Monday, February 22, 2010

TIPS2 PERCUMA...

Tip percuma dari laman lain... Sila ke sini


1. Menulis dengan menggunakan ayat-ayat seperti : “10 Tips …”, atau “5 Petua Untuk … ” atau ” 10 Cara Untuk … “, atau “5 Senarai Paling …” atau ” Rahsia Untuk ..” atau sebagainya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan ayat “7 Rahsia Menjaga Hati Pasangan” ataupun ” 10 Tips Mengurangkan Hutang”.

Komen daripada aku:
Pertamanya posting hendaklah ikhlas.. tidak payah nak buat cerita 10 tips ker 5 PETUA ker.. supaya SPIDER sang GOOGLE boleh cari keywords ni..  USAH MENIPU ORANG kerana lambat laun orang akan tahu jua strategi MENIPU kita...


2. Mengoptimasikan tajuk blog dengan keyword yang menjadi sasaran anda. (Keyword adalah perkataan kunci yang BIASA digunakan oleh orang ramai untuk membuat carian di Yahoo, Google atau sebagainya). Sebagai contoh, jika keyword blog yang anda sasarkan adalah “panduan membuat blog” (dan pastikan carian ini agak popular yang dicari oleh orang ramai), maka biasakan menggunakan keyword tersebut untuk membina tajuk blog anda. Sebagai contoh, pada hari pertama, tulislah tajuk “Rahsia Membuat Blog Dot Com Sendiri”. Pada hari kedua, tulis pula tajuk “Membuat Blog Sangat Mudah”. Hari ketiga “Membuat Blog Adalah Wajib.” Hari keempat, “Panduan Penting Untuk Blogger”. Hari kelima ” Jangan Buat Blog Jika … “.

Jika anda menggunakan teknik optimasi enjin carian di atas dengan baik, anda akan mudah mendapat ranking yang tinggi samada di Yahoo, Google dan sebagainya bagi keyword yang anda pilih itu (”Panduan Membuat Blog”).


Komen daripada aku:
Ini sama juga cara untuk MENIPU dalam DIAM.. dimanakah 'significantnya" jika blog kita adalah blog peribadi hendak bercerita dalam semua hal.. supaya dengan erti kata SANG SEARCH ENGINE akan optimizekan blog kita... itu akan terjadi.. tetapi tidak lama wahai tuan.. bukan search engine akan membenci kita.. tapi pelawat akan BENCI kita... 



3. Tulis Tajuk Blog tidak melebihi 7 patah perkataan. Had maksima 7 patah perkataan ini adalah cadangan saya sendiri. Ini bertujuan mengelakkan tajuk artikel blog kita menjadi terlalu panjang yang meleret-leret.

Komen daripada aku:
Ini adalah benar.. terima kasih kepada empunya blog mengingatkan daku... 


4. Tulis tajuk yang seolah-olah membawa kontroversi. Contohnya, jika artikel blog anda pada hari ini membincangkan tentang bagaimana untuk menulis artikel dan bagaimana mengelakkan penulisan artikel blog yang lemah, tulis tajuk yang kontroversi seperti “Awas! Artikel Blog Yang Menyampah!” Menarik tajuk sebegini, bukan?

Komen daripada aku:
Ini pun sama ... kita hendak memberi 'misdirection'  kepada content kita.. tetapi pada hakikatnya tiada apa-apa pung.. dan ini hanya akan memberi maki hamun kepada orang yang melawat sahaja.. lebih2 lagi.. sekiranya seorang itu memang memerlukan maklumat yang betul dan tepat...


5. Tulis perkataan PERCUMA pada tajuk artikel blog anda, jika anda ada menawarkan produk / perkhidmatan percuma. Ataupun, jika anda membincangkan tentang tips-tips untuk mendapat motivasi, tulis tajuk blog sebegini, sebagai contoh : “Tips Motivasi Percuma Untuk Anda.”

Komen daripada aku:
Niat untuk memberi PERCUMA tu biarlah IKHLAS.. bukan dengan memberi satu benda tu dari orang lain punyer.. dan selepas itu menyuruh orang membeli pulak.. ini perkara biasa berlaku...


Walauapapung sebarang komen yang mungkin tidak bernas datang daripada aku yang masih belajar.. Maafkan daku wahai penulis tips2 ini.. Apa yang baik datang daripada-NYA. Sekian. Terima kasih wahai  penulis tips2 ni.. kerana memberi aku idea untuk posting pada hari ini. 

No comments: