Followers

main vendor call aku..

Soalan pertama dia tanyer.. mana quotation .. semua ok kah?

Dalam hati.. kenapa lah ko jauh sangat di rawang.. kalu tak boleh rasa nya aku bagi makan lappy aku ni..

Seperti biasa.. aku jawab... bukan saya tidak mahu buat.. tetapi saya tidak paham.. apa yang sebenarnya encik mau ni..

dia pulak terkedu2.. berakhir dengan aku pulak tanyer.. dan disimpulkan dalam bentuk email kepada dia sekali lagi.. supaya tidak lupa... bacalah...

Seperti yang dibincangkan dalam telefon pagi tadi bersama Encik Halim.

1. Mengaktifkan penggunaan tape drive server – install component & mount

- Kerja yang bakal dibuat adalah konfigurasi backup ke atas tape backup yang sedia ada.

Remarks
- Apa jenis tape backup yang telah dibekalkan?
- Ada ker jenis software yang dibekalkan sekali?
- Apa jenis data yang henda di backupkan?


2. Install perisian tape drive backup & restore

- Sama seperti di atas seperti dimaklumkan.

3. Semakan hardisk dan aktifkan hardisk baru

- Masalahnya ada RHEL telah dipasang ke atas pelayan, selepas ditambah another 2 HDD lagi kenapa RHEL tidak dapat mengesan kewujudan HDD tersebut? Ada betul kah?

Remarks
- Apa jenis pelayan dan model?
- Ada RAID Controller ke tak?
- Boleh bagi spesifiaksi penuh tak pelayan tersebut?


4. Setting email untuk server running email

- Masalahnya adalah kenapa aplikasi yang sudah dibuat tidak boleh menghantar email keluar. Betul tak? Maksudnya bukan konfigurasi email server tetapi konfigurasi tambahan membolehkan aplikasi tersebut menghantar email kepada klien? Betulkan saya jika saya silap.

5. Scheduling backup to tape drive

- TASK ini berkait rapat dengan MASALAH NO.1 dan NO.2...... Betulkan?

6. Setting files access to server files

- Masalahnya ada server yang telah dipasang untuk dijadikan Storage Server. Maka konfigurasi untuk user access storage data dan quota setiap users..Betulkan?

Remarks
- Apa jenis pelayan dan model dan spesifikasi server serta kapasitii storan
- Ada RAID Controller ke tak?
- Backup system ada terlibat ke tak? atau menggunakan RAID sahaja


7. Documentation on above job

- Seperti yang telah diberitahu dokumentasi adalah melibatkan kerja2 penyelenggaraan sahaja...... Betulkan?

8. Suggest hardisk partition & security

- Ini masalah paling berat.. hendak kami sugggest ni kepada server yang baru ker atau server yang sedia ada yang telah dipasang RHEL tu..Jika telah di pasang apa guna nya cadangan dari kami.. Contoh paling baik adalah.. u nak beli kereta.. u pergi PERODUA sambar Kancil seketul then tanyer kat DEALER PROTON bagus tak kereta I beli ni...

9. Documentation on installing PHP 5 with MySQL, MSSQL, LDAP, email capability

- Seperti yang telah diberitahu dokumentasi adalah melibatkan kerja2 penyelenggaraan sahaja...... Betulkan?

- dan lagi satu saya lupa nak tanyer.. EMAIL CAPABILITY ni apa bendanya.. setahu saya tiada melibatkan sebarang PELAYAN EMAIL utk kerja2 diatas. yang hanya melibatkan perkataan email adalah aplikasi yang dicadangkan akan menghantar email ke klien untuk memberi tahu status barangkali... Ini andaian saya.

10. Linux training & documentation

- Latihan akan melibatkan kerja2 penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh pegawai2 yang bertanggungjawab.

Remarks
- Berapa ramai pegawai2 yang terlibat? Senang bagi pihak kami untuk sediakan nota latihan
- Bagaimana tahap pengetahuan LINUX bagi semua pegawai kerana memudahkan kami sewaktu pengajaran nanti


Akhir kata, saya memohon maaf lah kerna tanyer banyak sangat sebab saya kurang pandai orangnya dan baru belajar bagaimana ingin bekerja secara professional. Ini kerna saya tidak mahu akan menyulitkan keadaan saya dan pihak encik di kemudian hari nanti.

Diharap dapat memberi kan feedback dengan kadar segera supaya memudahkan kami untuk menyiapkan sebutharga dengan secepat mungkin.

Sekian,

Regards
e1

*/tapi partner aku hangin dengan aku sebab aku reply email macam ni.. tapi aku rasa macam bersalah.. tapi hati dah panas.. so aku rasa aku betul.. biarlah tidak dapat. MU pi cari sub-cons yang boleh buat kerja macam skop yang ko bg tu... GILAAA!!!

1 comments:

Sengkoil said...

e1..macam kes ko ni..aku rasa sepatutnya main vendor ko and user perlu adakan meeting dan jumpa tu clarify each detail and buat site visit tgk camne tool and software and alat2 yang diorg pakai..so takde le akan jadi isu camnie..tu je solution yang paling baik..even dalam islam pun ade minta kita supaya bermusyakarah..adakan mesyuarat atau perjumpaan bersemuka untuk menyelesaikan sesuatu masalah..kalu aku jadi user tu..aku akan ask the main vendor to ask sub for a meeting..tu kalu aku le..:D