Saturday, October 23, 2010

JEMPUTAN IBADAH QURBAN DENGAN PUM

MUQADDIMMAH

Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda syukur)" - Al Kautsar (108:1-2)

Seringkali kita didedahkan dengan keadaan umat Islam yang serba kekurangan ketika menyambut perayaan utama Islam seperti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Paparan kesedihan, kedaifan, ketiadaan makanan dan sebagainya cukup menginsafkan.

Pada tahun ini, PUM terus prihatin dan rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan kaedah pelaksaan Ibadah Qurban. Hasrat kami, agihan daging qurban akan diusahakan untuk fakir miskin, saudara baru yang kurang terbela seperti masyarakat orang Asli, umat Islam yang berada di daerah minoriti seperti di Thailand, Filipina, Timor Leste dan lain-lain negara, ibu tunggal setempat dan golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Oleh itu, pihak PUM merayu dan menjemput pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan ibadah qurban yang murni ini untuk bersama-sama dengan kami membantu rakan umat Islam yang berada di dalam keadaan susah. 

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud: "Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HARGA

Satu bahagian lembu                                : RM 380.00
Satu bahagian (1 ekor) kambing               : RM 600.00

Pemilihan Binatang Qurban

Pemilihan binatang qurban akan dilakukan dengan cermat berdasarkan syarat binatang yang boleh dibuat qurban itu sendiri iaitu:
  • cukup umur: binatang qurban akan dipastikan berumur lebih 2 tahun
  • tidak cacat: binatang qurban akan dipastikan tidak mempunyai sebarang kecacatan seperti tempang, cacat mata, kurus yang melampau dan lain-lain.
  • Sembelihan sah: binatang qurban akan dipastikan disembelih dengan sah pada hari 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah, dan terus diagihkan kepada penerima.

 Sasaran Penerima Daging Qurban

PUM mensasarkan untuk mengagihkan dagin qurban kepada masyarakat orang asli, saudara baru, rumah-rumah anak yatim, ibu tunggal dan faquir miskin. Disamping itu, usaha juga akan dibuat untuk mengagihkan sebahagian qurban kepada umat Islam minoriti luar negara (Palestin, Mindanao, Kemboja, Vietnam, Selatan Thai, Acheh, Timor Leste dll)

DOA WAKIL

Wakil yang melakukan sembelihan membaca doa seperti berikut:
“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si fulan, si fulan.....”

Bantulah mereka dengan Ibadah qurban kita.

Hubungi :
Sekretariat Ibadah Qurban PUM

Sdra. Azmi          : 013-384 0710
Dr. Roslan           : 013-991 3048
En. Baharom       : 019-379 910

No comments: