Friday, January 15, 2010

Apa itu Wi-Fi..... dan perkasan yang diperlukan....

Hari ni perkataan Wi-Fi atau Wireless-Fidelity tidak asing lagi..  dan sudah ada tabiat baru dimana kita tidak akan lepak di kedai yang tidak mengadakan Wi-Fi secara percuma.. Sekiranya ada percuma.. bagaimana sumber kuasa utk sang Notebook atau Netbook...

tempat paling terbaik adalah Starbuck dan Coffe Beans... (hanya depa memahami kita)

Posting ni adalah untuk menjelaskan konsep infrastruktur Wi-Fi itu sendiri.

Jika di rumah kita, kita perlukan modem untuk mengakses Screamyx yang cukup hebat. Tetapi kenapa kita menggunakan cable, sesungguh sang isteri akan tidak berkenan jika sudah berkahwin, paling tidak ibu kita akan bising.. apa yang terjulur2 ni.. hehehehe.

Penyelesaiannya adalah dengan membeli Wifi-Router sebagai salah satu cara untuk membuang semua cable yang terjulur2 tu. Tidak lupa juga kepada PC perlu ada WiFi PCI card atau WIFI USB DONGLE.

Atau untuk menjimatkan lagi elektrik dirumah sekiranya kita adalah terdiri daripada orang yang berkira.. kita harus beli All in One bagi MODEM + WiFi + Router .. hanya satu perkakasan sahaja... :-D

Ingin bacaan lanjut, disini

Sekiranya kita ingin memasang di Pejabat yang ada perlu banyak kawasan liputan. Kita perlu menggunakan Wireless Access Point.  AP ini beroperasi akan memberi signal yang sepenuhnya setiap kawasan yang diletakkan didalam pejabat. Secara tidak langsung, akan tiada lah isu seperti dibawah,


  • kenapa netbook aku lagi hebat dan laju dari ko..
  • kenapa kejap signal aku kuat dan kejap lemah
  • kenapa notebook aku kejap dapat kejap tidak...
Untuk pemasangan dirumah tidak digalakkan kerana kos nya mahal. Tetapi kalu hendak jugak apalah salahnya, dipersilakan juga.. :-D

AP lebih tahan lasak, robust dan hebat jika dibandingkan dengan  dengan Wireless Router.

Bagaimana pula jika tempat A ada WiFi dan tempat B tiada, penyambungan menggunakan Cat5e ke tempat B amat mustahil kerana perlu belah jalan ker.. padang ker.. rumah orang ker.. office orang ker?

Penyelesaiannya adalah penggunaan Repeater. Repeater akan berfungsi untuk memastikan signal WiFi yang di terima oleh dia akan dijana atau di'boost" lagi untuk ke tempat lain dengan tanpa larian wayar rangkaian.

Repeater adalah satu penyelesaian yang agak mahal, oleh itu rekabentuk awal dan terperinci di tempat pemasangan kemudahan Wi-Fi ni penting.

Sebarang masalah mengenai Wi-Fi atau memerlukan khidmat bantuan kami Selasih Net menyediakan khidmat nasihat dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

Sila email saya di [email protected].. Selamat Beramal... :-D

2 comments:

Zalina said...

mcm mane nak contact u? i need some advice untuk pasang wifi kat officce...

e1 said...

salam

saya boleh dihubungi di [email protected] atau
call saya di 012-2631282.

:D