Saturday, August 14, 2010

Rayuan baiki surau uzur dimakan anai-anai

Di sini saya menyeru kepada semua yang prihatin untuk membantu membaiki surau yang teramat uzur di Negeri Sembilan ini agar bersama kita membantu mengikut kemampuan masing-masing. Terutama sekali mereka yang berada di sekitar Kg Semerbok atau Kota atau Rembau atau Negeri Sembilan, Malaysia dan seluruh dunia.

Saya ingatkan masalah surau daif uzur ni dah mendapat perhatian sebab sudah pun disiarkan dalam akhbar pada 1 Disember 2009, tapi nampaknya semua pihak termasuk diri saya sendiri terlepas pandang apabila sekali lagi disiarkan pada 4 Ogos 2010.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan pihak Surau Kuala Merbok, Kota, Rembau, N.Sembilan.

InsyaAllah saya sendiri akan cuba mendapatkan beberapa rakan untuk membantu samada menghulurkan bantuan kewangan atau mendapatkan khidmat kontraktor untuk membaiki surau berkenaan.

Mereka yang ingin menyumbang melalui saya bolehlah dimasukkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : Rozmal bin Malakan
No akaun : 155126945930 Maybank

Sekiranya menyumbang melalui akaun saya , sila SMS ke no tel saya 012-2267406 atau e-mel [email protected] nyatakan seperti berikut Contoh : RM 30 SURAU MERBOK

Semoga sumbangan kita semua diterima Allah.

No comments: