Saturday, July 24, 2010

Bengkel Penulis Super (Penulisan Ilmiah) 30 Julai hingga 1 Ogos 2010

Hari ini 1 Julai 2010. Sudah masuk separuh tahun kedua tahun 2010. Bagi yang mempunyai perancangan setahun sekarang sudah sepatutnya memulakan langkah fasa kedua perancangan. Bagi yang mempunyai azam tahun 2010, kita perlu memulakan pecutan kedua. Alhamdulillah tahun 2010 ini saya lihat sebagai sebuah tahun yang amat berpotensi tinggi untuk dunia penulisan buku.

Mengapa? Tentu ada yang bertanya. Tahun ini daripada sudut kontrak kerajaan memang agak lembap. Biasanya sehingga sekarang sekurang-kurangnya dua tiga kontrak pembelian buku kerajaan sudah selesai dibekalkan. Namun hingga sekarang satu projek pembelian buku pun diwartakan. Panggilan tender sudah ada beberapa, namun masih lagi kabur keputusannya sama ada bila kontraktor berjaya diwartakan. Para kontraktor buku yang dahulunya mewah membeli rumah baru dan kereta baru sudah ada yang menyembunyikan diri dan kereta mereka. Takut-takut ada wakil daripada bank datang menuntut hutang dan menarik kereta mewah mereka.

Jadi bagaimana saya boleh kata berpotensi tinggi dengan keadaan sebegini? Tunggu dahulu. Ini berita dunia kontrak buku kerajaan. Apa yang saya ingin katakan di ruang lain berbeza. Tahun ini pihak PTS (syarikat penerbitan yang saya uruskan program penerbitannya) membayar royalti kepada semua penerima royalti untuk jualan tahun 2009 sebanyak RM 1.8 juta. Ini adalah jumlah terbesar pernah dibayar oleh PTS dalam sejarah 10 tahun PTS. Jumlah jualan buku di runcit juga meningkat naik dengan kadar yang membanggakan. Sasaran jualan buku PTS bagi suku tahun pertama dan kedua berjaya dicapai dengan cemerlangnya. Sekarang sudah masuk suku tahun ketiga.

Menarik bukan? Tahun hadapan dijangkakan pertumbuhan dan pengembangan buku akan lebih baik kerana bermulanya Rancangan Malaysia Ke 10 yang dijangka dapat memacu pertumbuhan negara. Ini memberi kesan kepada ekonomi dan sudah tentu kesannya akan dirasai oleh semua industri termasuk industri buku, InsyaAllah.

Jadi persoalannya. Adakah Tuan Puan termasuk di dalam golongan yang akan mengaut faedah kepada dunia perbukuan yang meningkat naik ini? Adakah Tuan Puan sudah memulakan proses penulisan buku, tidak kiralah buku bacaan umum ataupun fiksyen berbentuk novel.

Kami Berminat Namun Di Mana Hendak Belajar?

Tuan Puan tidak perlu bimbang, ada penyelesaiannya. Pusat Latihan Akademi Penulis ada jawapannya. Sebelum Ramadhan, Akademi Penulis akan menganjurkan dua bengkel berimpak tinggi iaitu Bengkel Penulis Super (Penulisan Ilmiah/Non Fiksyen) dan Bengkel Penulisan Novel (Karya Kreatif). Kedua-dua bengkel khusus untuk mereka yang berminat untuk mendalami dunia penulisan buku. Tuan Puan boleh memilih bengkel mana yang bersesuaian dengan keperluan Tuan Puan. Ia berbeza mengikut genre penulisan.

Bengkel Penulis Super (Penulisan Ilmiah) 30 Julai hingga 1 Ogos 2010


Bengkel Penulis Super adalah bengkel kali kedua dianjurkan dalam tahun 2010. Bengkel kali pertama diadakan pada bulan Januari  2010. Sambutannya amat luar biasa, kehadiran mencecah hampir 40 orang dengan latar pesertanya pelbagai. Bengkel kendalian dua tokoh penulisan dan penerbitan buku, Tuan Fauzul Na'im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad ini akan mendedahkan pelbagai rahsia dan tip penulisan terbaru. Formula Menjadi Penulis Bestseller yang dibentangkan ini belum pernah dibongkarkan oleh mana-mana konsultan lain. Pengalaman mereka ini dalam industri buku bertahun-tahun dibentangkan di dalam bengkel 3 hari 2 malam ini.

Antara pengisian yang akan dibentangkan dalam bengkel ini adalah Tip Menjadi Penulis Bestseller, Anatomi Buku Bestseller, Merancang Pelan Operasi Penulisan, Teknik Menulis Untuk Orang Sibuk dan Bagaimana Memasarkan Buku Cara Moden. Ia adalah langkahan seribu bagi mana-mana peserta yang hadir. Bengkel komprehensif daripada pengalaman sebenar memberikan pengetahuan menyeluruh mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku.

Yang lebih menarik, sebelum ini kadar yuran untuk menyertai bengkel ini adalah RM1,200 untuk 3 hari 2 malam. Namun begitu kerana pengurangan perbelanjaan disebabkan ia diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis yang baru diwujudkan, yurannya diturunkan ke RM950 SAHAJA. RM950 untuk bengkel 3 hari 2 malam berserta makan, minum, modul pengajaran, perkongsian ilmu, sijil dan lebih menarik bonus khas daripada pihak penganjur. Menarik bukan?

Berminat? Layari http://www.penulissuper.com . Hanya untuk 30 orang peserta sahaja.

Bengkel Penulisan Novel (Karya Kreatif) 7 & 8 Ogos 2010


Bengkel Penulisan Novel juga bengkel kedua dianjurkan tahun 2010. Bengkel 3 hari 2 malam diturunkan kepada 2 hari 1 malam untuk memberikan impak yang lebih. Bengkel ini dikendalikan oleh novelis terkenal dan pernah menghasilkan beberapa novel bestseller antaranya Mahligai dan Bukan Yang Pertama.

Pelbagai tip penulisan novel akan didedahkan di dalam bengkel 2 hari 1 malam ini. Tip berdasarkan pengalaman bertahun-tahun Cik Salina Ibrahim menghasilkan 8 novel yang mewarnai dunia novel Malaysia. 7 Modul Penulisan Kreatif Bestseller dengan pengisian pengenalan dunia novel, fasa-fasa penulisan kreatif bestseller, penghasilan watak, penyusunan plot dan banyak lagi. Memang berbaloi-baloi.

Yuran bengkel ini dahulunya ditawarkan pada kadar RM1,200. Sekarang ia hanya ditawarkan pada yuran terendah RM650 SAHAJA. Yuran yang tidak dapat ditempat lain. Bagi yang berminat boleh mendaftar diri secara online di http://www.penulisannovel.com

Ingin Sertai?

Bagi yang berminat boleh hubungi langsung ke Pusat Latihan Akademi Penulis melalui talian 013 6288614 (Qahhar) ataupun 0196990846 (Husni) ataupun pejabat kami di 0341492560 ataupun emailkan ke [email protected] ataupun layari http://www.akademipenulis.com

Pendaftaran secara online boleh dibuat bagi BENGKEL PENULIS SUPER (30 Julai hingga 1 Ogos 2010) di http://www.penulissuper.com  dan BENGKEL PENULISAN NOVEL (7 & 8 Ogos 2010) di http://www.penulisannovel.com . Kami menunggu panggilan dan penyertaan Tuan Puan.

FAUZUL NA'IM ISHAK

Jurulatih Utama
Pusat Latihan Akademi Penulis
(Akademi Penulis Training Center)
http://www.akademipenulis.com

No comments: