Sunday, July 04, 2010

Kenapa Wakaf Penapis Air Pada Masjid dan Surau?

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh

Saudara-saudara Umat Islam yang di hormati lagi di sayangi sekelian, Projek Wakaf Penapis Air pada Masjid dan Surau ini adalah bermaksud supaya Kita Umat Islam yang Bersaudara Berasa-sama mengumpul dana bagi membeli Penapis Air yang kemudiannya akan di Wakafkan pada Masjid dan Surau

Kenapa Wakaf Penapis Air Pada Masjid dan Surau?

Sejarah Islam sewaktu hijrah hanya terdapat 2 perigi/telaga air yang terdapat di Madinah, perigi/telaga tersebut di kuasai yahudi yang mengenakan bayaran atau cas kepada sesiapa yang ingin menggunakan perigi tersebut dengan itu Nabi Muhammad Rasullullah S.a.w telah menawarkan sesiapa di kalangan Kaum Muslimin (Sahabat R.a) yang ingin membeli salah satu perigi/telaga tersebut untuk di wakafkan pada Umat Islam, ianya di sambut oleh Saidina Uthman Affan R.a telah membeli perigi/telaga tersebut yang kemudiannya Mewakafkan pada Umat Islam dan penduduk seluruhnya,

Terbukti peristiwa tersebut adalah antara peristiwa yang telah meningkatkan Persaudaraan Sesama Umat Islam dan menguatkan Dakwah syiar Islam kerana melihatkan Pengorbanan Umat Islam dalam meluaskan syiar Islam,

Begitu juga Peranan Wanita Mulia Ummul Mukminin Saidatina Khadijah R.a yang sanggup Berkorban Hartanya untuk Membantu Rasullullah S.a.w dalam Menyebarkan Dakwah Islam Membuktikan Peranan Wanita di dalam Menyebarkan Dakwah Islam

Air adalah sumber yang penting, bekalan air bersih kadangkala akan terjejas akibat kebocoran paip atau laluan air tersebut, selain itu kita di telah di asuh untuk tidak minum air terus dari paip, air perlu di masak dahulu oleh itu dengan melabur dalam penapisan air di Masjid atau Surau untuk kegunaan Umat Islam adalah pelaburan terbaik sebagaimana Sejarah Islam Perigi Saidina Othman di Madinah

Untuk mendapatkan bekalan Air yang cukup berkualiti sebagai minuman memerlukan kos yang agak tinggi Contohnya sebotol Air Mineral yang terpaksa di beli di luar Masjid atau Surau contohnya di kedai yang berhampiran, dengan adanya Penapis Air di Masjid atau Surau ia akan memudahkan Para Jeamaah Masjid atau Surau untuk minum, dengan adanya kemudahan Penapis Air di Masjid dan Surau ia akan membantu Umat Islam setempat (Ahli Qariah) dan juga Musafir yang singgah di Masjid atau Surau mendapatkan bekalan Air minuman dari paip yang baik untuk di minum,

Sekarang ini belum ada lagi Masjid atau Surau yang menyediakan Bekalan Air Bertapis yang dapat di minum terus, Para Jamaah dan Musafir yang Kehausan terpaksa keluar membeli air botol mineral di luar atau kedai berhampiran, itu kepada Jamaah yang mempunyai wang tetapi jika Jamaah tidak mempunyai wang dan kedai terletak berjauhan ia adalah satu masaalah oleh itu dengan adanya Penapis Air di Setiap Masjid dan Surau akan memberi Kemudahan pada Umat Islam mendapatkan bekalan Air minuman bertapis yang sedia untuk di minum dari paip

Bulan Ramadhan Al Mubarak (Bulan Puasa) juga bakal menjelang tidak lama lagi pastinya ada Masjid atau Surau yang mengadakan Majils Berbuka Puasa juga majlis ringkas selepas Solat Terawih, dengan adanya Penapis Air ini di Masjid atau Surau tak perlu risau lagi untuk mendapatkan Air minuman yang bersih lagi untuk di minum

Begitu juga musim hari raya puasa atau haji di mana berjuta Umat Islam akan Musafir pulang ke Kampung halaman masing-masing kadangkala singgah di Masjid atau Surau untuk bersolat dan berehat dimana ada antaranya mempunyai anak-anak kecil yang kehausan oleh itu dengan adanya penapis air ini Anak-anak kecil yang kehausan dapat menikmati hasil Pengorbanan anda semua

Untuk keterangan Lanjut boleh layari http://wakafonline.blogspot.com/

No comments: