Saturday, December 26, 2009

Resepsi Hafiz...



Semoga berkekalan ke akhir hayat, wahai kedua-dua mempelai. Ameen.

Friday, December 25, 2009

Akad Nikah Hafiz...



maka bergelar sang suami... tahniah bro.

main vendor call aku..

Soalan pertama dia tanyer.. mana quotation .. semua ok kah?

Dalam hati.. kenapa lah ko jauh sangat di rawang.. kalu tak boleh rasa nya aku bagi makan lappy aku ni..

Seperti biasa.. aku jawab... bukan saya tidak mahu buat.. tetapi saya tidak paham.. apa yang sebenarnya encik mau ni..

dia pulak terkedu2.. berakhir dengan aku pulak tanyer.. dan disimpulkan dalam bentuk email kepada dia sekali lagi.. supaya tidak lupa... bacalah...

Seperti yang dibincangkan dalam telefon pagi tadi bersama Encik Halim.

1. Mengaktifkan penggunaan tape drive server – install component & mount

- Kerja yang bakal dibuat adalah konfigurasi backup ke atas tape backup yang sedia ada.

Remarks
- Apa jenis tape backup yang telah dibekalkan?
- Ada ker jenis software yang dibekalkan sekali?
- Apa jenis data yang henda di backupkan?


2. Install perisian tape drive backup & restore

- Sama seperti di atas seperti dimaklumkan.

3. Semakan hardisk dan aktifkan hardisk baru

- Masalahnya ada RHEL telah dipasang ke atas pelayan, selepas ditambah another 2 HDD lagi kenapa RHEL tidak dapat mengesan kewujudan HDD tersebut? Ada betul kah?

Remarks
- Apa jenis pelayan dan model?
- Ada RAID Controller ke tak?
- Boleh bagi spesifiaksi penuh tak pelayan tersebut?


4. Setting email untuk server running email

- Masalahnya adalah kenapa aplikasi yang sudah dibuat tidak boleh menghantar email keluar. Betul tak? Maksudnya bukan konfigurasi email server tetapi konfigurasi tambahan membolehkan aplikasi tersebut menghantar email kepada klien? Betulkan saya jika saya silap.

5. Scheduling backup to tape drive

- TASK ini berkait rapat dengan MASALAH NO.1 dan NO.2...... Betulkan?

6. Setting files access to server files

- Masalahnya ada server yang telah dipasang untuk dijadikan Storage Server. Maka konfigurasi untuk user access storage data dan quota setiap users..Betulkan?

Remarks
- Apa jenis pelayan dan model dan spesifikasi server serta kapasitii storan
- Ada RAID Controller ke tak?
- Backup system ada terlibat ke tak? atau menggunakan RAID sahaja


7. Documentation on above job

- Seperti yang telah diberitahu dokumentasi adalah melibatkan kerja2 penyelenggaraan sahaja...... Betulkan?

8. Suggest hardisk partition & security

- Ini masalah paling berat.. hendak kami sugggest ni kepada server yang baru ker atau server yang sedia ada yang telah dipasang RHEL tu..Jika telah di pasang apa guna nya cadangan dari kami.. Contoh paling baik adalah.. u nak beli kereta.. u pergi PERODUA sambar Kancil seketul then tanyer kat DEALER PROTON bagus tak kereta I beli ni...

9. Documentation on installing PHP 5 with MySQL, MSSQL, LDAP, email capability

- Seperti yang telah diberitahu dokumentasi adalah melibatkan kerja2 penyelenggaraan sahaja...... Betulkan?

- dan lagi satu saya lupa nak tanyer.. EMAIL CAPABILITY ni apa bendanya.. setahu saya tiada melibatkan sebarang PELAYAN EMAIL utk kerja2 diatas. yang hanya melibatkan perkataan email adalah aplikasi yang dicadangkan akan menghantar email ke klien untuk memberi tahu status barangkali... Ini andaian saya.

10. Linux training & documentation

- Latihan akan melibatkan kerja2 penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh pegawai2 yang bertanggungjawab.

Remarks
- Berapa ramai pegawai2 yang terlibat? Senang bagi pihak kami untuk sediakan nota latihan
- Bagaimana tahap pengetahuan LINUX bagi semua pegawai kerana memudahkan kami sewaktu pengajaran nanti


Akhir kata, saya memohon maaf lah kerna tanyer banyak sangat sebab saya kurang pandai orangnya dan baru belajar bagaimana ingin bekerja secara professional. Ini kerna saya tidak mahu akan menyulitkan keadaan saya dan pihak encik di kemudian hari nanti.

Diharap dapat memberi kan feedback dengan kadar segera supaya memudahkan kami untuk menyiapkan sebutharga dengan secepat mungkin.

Sekian,

Regards
e1

*/tapi partner aku hangin dengan aku sebab aku reply email macam ni.. tapi aku rasa macam bersalah.. tapi hati dah panas.. so aku rasa aku betul.. biarlah tidak dapat. MU pi cari sub-cons yang boleh buat kerja macam skop yang ko bg tu... GILAAA!!!

Thursday, December 24, 2009

A request from main vendor.....

Salam

Seperti yang dimaklumkan melalui telefon, berikut adalah skop kerja bagi perkhidmatan yang diperlukan:

- Mengaktifkan penggunaan tape drive server – install component & mount
- Install perisian tape drive backup & restore
- Semakan hardisk dan aktifkan hardisk baru
- Setting email untuk server running email
- Scheduling backup to tape drive
- Setting files access to server files
- Documentation on above job
- Suggest hardisk partition & security
- Documentation on installing PHP 5 with MySQL, MSSQL, LDAP, email capability
- Linux training & documentation

Sila emailkan sebutharga tersebut dengan kadar segera.Terima kasih.

Dalam hati berkata.. kalu macam ni boleh mati kah sub-contractor.. satu benda pun aku tidak paham daripada email diatas.... rasa sudah sampai masa utk bagi pengajaran kepada main vendor supaya request benda tu biar lah terperinci..

Tuesday, December 22, 2009

Kenapa perlu ada domain...

Domain macam nama kita.. setiap orang mesti ada nama.. walaupun nama dia kaduk ker.. kacuk ker.. sekarang ni kita nak orang kenali kita tapi takkan nak suruh orang type panjang2 supaya orang kenal kita didalam jaringan maya..

dan hasilnya.. orang takkan cari kita.. susah nak ingat.. sapa dia ni.. awek ker.. :-D

sebagai contoh.. nama saya Mohd Hidzuan Zainul Hashim..

ingin kenal lebih lanjut sila masuk boleh saya kan lebih mudah kalu nama panggilan Ewan atau e1.. atau domain kita e1.my..

ingin beli domain yang lebih murah.. mesra pelanggan.. sila klik sini

sambungan seterusnya akan datang.. ada domain mesti ada DNS. dan DNS selalunya mesti datang dengan hosting...

bagaimana inginkan Blogspot menjadi hosting kepada anda secara percuma.....

Monday, December 21, 2009

Google Chrome for Open SuSE 11.2..

Chrome yang stable adalah impian ku.. tapi walaupun unstable version.. Gecko memang tidak menghampakan...

Sila ikut langkah2 dibawah,

Langkah Pertama
- Buka Terminal dan taipkan 'sudo -i'

Langkah Kedua
- Masukkan password root anda

Langkah ketiga
- taip 'zypper ar -t YUM http://dl.google.com/linux/rpm/stable/i386 google'

Langkah keempat
- taip 'zypper in google-chrome-unstable'

seperti dalam gambarahjah dibawah,



Selepas itu dia akan minta,

Do you want to reject the key, trust temporarily, or trust always? [r/t/a/?] (r):

Jawpannnya = 'a'

Sila tunggu seperti gambarajah dibawah sehingga Google Chrome anda selesai di installasi.



Selamat Berjaya!

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

tiba.. aku teringat tarikh keramat...

Title

• Fighting the spam in the Malaysia with the engine named SPAM-MELAYU

• Eliminate the spam with the SPAM-MELAYU

• How the SPAM-MELAYU eliminate the spammer in malaysia?

Boleh ker tajuk macma ni encik?

13 July 2009.. akan daku ingat selama2nya...

menolong sang black...

menolong beliau dengan membeli PS3 nya.. :-D

melayan Storm Warrior .. rasa macam ada sambungan lagi.. Hampeh!

kenyang makan Kabsah...

testing new template from Blogger.

Friday, December 18, 2009

Salam Tahun Baru

Ya Allah, perkayakan lah saudara2ku dengan rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, keluarga yang bahagia dan kejayaan yang besar. Ameen | Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah