Saturday, June 28, 2008


Char Koay yang terhebat....

Aku lepak kat Pantai Dalam bersama si Farid dan Fazli... sambil menunggu Char Koay untuk di masak... terserempak dengan pengantin baru... si cik daun dan si anuar... hehehehe selamat pengantin baru sekali lagi...

bagi aku Char Koay tu memang superb.. cuma kaya dia memang kureng... agak2 mak cik ni dah mula guna kaya cap yang tiada pelepasan SIRIM sebab tertekan dengan Pak Lah menaikkan minyak.. hehehehe

ok mau gerak ke Shah Alam.. jumpa si hakim...

Tazkirah untuk aku,

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maria Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."

Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Muttafaq 'alaih)
Program Bantuan Makanan Kecemasan ini adalah bertujuan untuk memberi segera bantuan makanan kepada keluarga miskin sementara menunggu kelulusan permohonan bantuan dari agensi kerajaan yang lain seperti Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kepada mereka yang prihatin bolehlah menghulurkan sumbangan seperti , Beras , Tepung , Gula , Susu , Biskut , Sardin serta lain-lain bahan makanan asas yang tahan lama dan tidak mudah rosak ke Pusat Khidmat Masyarakat Paroi , No 22 , Jalan Bunga Raya 27 , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban , N.Sembilan atau menghubungi Koordinator Pusat Khidmat Sdr Hassan 019-2171942 , 06-6794609

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB) Nama akaun : PAS Dun Paroi . No akaun : 05012010063902

Friday, June 27, 2008

Tazkirah untuk aku.....

Daripada Aishah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, June 24, 2008

Jutawan bermula daripada rumah..... Inysa Allah

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu" [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu'alam.

Sunday, June 22, 2008

Low Yatt lengang..

rasa pelik betul masuk KL.. jalan lengang... memang dah betul2 tertekan orang kita hari ini.. nak mengular pun dah x boleh.. minyak naik harga.... beras naik harga... parah2. jom kita sama2 boikot nasi.. jangan makan nasi... kita makan roti... hehehehehee

Zikir adalah ubat kepada Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sunday, June 15, 2008

kenduri kahwin si Cik Daun n Annuar...

tempat: Sijangkang.
MISC: tiada..tapi makanan best..

Selamat Pengantin Baru diucapkan...

Friday, June 13, 2008

Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?"

Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?"

Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Monday, June 09, 2008

Pembersih Kerak Karbon & Jimat Petrol - ProfessoR - www.oilyman.com.my

Apa itu kerak karbon?


Lapisan atau enapan karbon dalam ruang pembakaran enjin adalah terjadi secara semulajadi semasa enjin beroperasi. Ia semakin lama menjadi semakin menebal dan akan mengganggu kesempurnaan pembakaran udara & bahanapi sesebuah enjin. Pembakaran yang tidak sempurna akan menyebabkan enjin kehilangan kuasa manakala penggunaan bahanapi semakin meningkat..

Suatu ketika dulu, top overhaul perlu dilakukan untuk membuang kerak karbon sebegini, ia mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi. Tetapi kini, dengan bantuan teknologi, membersihkan kerak karbon tidak lagi sukar. Hanya mengambil masa sekitar 15 minit dan kos hanya RM68 sahaja. Sungguh mudah.

Faktor-faktor penting kenapa anda perlu memilih ProfessoR


ü Bahan Asas Solvent

Bahan "solvent" tidak melekit dan lebih praktikal berbanding bahan asas minyak.


ü
Buatan Malaysia

Harga lebih berpatutan berbanding sesetengah jenama impot.

ü Tiada Kesan Negatif

Tidak memberikan kesan sampingan negatif kepada komponen enjin.

ü Telah Menjalani Ujian

Ujian keberkesanan telah dibuat oleh Sirim QAS, Puspakom & Speedworks.

ü Memang Terbukti
Dengan pelbagai testimoni daripada para pelanggan.

Layari: www.oilyman.com.my

Kebaikan Servis Karbon Enjin

· Kesan Serta-merta

· Memulihkan Kuasa Enjin

· Menjimatkan Bahanapi

· Kurangkan Asap Hitam

· Tidak Perlu Modifikasi

· Tanpa ‘Overhaul’

· Untuk Enjin Biasa

· Untuk Enjin Turbo

· Untuk Enjin Supercharger

· Untuk Enjin Petrol/Diesel

· Teruji & Terbukti Berkesan

· Jimat Masa & Jimat Belanja

Layari: www.oilyman.com.my

Dapatkan produk ini drpd kami:

K.Lumpur: Bobby (019-3867811)

Shah Alam: Azmi (019-2764645)

Sepang: PitStop Auto (012-9041917)

J.Bharu: Farid (017-7199556)

Penang , B’worth & Sg.Petani: Razali (016-4831769)

Layari: www.oilyman.com.my

Sunday, June 08, 2008

ni yang aku dapat... sedih betul,

taken using Nokia e61i... 8 jam selepas kenaikkan minyak... maka dengan itu aku harus kaya!

Saturday, June 07, 2008

Aku rasa bersyukur kerana aku menyokong BN kali terakhir ada 13 September 1998.......... dari ahli seumur hidup menjadi pembangkang....

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'.

Friday, June 06, 2008

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada sesiapa yang berminat menyertai Bengkel Sulaman Bullions anjuran SAHABAT KAMI ENTERPRISE ini amatlah dialu-alukan dan ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat mempelajari kaedah asas sulaman bullions yang dapat menjana pendapatan sampingan di kalangan wanita masa kini. Sulaman ini adalah merupakan sulaman timbul di permukaan kain yang sangat menarik mengunakan konsep pintalan benang sulaman untuk membentuk pelbagai jenis bunga, daun, serangga dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing. (Sila rujuk attachment 'sulaman bullions). Melalui ilmu sulaman ini anda dapat menghasilkan pelbagai produk hasil kreativiti sendiri seperti porch bag, tempahan sulaman pada tudung dan baju, sarung bantal, alas meja dan lain-lain. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian :
Alin : 013 303 7867 ; [email protected]
Diana : 013 675 2048; [email protected]

Pembayaran Yuran Penyertaan :
Pembayaran boleh dibuat atas nama Norazlin Mohamed Ariff
melalui Bank Maybank- No. 1622 1846 1897.
Sila fakskan borang penyertaan dan slip bank ke 03 5510 9357
setelah pembayaran dibuat melalui bank.
TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 50 ORANG SAHAJA
Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 9.00-1.00 ptg
Tempat : Sekitar Shah Alam, Selangor
Yuran Penyertaan :
RM 50 termasuk bahan sulaman
Sekian, terima kasih

Thursday, June 05, 2008

> Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur
>
> Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi
> pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .
>
> Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu
> oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang
> banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat
> kerajaan dan swasta .
>
> Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik
> anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar
> lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa.
> Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat
> bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai.
> Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan
> terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru ,
Kuala Lumpur .
>
> Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi
> Ustaz Fadzli 019-3838730
>
> Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -
> 1415-3010-0014- 53.