Thursday, February 04, 2010

Bagaimana memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope dari Windows XP

Langkah Pertama
Hidupkan PC anda dan tunggu sehingga Sistem Pengoperasian anda berjaya dihidupkan.

 (Paparan diatas adalah dari sistem pengoperasian Windows XP)

Langkah Kedua
Masukkan CD dan tunggu sehingga Pop-Up Windows seperti dibawah,




  • Demo and full installation adalah pilihan untuk mencuba tanpa membuat proses installasi




  • Install inside Windows adalah pilihan untuk kita memasang Ubuntu.




  • Learn more adalah pilihan untuk kita mengetahui lagi akan kelebihan Ubuntu.


Langkah Ketiga
Kita pilih “Install inside Windows” bagi memasang Ubuntu didalam PC atau Komputer Riba. Setelah anda klik pilihan tersebut, ia akan memaparkan seperti dibawah,

 


Langkah Keempat
Sekiranya cakera keras atau “HardDisk” anda tidak besar seperti diatas, digalakkan anda untuk kurangkan 14GB kepada 10GB sahaja, dan masukkan Username dan Password: koalahandsome | koalagedik, selepas itu kita pilih Install.


Langkah Kelima

Proses bermula,




Anda perlu bersabar, dan masa untuk Nescafe.



Langkah Terakhir
Anda pilih “Reboot now” untuk melihat hasil installasi anda.


Selepas anda “Reboot”, anda akan lihat satu menu pilihan untuk Microsoft Windows XP dan Ubuntu. Pilih Ubuntu bagi menjalan sistem pengoperasian ini. Ubuntu akan melengkapkan proses installasi dan anda perlu bersabar menanti sehingga ia tamat.

Selepas itu, anda akan diminta untuk masukkan Username dan Password, dan Ubuntu anda telah berjaya. Tahniah!



Posting ini khas untuk Encik Yusof (P.Pinang) yang mengalami masalah sewaktu membuat installasi Ubuntu di dalam PC beliau. Langkah-langkah yang disediakan kemungkinan tidak berapa lengkap atau tidak sehabis baik. Oleh itu, amat dialu-alukan sekiranya ada pihak di luar sana yang ingin mengolah, menggunakan, mengimbas, merujuk dan segala jenis bentuk salinan dari nota ini. 

HAKCIPTA TIDAK TERPELIHARA kerana INI ADALAH ILMU DARI-NYA.

Nota: Akhir kata, sebarang keburukan datang daripada saya, dan segala kebaikan datang daripada-NYA, oleh itu saya memohon maaf diatas segala masalah yang mungkin timbul sewaktu memasang sistem pengoperasian diatas.

Wallahualam.

Adakah anda mencari bagaimana memasang Ubuntu 9.10 dari Windows Vista, Klik SINI

No comments: