Sunday, December 28, 2008

roadblock....

balik dari kenduri kahwin sang Mik di Hotel Singgahsana ada member ajak lepak2 minum kat mamak.. aku pi lah Mahboob kat Lucky Garden... melepak sampai ke pukul 1.30 pagi.. then balik berbekal kan 500mL Coke.. sebab dah ngantuk sangat... tiba2 roadblock kat NPE. selepas flyover Jalan Templer..

aku pun ditahan... oleh polis trafik cina.. maklum lah naik motor kapchai (keldai) :-p
lepas tu di soal oleh polis traffik melayu pula.. berakhir dengan sang awek (polis traffik) juga...

banyak pulak soal nya... bukan sebab motor aku x legal ataupun x de license...
dalam hati ... aik polis pun concern yaa.. kenapa balik lewat... parah2...
diantara soalan2nya...
- saya ingat kan encik ni bukan melayu... kenapa yaa muka lain sangat...
- kenapa IC encik muka lain....
- ooo ni keturunan2 Syarifah ker..

tapi memang awek tu cun lah.. muahahahahhaha

(kalu kahwin ngan polis.. masalah lah nak balik raya ... mau hari krismas ajer aku dapat balik beraya hari pertama.. muahahahahaha)

bermula operasi sang cameleon ku... (upgrade opensuse 11.0 to opensuse 11.1)

Saturday, December 27, 2008

Isnin Disember 2008 | 30 Dzulhijjah 1429 Hijrah

lepas Asar, kita baca doa akhir tahun..


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


kita kena baca doa awal tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Wednesday, December 24, 2008

mau guna cron...

1     $ crontab -l
2 # DO NOT EDIT THIS FILE
3 # installed Sat Jul 15
4 #min hr day mon weekday command
6 30 * * * * some_command
7 15,45 1-3 * * * another_command
8 25 1 * * 0 sunday_job
9 45 3 1 * * monthly_report
10 * 15 * * * too_often
11 0 15 * * 1-5 better_job
$
sekarang sudah jelas.. hehehehe

Tuesday, December 23, 2008

Adakah anda mengalami masalah dengan ini?

Error when Update of GeoIP

Warning: fopen("temp/GeoIPCountryCSV.zip", "w+") - No such file or
directory in /var/www/html/mailscanner/geoip_update.php on line 53

Unable to open temp/GeoIPCountryCSV.zip for writing.


langkah pertama adalah,

create satu folder seperti dibawah
mkdir /var/www/html/mailscanner/temp

selepas itu tukar ownership kepada apache.
chown apache:apache /var/www/html/mailscanner/temp (

dan cuba lagi..

sekiranya anda masih mengalami masalah lagi?

anda perlu downbload file GeoIPUpdate dari link dibawah

http://geolite.maxmind.com/download/geoip/database/


selepas download.. extract file tersebut dan pindahkan ke

/var/www/html/mailscanner/temp/

langkah terakhir adalah, jalankan arahan dibawah

# mysql -u root -p

selepas itu,

mysql> use <"mailwatch" OR "mailscanner">

kemudian,

mysql>LOAD DATA LOCAL INFILE 'GeoIPCountryWhois.csv'
INTO TABLE geoip_country
FIELDS TERMINATED BY ',' ENCLOSED BY '"';

selepas itu,

mysql> exit

cuba login semula MailScanner dan uji kembali.


Friday, December 19, 2008

dimanakah bahasa Inggeris....

"Puan Ainon menulis dalam blognya http://universitipts.com berkaitan kaitan bahasa dengan pendapatan perkapita sebagai berikut:

1. Norway (US$43,400) bahasa penghantar: Norwaegian

2. Switzerland (US$40,680) bahasa penghantar: Perancis & German

3. United States (US$37,870) bahasa penghantar: Inggeris

4. Japan (US$34,180) bahasa penghantar: Jepun

5. Denmark (US$33,570) bahasa penghantar: Danish

6. Sweden (US$28,910) bahasa penghantar: Swedish

7. United Kingdom(US$28,320) bahasa penghantar: Inggeris

8. Finland (US$27,060) bahasa penghantar: Finnish

9. Ireland (US$27,010) bahasa penghantar: Irish & Inggeris

10. Austria (US$26,810) bahasa penghantar: German

Maka janganlah fanatik dengan bahasa Inggeris

Thursday, December 18, 2008

ingin bantuan,

Pertanyaan tentang loan - 012 - 972 7430 (Puan Noraini)

Pertanyaan tentang jawatan kosong dalam Bank Islam - 03 - 2282 8400 (Puan Waheeda)

Monday, December 08, 2008

Tahlil Arwah ADALAH BIDA’AH HASANAH



Tidak semestinya apa yang tidak berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat ra dianggap bid'ah kerana majlis tahlil bukannya ibadat khusus. Ia adalah suatu amalan dan budaya yang terpuji dalam masyarakat melayu zaman berzaman dalam ikhtiar yang diharuskan oleh agama berdasarkan dalil2 umum dari al Quran dan hadith semata2 mencari keredhaan Allah swt.



Ibadat khusus ialah ibadat yang mempunyai rukun2 tertentu, masa tertentu dan syarat2 tertentu sedangkan ianya tidak terdapat pada majlis tahlil arwah. Ini kerana ia bebas dilakukan dlm pelbagai cara asalkan tidak melanggar batasan syariah.



Majlis tahlil adalah bida’ah Hasanah (bida’ah terpuji) bukan bida’ah Dhalalah (bida’ah tercela)

Bani Israel suatu ketika dahulu telah mencipta suatu Bida’ah yang terpuji semata2 mencari keredhaan Allah lalu mereka meninggalkannya sehingga Allah mencela mereka dalam firmanNya



“. . .dan mereka mengada2kan Rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya keatas mereka, tetapi mereka sendirilah yang mengada2kannya untuk mencari keredhaan Allah lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya .Maka Kami berikan keatas orang2 yang beriman diantara mereka pahalanya dan banyak diantara mereka orang2 fasik .” al Hadid 27



Tahlil adalah satu majlis

1.0 Mengingati Allah dan meningkatkan keimanan dengan mengingatkan kematian

2.0 Majlis mendoakan kesejahteraan roh arwah di alam barzakh.

3.0 Majlis yang lazimnya dilakukan oleh keluarga terdekat simati

4.0 Majlis ini dilakukan secara berjamaah atas ukhuwah Islam didalam komuniti masyarakat melayu

5.0 Kesan dari majlis ini, ia membawa kepada sokongan moral dan memberi semangat baru kepada keluarga yang sedang ditimpa musibah kematian dan sebagai tanda kebersamaan masyarakat kepada keluarga berkenaan.

6.0 Majlis ini juga memberikan kesempatan ZIARAH masyarakat kepada keluarga simati selain sekadar ucapan takziah dari kejauhan



Majlis Tahlil terkandung didalamnya bacaan2 pilihan AYAT2 SUCI Al Quran, ZIKIR2 serta SALAWAT2 yang terpilih dan DOA2 KHAS untuk arwah simati, ia berdasarkan kelebihan2 tertentu yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw, diamalkan oleh para Sahabat2 dan para Tabi’en.



HIMPUNAN BACAAN2 TAHLIL disusun khas oleh Ulama2 tersohor Melayu terdahulu sebagaimana disusun BACAAN2 AL MA’THURAT oleh As Syahid Hassan Al Bana. Al Ma’thurat juga tidak diamalkan khusus oleh oleh para Sahabat dan tabien2 melainkan ianya adalah himpunan amalan2 doa Rasulullah yang telah dikumpul oleh AsSyahid Hassan Al Bana untuk kita semua demi kebaikan2 tertentu kepada sesiapa yang beramal dengannya.



BACAAN2 DALAM TAHLIL

Diantara bacaan2 didalam Tahlil disusun seperti berikut :

1.0 Surah Al Fathihah

2.0 Surah Al Ikhlas

3.0 Surah Al Alaq

4.0 Surah An Nas

5.0 Surah Al Baqarah (ayat 1 – 5)

6.0 Ayat Kursi

7.0 Surah Al Baqarah (ayat 285 – 286)

8.0 Bacaan2 Zikir dan salawat pilihan

9.0 Isthigfar

10.0 Membaca Tahlil “ La ilaha illalLah” 100X

11.0 Doa khas kepada Arwah Simati



Setelah majlis TAHLIL selesai, lazimnya tuan rumah menyediakan sedikit jamuan. Ini adalah suatu adat tradisi yang terpuji bangsa melayu ketika meraikan tetamu2 yang dihormati apatah lagi mereka datang mendoakan pula arwah simati. Kadang2 jamuan ini disedekahkan oleh saudara mara, sahabat handai ataupun masyarakat setempat. Tiada Ulama2 tersohor dunia Melayu yang PERNAH MEWAJIBKAN JAMUAN PERLU DISEDIAKAN OLEH KELUARGA SIMATI DENGAN MENGAMBIL HARTA SIMATI MELAINKAN IANYA ADALAH TERPULANG ATAS KELUARGA BERKENAAN sebagaimana ia difitnahkan oleh golongan2 tertentu.



Diantara dalil2 umum bahawa Majlis tahlil adalah kebaikan adalah seperti dibawah

Firman Allah

“ Wahai Tuhan kami ! Ampunilah dosa2 kami dan dosa saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 beriman. Wahai Tuhan Kami ! Sesungguhnya Engkau amat melimpah rahmat belas kasihan dan rahmatMu” surah al Hasyr ayat 10



Kenapa kita tidak boleh mendoakan saudara kita yang telah mati sedangkan Rasulullah saw juga setelah mendengar berita kesyahidan Abu ‘Aamir dalam peperangan di Hunain melalui Abu Musa, baginda terus mengambil wuduk lalu mendoakan Abu A’amir



“ Ya Allah ! Ampunilah dosa2 Ubaid Abu A’amir. Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat di martabat yang lebih tinggi berbanding segala maklukMu di dunia”…



Rasulullah saw bersabda



“ Doa itu adalah ibadah, Allah swt berfirman “berdoalah kepadaKu, nescaya aku akan perkenankan untuk kalian.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



“ Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat Pemalu lagi Mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba2 tidak diberiNya permintaan itu..”

Hadith riwayat Abu Daud & Ar Tirmizi, Ibnu hajar menyatakan sanadnya adalah jayyid.



“ Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



Majlis-majlis seperti tahlil arwah, maulud nabi, awal muharram, nisfu sya'ban, nuzul quran, isra' mikraj dan seumpamanya ini adalah berdasarkan dalil umum al-Quran mahupun hadis yang menyuruh kita supaya mengingati peristiwa-peristiwa Islam, juga dalil umum galakkan berdoa, galakkan bersedekah dan sebagainya.



Tiada salahnya merealisasi dalil umum al-Quran dan hadis ke bentuk praktikal selama mana tiada larangan yang jelas dari dalil yang qat'ie.

Sunday, December 07, 2008

satu lagi penipuan.. barangkali....

Maaf menganggu..
Maaf, ini bukan SPAM (This is not a SPAM). Tapi untuk menyampaikan satu berita mengenai biz yang menguntungkan
Kalau tak berminat delete saja

Disini saya ingin kongsi peluang menjana pendapatan dengan FOREX..
Pendapatan antara 40% hingga 50% sebulan..
Hanya parking lot dan tunggu keuntungan.
Trading 100% guna sistem yang dibuat khas.
Setiap Minggu Duit Masyukkkkkkk...
Boleh withdraw setiap minggu
Tak payah susah-susah cari downline
Duduk Diam pun dijamin Duit Masyukk.
Kalau Rajin Menaja Lagi Banyak $$$$$ masyukkkk
Cepat Join hari nie Minggu depan Terus Duit Masyukkk
Modal satu lot Cuma Rm35je( 1 lot )
Kalau ada lebih modal boleh tambah lot kemudian
Jumlah Belian Lot tanpa Had
Semua urusan jual beli broker yg uruskan
Anda hanya labur je
Lagi banyak lot dibeli lagi besar keuntunggan anda dapat
Jadi Kalu berminat Nak tahu cerita dia klik link dibawah

http://www.danaFX.com/?id=railmekota

http://www.danaFX.com/?id=railmekota
http://www.danaFX.com/?id=railmekota

JIKA ANDA RASA ANDA SALAH SEORANG YANG MEMERLUKAN WANG TAMBAHAN, BERTINDAKLAH DARI SEKARANG !JANGAN BERLENGAH LAGI

Saturday, December 06, 2008

skim yang boleh jadi menipu jugak ni...

saudara/i, saya dah buat seperti di bawah nie dan alhamdulillah, selepas segala onak dan duri ( utk register masa tu tengah kering) hehehe...akhirnya pulangan berbaloi..syukurlah......
KALAU NAK CEPAT DAPAT INCOME TERUS SUSUN DOWNLINE DENGAN CARA CUCUK SATAY.
KALAU ADA BUDGET TERUS BUKA 4 AKUAN,(nak buka 4 akaun kena sabar..kena buka satu-persatu..pastu baru la nama tersenarai jadi TOP)
SUSUN MACAM SATAY!!!
KEMUDIAN ANDA PROMOSI AKAUN YG KE 4 ITU... SEBAB SEMUA YANG MASUK DIBAWAH LEVEL KE 4 ANDA AKAN DIBAYAR TERUS KEPADA BANK ANDA DAN SETERUSNYA.. .

INI LAH RAHSIA DAPAT TERUS $$$ KE AKAUN ANDA!!!

"Orang lain buat duit kita buat alasan"
Bertindak Sekarang!!!! !!!!!

Klik:

CARANYA :

Anda daftar 4 akaun anda punya sendiri dan susun
macam ni ke bawah.

Guna username berlainan, daftar satu persatu, dan aktifkan dulu satu
persatu, Jangan Terburu-buru !!! Rilex.....Sabar. .

CONTOH :
ALI
(daftar dan bank in RM10 kepada
ALI1
(daftar ALI1 dibawah ALI)
ALI2
(daftar ALI2 dibawah ALI1)

ALI3

(daftar ALI3 dibawah ALI2)
ALI4
(daftar ALI4 dibawah ALI3)
* Jangan lupa Copy & Paste butir2 bank in anda semasa Pengesahan Pembayaran.Jika didapati ada penipuan,keahlian anda dibatalkan serta-merta oleh admin.

PROMOSI URL ALI4 BESAR-BESARAN KEPADA SEMUA ORANG!!
4 orang masuk melalui ALI4 akan bayar terus kepada ALI.
JIKA MASIH WAS2,SILA CUBA INI :
ALI5
(daftar ALI5 dibawah ALI4)
DAFTAR FREE DAN ANDA AKAN MENERIMA EMAIL DRPD ADMIN,ALI5 DIKEHENDAKI BANK IN RM10 KEPADA ALI4 IAITU ANDA SENDIRI.
JADI,JIKA ADA ORANG JOIN DI BAWAH ALI4,ANDA AKAN TERUS DAPAT WANG ITU!!
4 X RM 10 = RM 40 (dah dapat balik modal) eeeee…mudahnyaaaa dapat duit…Allah hurabbi …pejam mata sebelah la keluarkan modal lebih sikit….apa pun perniagaan perlukan modal…tiada perniagaan yang tak perlu modal…senang cakap tiada yang FREE untuk hidup senang..FIKIRKAN…RENUNG-RENUNGKAN…DAN SELAMAT MENCUBA….


"... Seandainya anda tidak percaya, tidak mengapa... kerana kami tidak
memerlukan kepercayaan anda kerana kami sedang menjalani kehidupan
yang tidak perlu memikirkan tentang wang dan masa..."

Saya yakin 100% anda akan berjaya , jika ikut cara saya ini..

DAFTAR SEKARANG, DAFTAR DULU,USAH FIKIR LAGI
klik di sini

http://www.niagasentral.com/danaringgit/?id=aliff4

Thursday, December 04, 2008

orang lain konvo ada gambo... tapi aku paling best..

masa diploma.. macam mana kesnya..bapak aku tertinggal camera ker.. atau camera suddenly rosak... memang kambing.. selamat lah sang hakim ada camera.. so bergambar sakan lah aku dan hakim serta family dia macam orang giler...

minggu depan.. dapat phone call dari hakim.. camera hilang lah bro.. aku pergi kenduri kahwin.. entah macam mana letak camera kat atas cabinet.. tu.. suddenly entah malaun mana amek camera tu.. the best part belum lagi transfer... warghhh

so tiada lah kenangan masa diploma....

bulan Ogos.. konvo utk my degree..

so macam biasa.. pulun amek macam orang giler.. sebelum.. selepas.. dan apa2 lagi lah..
kali ni aku hebat.. aku dah transfer masuk ke dalam notebook.. dan external hdd.. tinggal nak edit dan masukkan ke dalam ala2 my photobook secara online...

tapi yang sedihnya.. rumah dimasuki perompak di siang hari.. ketika semua tiada di rumah..
everything gone.. yang tinggal hanya gambo ummi dan bapa ku ajer...

sedih betul kenangan belajar....


Picture of my ummi and baba during my convocation... that all I got

semoga kali ni punyer konvo... aku letak dalam peti besi... :-p 2010 Insya Allah...

*/ tima kasih kat sang hafrul sebab dia yang check kan kat picture gallery OUM....
ari ni kejayaan.....

aku memang bengang betul kepada orang yang pegang domain aku.... bermula dengan menjual domain pada tahun 2006... lepas tu pegang... x mau release.. sampai aku terpaksa cari dia untuk renew domain.. lepas tu masalah hosting... masalah DNS.. dan pelbagai masalah lah...

akhirnya aku dah malas nak cerita pasai domain syarikat aku... selasih.net... bertawakal supaya x de orang yang berminat... dan akhirnya pagi ni... aku dapat membelinya.. setelah hampir 7 bulan aku menanti...

untuk melepaskan geram ya amat sangat.. aku x mau beli 2 tahun ke 3 tahun.. atau 5 tahun.. aku terus beli untuk 10 tahun.. semoga ia kekal dengan ku... Ameen.

Label Name


Attributes
Unit
Price
Today's
Price
ICANN
fee
Qty Extra
Disc.
Total
Price
12010-1 .NET Domain Name Registration - 10 Years
$129.90 $99.90 $2.00 1 $.00 $101.90



dan bermula lah process aku nak setup web site untuk company sendiri... Drupal.. here I come...

Monday, December 01, 2008

ibadah Qurban..

Bagi mereka yang berkemampuan agar marilah kita melakukan ibadah qurban sebagai salah satu bentuk sumbangan demi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam terutama di KEMBOJA

Pada masa yang sama dengan ibadah Qurban ini serta sumbangan kewangan daripada tuan / puan yang dirahmati Allah , pihak ustaz akan menyalurkan kepada Anak - Anak Yatim dan Fakir Miskin di Kemboja.

Semoga dengan dengan niat yang ikhlas dan murni dalam melaksanakan ibadah qurban ini serta sedekah jariah akan memungkinkan kita meraih ganjaran Ilahi buat bekalan di hari kemudian serta membersihkan harta dan rezeki kita yang dapat daripada kurniaan Allah s.w.t"

Sila hubungi pertanyaan sila hubungi :-

Al Fadil Ustaz HJ Said B Hj Mohd Rais (Alai, Melaka)

No tel : 012-2503404 atau 06-2931267


Harga Qurban 1 bahagian - RM300 + RM 50 (Pengurusan & Jamuan disana)

Harga Aqikah seekor Kambing - RM300 + RM50 (Pengurusan + Jamuan disana)