Friday, August 27, 2010

Boleh kah bukan Islam datang utk bersedekah.....

Sumber dari: http://tukartiub.blogspot.com/2010/08/yang-tinggal-hanya-selam.html

KOMENTAR TUKAR TIUB

sila baca berita ini. ini kerana pemahaman agama
bagitu cetek. kalau di perhatikan tahap pemaham agama
islam kita di malaysia ini masih lagi di tahap halal dan haram.
heboh seheboh heboh nya.

tapi kedai jual bangkai ayam
dan kedai jual bangkai daging – mak donald dan kentuki –
tidak berani pulak di katakan menjual barang haram walau pun
bahan jualan dari kedai kedai bangkai bangkai ini telah terbukti
memudaratkan ummah.

kalau di perhatikan hari ini - ada baik sadikit dari satu dekad dulu
telah naik sadikit dari tahap perbincangan kentut batal ayer sembahyang.
dari tahap korek tahi hidung batal puasa.
agama islam yang muncul 1500 dahulu telah merobah dunia dengan
falsafah dan pandangan ilmiah – orang melayu yang islam masih
lagi di tahap pengenalan halal dan haram.

mereka selalu berlabon tentang g sejarah tamadun arab/islam
tetapi sejarah dan falsafah yang di bawa oleh intelektual islam
tidak di baca – hanya sesekali dengar nama.

yakin lah orang melayu ini amat malas befikir – lazy thinker
mereka malas mengkaji
mereka malas membaca
mereka amat suka mendengar

satu ciiri nya ialah mereka amat suka kalau ada orang puteh masuk islam
kerana itu heboh mereka bercerita tentang micheal jackson masuk islam
tapi mereka tidak membaca apa apa tentang micheal jackson - hanya mendengar
inilah perangai melayu yang hanya tinggal selam
melayu yang sudah islam ini tidak ada keupayaan mengoncang dunia
kerana malas membaca dan malas berfikir. mereka tidak ada keupayan
berdiri dengan dunia. musik mereka, buku mereka, cinema mereka, falsafh mereka
semua nya kong kalikong

bila china cakap hal islam marah pulak
katakan china tak sunat
tapi sendiri tidak membaca dan mengkaji
tidak berfikir dan malas berfikir

ini berlaku kerana islam di malaysia ini sedang di perangkap
oleh dua parti politik - united malays national organisations
dan parti islam – pas. kedua dua ini mengajukan pandangan islam mereka.
mengajukan pandangan islam dari sesiapa pun tidak salah
kerana kita semua menusia memiliki akal dan fikrah. apa yang mencelarukan
islam di malaysia ini ialah ianya bukan menjadi rujukan hidup tetapi
alat propaganda untuk menang pilahanraya – ini realpolitik.

maka hasilnya kita lihat lah apa yang berlaku sekarang
para politikus cuba menjadi lebih islam dari kapal selam
lilitan serban lebih tebal dari guni basah
ilitan kain tudung lebih lekat dari super glue
songkok mereka lebih tinggi dari tiang lampu jalan
bila memulakan ucapan cakap arab mereka berjela-jela dari berbuka hinnga ke sahur

mereka memaksa kan islam mereka ke atas warga
kerana itu islam gerombolan boleh menuduh ayah pin ajaran sesat
boleh menuduh al- arkam ajaran sesat
boleh menuduh wahabi ajaran sesat
boleh menuduh ahmaddiah ajaran sesat
seoalah olah gerombolan boleh menalipon yang maha esa

sebenarnya di sebalik ini ialah kuasa
sebenarnya di sebalik ini ialah duit dan harta
ini realpolitik – politik yang di eja dengan hurif k.

nota:
agaknya islam siapakah
yang mempermain main kan kedatangan
wakil rakyat ini ke surau untuk bersedekah?

No comments: