Thursday, July 01, 2010

EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN) (2 Kekosongan)

Akademi Penulis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding dan pengendali program latihan penulisan yang sudah beroperasi sejak tahun 2009 di Wangsa melawati, Kuala Lumpur. Program-program kendalian Akademi Penulis dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman melebihi 5 tahun dalam industri penerbitan buku, majalan dan bidang penulisan. Ia diadakan secara terbuka untuk orang awam dan melalui agensi kerajaan dan swasta.

Akademi Penulis menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik termasuk:

  • bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)
  • Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik
  • Latihan dalaman disediakan
  • Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan

Kami mencari eksekutif untuk mengisi jawatan sebagai

EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN) (2 Kekosongan)

Deskripsi Kerja

  • Membuat perancangan jadual, aturan penceramah dan menguruskan peserta untuk program latihan anjuran Akademi Penulis
  • Merancang dan menguruskan strategi promosi dan jualan bagi program-program anjuran Akademi Penulis kepada orang awam, agensi kerajaan dan swasta
  • Membantu membangunkan dan mengemaskini bahan-bahan latihan untuk memastikan ia lebih mesra pelanggan dan praktikal

Kelayakan

  • Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan perancangan strategik terutama dalam pemasaran serta jualan yang baik
  • Mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pembangunan dan pengembangan latihan
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah
  • Mempunyai pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi mempunyai kelebihan
  • Mempunyai diploma ataupun ijazah dalam apa sahaja bidang (graduan pentadbiran perniagaan dan sumber manusia mempunyai kelebihan)
  • Mampu mengendalikan kerja dengan baik dan tahan menerima tekanan
  • Mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan (sekurang-kurangnya motosikal)
  • Graduan baru digalakkan memohon

Kepada yang berminat sila kirimkan resume kepada

Akademi Penulis Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA


ataupun kirimkan faks kepada 0341493560
ataupun emailkan kepada [email protected]
ataupun hubungi talian 0341492560

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Julai 2010

Maklumat lanjut, sila layari www.akademipenulis.com