Sunday, July 25, 2010

Kenapa anda harus memiliki Nokia N900,

PERISIAN MAEMO TELAH DIPINDAHTURUN MELEBIHI 10 JUTA!


1. Jumlah 10 juta bukanlah sedikit. Tambahan pula, jumlah peranti Maemo yang ada diseluruh dunia tidaklah seperti jumlah peranti pintar lain seperti iPhone contohnya.
2. Untuk pengeahuan semua, jumlah tersebut mewakili perisian yang diletakkan di dalam repository “tempat simpanan” rasmi Maemo. Perangkaan ini menunjukkan satu perkembangan yang amat positif.
3. Jumlah sebenar pindahturun perisian Maemo sebenarnya melebihi 10 juta kerana ada juga tempat lain untuk memindahturun perisian seperti dari Ovi Store.
4. Harus diingat, kebanyakan perisian Maemo adalah percuma dan diselenggara sendiri oleh komuniti sumber terbuka. Ini adalah satu bukti positif dan perkembangan sihat mengenai masa depan sumber terbuka yang semakin mendapat tempat.
5. Pada masa yang sama, saya merasa pembangun-pembangun perisian Maemo telah menjalankan tugas dengan baik memandangkan Maemo sebagai sebuah platform mudah alih pintar, tidak mendapat tempat yang sewajarnya di arus perdana. Tidak seperti sistem operasi sumber terbuka lain yang kian popular iaitu Android.
6. Saya juga merasakan, banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik lebih ramai pembangun perisian menyertai dunia Maemo. Ini termasuklah inisiatif-inisiatif yang memberikan pembangun pilihan dan peluang yang lebih jelas untuk mengkomersialkan produk mereka.
7. Antara cabaran utama bagi Maemo/MeeGo selepas ini ialah untuk menjadikan ia sebagai sebuah platform yang menawarkan perisian bermutu tinggi dan juga pembangun perisian boleh mengaut sedikit keuntungan hasil penat-lelah mereka.
8. Walaubagaianapun, sebagaimana yang kita ketahui, kebiasaannya, sistem sumber terbuka diassosiasikan dengan perisian percuma. Ini dapat kita lihat dengan jelas di dalam arena desktop seperti Ubuntu yang memperlihatkan banyak perisian hebat yang boleh dimiliki secara percuma. Tidak semestinya apa yang berlaku kepada Ubuntu dalam hal ini, juga perlu berlaku kepada Maemo/MeeGo.
9. Untuk dunia mudah alih pintar, perisian percuma memang menarik tetapi harus ada satu matlamat dan jalan yang membolehkan pembangun perisian mendapat hasil. Ini kerana, daya tarikan yang ada pada sesuatu platform itu akan membuatkannya lebih menarik dengan inisiatif sebegitu.
10. Melalui pengamatan saya, dalam dunia Maemo, perisian komersial yang perlu dibeli, adalah lebih berkualiti dari perisian percuma seperti Sygic Mobile Maps, sebuah perisian navigasi yang lebih baik dari Ovi Maps dalam N900.
11. Tidak dinafikan, perisian percuma juga hebat. Lihat sahaja kepada gPodder dan Panucci, gandingan mantap yang tiada tolok bandingnya untuk menikmati podcast dalam N900. Dan juga Opera Mobile 10 (alpha) yang membawakan pengalaman melayari internet dengan lebih hebat.
12. Apa pun natijahnya, tahniah diucapkan kepada komuniti sumber terbuka Maemo dan semoga akan lebih banyak lagi perisian-perisian hebat dibangunkan untuk Maemo dimasa akan datang.

No comments: