Wednesday, October 20, 2010

Berhati - hati dengan Modus Operandi " Scam @ Pishing "

Saya berharap apa yang berlaku pada my hubby tak berlaku pada kawan2 yang lain. Harap sebarkan kisah ini untuk ingatan kawan2. Pada hari Sabtu ( 9/10/10) lebih kurang pukul 1.30 pm, ada seorang lelaki call kononnya beliau dari MBF bahagian kredit card menanyakan my hubby ada tak call pihak MBF pagi tadi mintak increase credit limit . My hubby cakap mana ada. Orang tu tanya nama, IC, PHONE NUMBER semua sama kecuali alamat saja yang berbeza. Alamatnya dekat Kota Kinabalu, Sabah. Dia cakap " Encik NI BERMAKSUD ADA ORANG LAIN PAKAI NAMA ENCIK. Orang TU DAH GUNA KAD KREDIT SEBANYAK RM 7800.  Katanya orang tu buat permohonan kad kredit pada bulan Mei. " Orang MBF' bagitau my hubby la ni orang ni dah bijak menipu. Suami saya terkejut bila dapat tahu orang dah pakai nama dia.

     Kemudian dia bagi nombor telefon Bank Negara untuk menyiasat tentang hal ini. My hubby pun mengikut jer. Dia pun call ler nombor telefon yang kononnya Bank Negara. Orang yang menjawabnya bagi tahu my hubby dari rekod yang dia ada my hubby dah buat satu kesalahan besar..Pihak polis Singapura dah keluarkan waran tangkap menyatakan my hubby telah buat jenayah PENGGUBALAN WANG HARAM DI SINGAPURA. Orang dari "Bank Negara" tu cakap 'Encik TAHU TAK YANG ENCIK DAH BUAT SATU KESALAHAN BESAR'. Hubby cakap MANA SAYA TAHU. Dia cakap kat my hubby TAK APA ENCIK JANGAN BIMBANG KITA AKAN SIASAT PERKARA NI DALAM MASA 3 HARI. JANGAN SEBARKAN PERKARA PADA ORANG LAIN NANTI MENGANGGU PROSES PENYIASATAN. Pastu dia minta semua nombor kad  kredit  dan kad atm yang dia ada . Yang peliknya my hubby mengikut jer apa yang dia suruh. (Bila saya bagitau perkara ni pada kawan saya mungkin my hubby dah kena pukau melalui suara).

    "Orang Bank Negara" mengarahkan my hubby pergi ke ATM Maybank dan dia suruh tukar nombor kod mengikut nombor yang dia bagi. " Orang  yang kononnya dari Bank Negara " tu cakap setelah enter semua nombor kod  yang dia bagi penyata ATM tu kena destroy sebab tak nak orang lain tahu. Hairan bin ajaib kenapa my hubby ikut jer kata2 orang tu. Sebelum ni kalau ada orang call kononnya dari mana2 bank dan minta I/C ATAU AKAUN NO, dia  just ignore jer. My Hubby bagitau hal ni kat saya dan suruh rahsiakan perkara ni sampai hari Rabu . Tak boleh ada transaksi duit sehingga hari Rabu.

   Pada pagi Isnin (11/10/2010), my hubby realized ada yang tak kena berkenaan dengan MBF Credit Card dan Bank Negara. Bila dia called phone no. yang orang tu bagi pada hari Sabtu ari tu semua nombor dah tak wujud. My hubby called pihak Bank Negara (no. dapat dari Telekom) memang sah  dia dah kena tipu. Duit dari akaun Maybank  sebanyak RM 1300 habis, dah kena kebas kat mamat2 tu.Nasib ler dalam Maybank tu tak banyak duit.  Satu kerja pulak kena called semua bank untuk blocked akaun bank dan  kad kredit.

  Pihak Bank Negara mengarahkan my hubby buat laporan polis. Mengikut kata pihak polis bahagian Jenayah Komersil, tiap2 hari mereka terima aduan dari orang ramai berkenaan dengan penipuan licik dan terancang ini. Modus operandinya semua sama. Alamat dekat KOTA KINABALU, SABAH. Pastu nanti orang tu bagi nombor Bank Negara Malaysia.

  KEPADA KAWAN2 TOLONG SEBARKAN KISAH INI.