenting jika melihat seseorang tokoh, saperti ulama yang mereka sanjung tiba tiba duduk atau berkawan dengan musuh parti mereka. Lalu kadang-kala seseorang dimusuhi tanpa sebab yang jelas. Mereka selalu melenting jika ada orang yang berbeza pendapat dengan parti mereka. Sering mereka menghukum pengkritik mereka bersekongkol dengan musuh politik mereka. Mereka enggan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik hanya disebabkan perbezaan parti. 
 
Parti kadang-kala bagaikan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, tetapi tidak dengan seagama yang berbeza parti.

Sedangkan Allah menyebut: (maksudnya):"Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-hak mereka (Surah Hud: 85)

.Selagi kita tidak merdekakan pemikiran politik kita sehingga tidak terikat dalam setiap penilaian dengan warna parti, maka bererti kegagalan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat yang disebutkan tadi dan juga ayat 36 dalam Surah al-Isra :

(maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya
Sumber daripada: Hidayah Net

No comments: