Sunday, August 31, 2008

Sebelum cahaya Syurga terpadam...
Sebelum hidup ini berakhir...
Sebelum pintu-pintu taubat tertutup...
Sebelum Ramadhan menjelang lagi...
Ku mohon maaf zahir dan batin...
Maaf atas pertuturanku yang tidak terjaga...
Janji-janji yang terabaikan...
Hati yang terkadangkala berperasangka...
Dan sikapku yang pernah menyakitkan...
Maafkanlah kekhilafanku ini...

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

*/ aku berharap tidak tewas lagi Ramadhan ini untuk berdiri mengerjakan semayang terawikh dengan MODE 1 JUZUK satu malam... malam ni nak test power.. ada boleh ke tak....
sedihnya..

tiada sms untuk aku sempena merdeka..
ada satu sms dari sang basri.. itu pun kena request, muahahahaa

tiada bunga api kat Subang Jaya...
kerana aku tak pernah miss layan bunga api di Sunway Pyramid tatkala merdeka dan new year

sekian di pagi merdeka...

aku menunggu 16 September.. berharap ada bunga api sekali lagi...

Wednesday, August 27, 2008

Tahniah... DSAI.

"Sekali pandang mungkin kita tidak perasaan ! Sebenarnya kemenangan DSAI adalah lebih besar dari yang di war-warkan. BN tahu mereka kalah teruk dan demi mengelakkan dari malu yang besar, maka mereka tidak mengulas banyak tentang kemenangan DSAI ... takut kalau-kalau ade yang bertanya mengenai percanggahan statistik undian !!!!

Mengikut perkiraan saya, undi yang sebenar adalah seperti berikut:
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman mengumumkan seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.
1. Peratus mengundi 65.25%
2. Jumlah Undi 38,144
3. Undi DSAI 31,195 (Kemungkinan sahih adalah tinggi)
4. Undi Hanafi 92 (tiada sebab nak salah)
5. Undi sebenar Arif 6,857

6. Majoriti sebenar 24,338

7. Undi Rasmi Arif 15,524
8. Undi tambahan 8,667

9. Jumlah pengundi berdaftar ialah 58,490
10. Jumlah keluar mengundi mengikut kiraan ialah 46,811 (80%)

Kalau mengikut kiraan saya dari kenyataan rasmi keputusan pilihanraya, peratusan keluar mengundi sepatutnya 80 peratus tetapi dalam paparan AWANI dan BERNAMA ianya 65.25%.

Saya percaya 65.25% adalah peratusan yang betul !!!!

Persoalannya dari mana undi 8,667 ini datang ye ?

Monday, August 25, 2008

My G-DAY...

Tahniah untuk aku sendiri... :-p
sepatutnya graduate tahun sudah.. tapi disebabkan masalah kewangan yang tidak mencukupi
so graduate tahun ini... Alhamdullilah..


smart card utk komputer memanggil nama aku untuk menerima scroll


dari belakang.. sesudah menerima scroll....

*/ degree sudah habis.. buat masa ini mengambil Master.. Insya Allah 2010 aku graduate sekali lagi... Ameen. target November 2010.. fly to Dubai...

Friday, August 08, 2008

selipar pulak hilang..

bak kata kawan aku sang Adam.. apabila kita mengalami kemalangan.. akan meningkat lagi tahap keimanan kita... tapi aku pulak pikir.. takkan nak naik tahap kena accident.. tidak lah Adam.. tak der cara lain kaaa..

ari ni pi semayang Jumaat.. selipar aku pulak hilang...
khutbah cerita judi... no.ekor.. dan macam2 lagi..

aku balik berkaki ayam.. selamat lah tumpang kereta sepupu aku.. kaki masih lagi sengal2..
siku masih lagi belum kering.. berharap esok boleh aku pi kelas..

ok mau pi kerja....

selamat pengantin baru untuk Nasrul.. sori bro x dapat turun Kelantan.. kerana esok aku kelas maa... tiada lagi sabtu dan ahad untuk aku selama setahun setengah...

Thursday, August 07, 2008

hari ni jatuh motor..

malu betul nak cerita.. accident berlaku di persimpangan jalan tun razak dan jalan ampang..
pada gear 2 dengan kelajuan tidak sampai 40 km sejam.. kekekekee

hujan gerimis..
aku dibelakang motor orang..
dengan tiba2 dia jatuh...

aku pulak pikir.. kalu aku jalan.. aku langgar dia. mati pulak karang mamat ni..
so aku brake.. tapi kalu brake.. karang keta belakang aku langgar aku.. tidakkk..
malam jumaat ni.. kalu mati malam ni berkat kata orang.. ooo tidakkk..

so aku brake.. dan sama2 tergolek..
awek tayar dua .. tiada calar.. sekadar side mirror pecah..
siku aku bercalar... selamat pakai jeans..
croc aku putus .. selamat aku pakai selipar buaya..

tapi paling sedih.. kereta kat belakang hanya reti horn.. ko ingat aku buat sarkis apa?
rasa nak berhenti tepi sedut sikit minyak petrol letak dalam botol.. lepas tu campak kat kereta tu.. ala2 molotov cocktail.....

sampai umah sapu minyak gamat.. dan tidur..
esok baru terperasan aku punyer copper bracelet x de kat tangan..
ni mesti kes jatuh semalam... tidakkkk SABONA tu...
ok mau tidur... tangan dah berdenyut2...