Monday, July 05, 2010

Sebarkan Salam.

PETIKAN : http://nasbunnuraini.wordpress.com/

Sebarkanlah salam

Salam Menimbulkan Kasih Sayang

Berilah salam terutamanya kepada sesama Islam dan sesama jantina kerana salam menimbulkan kasih sayang. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”
Beri Salam Samada Kenal atau Tidak

Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal” (HR. Bukhari dan Muslim)
Salah satu daripada alamat kiamat ialah orang Islam tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.
Daripada Abil Ja’di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; “Assalamualaik ya Ibnu Mas’ud”. Abdullah bin Mas’ud berkata; “Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja.” Riwayat ibnu Khuzaimah.
Daripada Abdullah Bin Masu’d RA, Rasulullah bersabda, “ Sebelum berlaku kiamat, orang-orang Islam memberi salam kepada orang tertentu sahaja dan berkembangnya perniagaan sehingga seorang isteri bersyarikat dengan suaminya dalam perniagaan (Riwayat Imam Ahmad dan Al Hakim)

No comments: