Saturday, October 25, 2008

apabila tidak setia pada satu.. :-p

kepada windows user seperti Andy.. tiada masalah bagi beliau .. kerana dia akan setia pada satu..
tapi bagi aku.. aku suka linux.. tapi kadang kala ada application tidak boleh dijalankan dalam linux.. so aku terpaksa switch balik ke dalam windows.. so bukan tidak boleh setia tapi terpaksa ada 2.. macam ada 2 isteri kut... kekekekekeke

masalahnya.. buat kerja dalam linux.. save benda tu dalam partition linux.. then bukak windows nak nenok benda tu tak boleh.. sebab Bill Gate memang dok pasang ajer gate dia... tapi kalu buat keje dalam windows.. nak bukak dalam linux.. tiada masalah maa.. sebab dunia penguin tiada pagar.. muahahahaha

solutionnya adalah... install lah application ini,

http://www.fs-driver.org/download.html


masalah akan selesai...

tapi lagi baiknya adalah.. kita buat 3 partition... satu partition untuk windows kita. satu partition utk linux kita.. dan satu lagi partition utk ala2 My Document.. so tiada masalah yang akan timbul.. kerana kita sudah mount dia awal2 sewaktu instalasi linux... :-p

masih ada masalah lagi.. sila komen...

Wednesday, October 22, 2008

akhirnya...

satu masa dulu... bulan 4 ajer tahun ni.. aku bersama sang R dan F membuka kedai printing kecil-kecilan.. setiap ari memikirkan nasib... bagaimana nak survive macam ni... mau taknya.. kedai yang dibuka hanya cukup2 makan.. senang cerita aku dan kawan2 terpaksa cari keje luar..

masalah pertama timbul.. apabila wang tidak diuruskan secara cekap..atau bahasa pasarnya.. pecah amanah secara terancang.. oleh itu kuar lah sang R...

tinggal lah aku dan sang F... berbekalkan RM 950 cuba untuk bangunkan semula... kedai yang sedia ada... nak menangis pun ada... pekerja dah lah sorang.. gaji dia RM 1k.. duit kat tangan RM 950 ajer... bekalan kertas pun tiada... sewa mesin tertunggak sebulan...

selamat ada the art of war... so menggunakan segala strategi... membuat hutang-piutang.. akhirnya bangun kembali dari bulan 6... dan hari ini buat kali pertamanya... Alhamdullilah..jualan mencecah RM 1k sehari... semoga ia berkekalan untuk bulan ini kerana bulan depan pelajar cuti.. so tiada business, semoga boleh dibuat pusingan untuk semester baru kelak.. Ameen.

sang F x sabar2 mengira hasil jualan pada pukul 5.20ptg.. pada hal kedai tutup kul 8.30 malam.. hehehehee.. semoga esok hari yang ceria bagi kami semua.. Ameen.

Tuesday, October 21, 2008

apam balik..

pergi ke carrefour tadi.. masa balik... tgk ada apam balik.. baru aku tau apam balik nipis ni dari setiawan.. selama ni aku dok makan apam balik tebal kat pasar malam atau pasar ramadhan.. tapi cuma satu ajer.. orang setiawan ni semua muka2 stok bangla ker.. (sori orang setiawan.. sebab yang jual tu memang bangla pung.. muahahahaha)

sorilah muka bangla tu x dapat amek.. pasai hp camera x cukup hebat.... e71i on progress.. probably after this no more blurry picture...

Monday, October 20, 2008

akibat rajin + gelojoh + kelam kabut + x reti sabar dan pelbagai lagi...

setelah sejam aku berasa diri hebat... tapi rupa-rupanya.. aku yang mangkuk ayun.. pakai selipar sebelah lain... muahahahahaha

sebelah kiri. selipar cousin aku (paw) + croc aku sendiri... hebat2

Saturday, October 18, 2008

aku dan (unknown SMS)...

satu malam.. dapat sms.. Hi.. so aku balas lah Hi... then tanyer soalan.. dah kawin ker?
aik.. sapa ni yer.. macam tau2 ajer.. ni mesti kawan aku nak kenakan aku tapi aku x de no dia..
x mengapa.. disebabkan nak tau.. aku pun layan ler... sampai lah soalan menjerat sang X ni..
macam mana tau no saya.... dia kata adik dia bagi tau.... lagi lah pelik.. sapa pulak ni... dari sms aku tau ni pompuan.. tapi sapa pulak adiknya... so aku tanyer lagi... dan terus diam...

lepas seminggu dapat lagi sms.. sebab aku simpan no dia.. as minah kambing sebab x mau bagi nama .. dia tau nama aku... dan aku x tau nama dia.... macam biasa.. aku layan lagi... sehingga aku dapat tau siapakah dia... hehehehehe.. this what we called the power of networking...

ok setelah tau.. rupa-rupanya kawan aku punyer isteri (kakak dia).. disebabkan aku dan kawan aku ni rapat.. so isteri dia pun tau no aku.. tapi yang x bestnya.. dia boleh pulak bagi kat kakak dia yang aku pun x kenai... dan sedikit info pasai aku.. seperti biasa aku tanyer lah kat member aku ni.. kakak dia ni umur berapa? apsal tulih sms macam ni macam x sabar2 nak kawin ajer..
takut aku maaa.. ni silap2 kalu bapak mertua ko dapat baca sms aku ker.. atau dia simpan sms aku ni.. dan terjadi apa2 kat dia.. mau aku jadi mangsa keadaan... x mau aku tersepit di tengah2.

dan mengambil langkah berjaga2.. aku pun x mau lagi balas apa2 jua SMS.. sebab x mau terjadi apa2 kat aku... muahahahahhaa

dan berakhir dengan sms ini aku baru dapat...

Salam, sy penah bgtau sy nak kawan awk, tp tupanya ada salah faham, tak pnh trpk nk jd lebih pd tu.. Tp itu yg awk rasa, never mind, patutlah x sms dah, Sy suka brkwn dgn sesiapa shj, dn by sy kwan takkan kwin.

Tp kalu u takut apa yg u pk, better we stop sbb tiada paksaan utk jd kawan sy..
Tq.

rumusannya,
aku bukan memilih.. bagaimana kawannya nama pun aku x tau? setakat ari ni aku kawan bukan dengan mak orang.. nenek orang pun aku kawan jugak.. semua aku tau nama.. dah ler tu.. kawan apanya kalu nak menyamar.... so memandangkan ia seorang yang belum berkawin.. so aku mesti mengambil langkah berjaga2.. supaya aku x mau jadi mangsa keadaan...

Friday, October 17, 2008

tazkirah di pagi ini..

Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."

(Riwayat Muslim)

Thursday, October 16, 2008

selamat hari raya lagi..

tadi pi berhari raya dengan familyku di rumah auntie kat Shah Alam.. seksyen 4... makan kuih raya + lepat pisang raya.. muahahahaha

lepas tu another uncle kat seksyen 17... kali ni makan ketupat + rendang.. dah macam pagi raya hehehe.. the best part ada kuah lontong.. menu baru ni.. ketupa + rendang + kuah lontong.. :-D

ni mau mengadap assignment.. tertekan betul lah jadi student part-time.. alangkah indahnya kalu punyai banyak uwang.. lepak kat fakulti.. always connected to Net... studi.. studi... dan studi.

(tahap berangan memang tahap dewa... kui..kui..kui)

Wednesday, October 15, 2008

jarang dapat duit lebih.. terkurang banyak kali.. :-p

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Tuesday, October 14, 2008


akhirnya... sang tikus aku boleh berjalan didalam openSUSE.. kalu tidak boleh berjalan mau aku kena perli lagi ngan sang Rizal.. toche SUSE.. toche Logitech. memang superb.. apabile tikus dengan bluetooth berjalan lancar seolah2 tiada sebarang sekatan.. hehehehehe..

baru aku boleh tidur dengan tenang.. setelah kat 1 jam aku mencari solution..
ni yang menyebabkan all the linux abuser susah nak nyanyuk.. sebab depa ni asyik pikir bagaimana nak selesaikan satu masalah sambil dok dera si penguin gemok ni... muahahahahaha

Thursday, October 09, 2008

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

Phone serial no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15

IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health


Exp:

Serial number: 351878010098394

My phone is 010 - manufactured in Finland which is very Good (NOKIA)

from other blog.... http://fazrulls.blogspot.com/2008/10/mobile-phone.html

My Babe...:-p



Saturday, October 04, 2008

aku.. senario.. sepupu + awek dia dan adik awek dia total 4 olang.

sepupu aku call semalam.. jom layan wayang.. aku cakap jom2.. sebab kepala dah tertekan ngan assignment ni + kertas kerja untuk firewall solution.. semua nak minggu depan.... lepas tu dia cakap lagi. kita pergi ngan awek cun 2 orang...

dalam hati.. arghh sudah..

ni yang malas ni.. kalu ada orang nak recomend2kan awek untuk aku..

tadi aku dah cakap.. aku nak pergi.. takkan aku cakap x mau pergi pulak ... selang seminit terus x jadi.. mau kena perli karang ngan sepupu aku... so sebab x mau kalah.. aku ON jugak lah..

aku pun sampai TGV seperti yang dijanjikan... lepas tu menunggu cousin sampai.. setelah sampai sessi berkenalan.. disebabkan show pukul 11.30 jumpa 10.30.... banyak lah benda dibualkan.. berkisar sepupu aku ni lah.. yang banyak tanyer awek dia.. ni dah pelik.. tapi aku terpaksa menangkan sepupu aku lah.. takkan aku nak bagi kalah geng satu darah beb....

disebabkan aku adalah seorang yang hambar lagi lembab dalam hal2 ni.. so banyaklah berdiam diri.. dan ini sedikit sebanyak adik awek dia pun mungkin boring.. so aku x leh nak cakap apa.. sorry lah.. tapi sememang dalam hal ini ada sedikit kelembapan menghantui diri.. bukan memilih rupa paras.... sorry sekali lagi.. bagi aku masa lagi...untuk enable kan mode mencari pasangan ni.
sebab by default ia sentiasa OFF kerana belum sampai stage dia lagi...

cerita pulak hambar aku rasa....

habis dengan depa x mau lepak lagi.. tu lagi haru.. baru nak berkenalan2..

berakhir dengan aku balik ke kuda aku... layan KFC sorang2.. sebab perut lapaq.. lepas ni mengadap assignment lagi ni...

ok masa mengadap masa depan dunia dan akhirat .. Insya Allah.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Eid Ul Fitri semua....

sessi bermaafan sebelum makan....


with my ummi.....


another round for my babah....

untuk santapan di pagi raya......


main course : Nasi Dagang + Ikan Tongkol.. Terengganu Style.. hehehehe..
side dishes : Lemang ( beli) + Ketupat (Kawan Ummi bagi) + Rendang dan Kuah Kacang +
dan apa lagi menu .. x pasti.....


our first guest... my auntie n uncle plus my cousin....

Another round....
Menu : Sate + Kuah Kacang (mixed with daging ayam hutan) ... superb...

ok wanna jalan-jalan raya... test drive Mitsibishi Grandis (MPV) <- belong to my uncle.
tipulah facebook ni...

You have a private matchmaker note about XXXXX?

ini yang aku dapat dari gmail aku.. macam best ajer.. aku pun bukak lah facebook yang rasa macam dah x larat nak manage dah... pelbagai request ada.. padan muka aku.. asyik menambah apps ajer. guna tak pung.. kekekekekkee

sekali nenok.. punyer banyak request.. tapi kenapa semua pompuan dah berumur 30-an..
31... 32.... 33... aik... aku pun belum lagi 30.. maaa..

aku x mau kenai sama depa ni .. bahaya.. ni tahap2 kedesakan terlampau bak kata Arwah Nenek aku... so aku berpesan lagi kepada diri aku.. jangan dicuba wahai e1.. nanti ko akan menyesal.. muahahahahahhaa

walau apa pung... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin..

*/bergambar sebelah kuda laut macam ni pun ada berkenan... parah2 dunia hari ini...
Ya Tuhanku selamat kan hamba mu yang sorang ni.. Ameen.