Friday, August 27, 2010

Lanjutan Tarikh Tutup Bagi Penyertaan Anugerah Kajian Kes Open Source Software Sektor Awam

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa atas permintaan dari agensi dan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan, tarikh tutup untuk penyertaan Anugerah Kajian Kes OSS telah dilanjutkan ke 7 September 2010.

3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan agensi YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dengan menghantar seberapa banyak Kajian Kes OSS berkaitan. Terma & Syarat Pertandingan  boleh dimuat turun dari laman web di http://mygosscon.oscc.org.my/2010/casestudy. Pemenang dan finalis akan diberi pengiktirafan dan akan dianugerahkan sijil semasa Persidangan MyGOSSCON 2010.


Sekian, terima kasih.


--
Yang benar,

Stanly Tan
Open Source Competency Centre, MAMPU
Lot E302-E304, Enterprise Building 3,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206
URL: http://opensource.mampu.gov.my

No comments: