Monday, December 08, 2008

Tahlil Arwah ADALAH BIDA’AH HASANAH



Tidak semestinya apa yang tidak berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat ra dianggap bid'ah kerana majlis tahlil bukannya ibadat khusus. Ia adalah suatu amalan dan budaya yang terpuji dalam masyarakat melayu zaman berzaman dalam ikhtiar yang diharuskan oleh agama berdasarkan dalil2 umum dari al Quran dan hadith semata2 mencari keredhaan Allah swt.



Ibadat khusus ialah ibadat yang mempunyai rukun2 tertentu, masa tertentu dan syarat2 tertentu sedangkan ianya tidak terdapat pada majlis tahlil arwah. Ini kerana ia bebas dilakukan dlm pelbagai cara asalkan tidak melanggar batasan syariah.



Majlis tahlil adalah bida’ah Hasanah (bida’ah terpuji) bukan bida’ah Dhalalah (bida’ah tercela)

Bani Israel suatu ketika dahulu telah mencipta suatu Bida’ah yang terpuji semata2 mencari keredhaan Allah lalu mereka meninggalkannya sehingga Allah mencela mereka dalam firmanNya



“. . .dan mereka mengada2kan Rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya keatas mereka, tetapi mereka sendirilah yang mengada2kannya untuk mencari keredhaan Allah lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya .Maka Kami berikan keatas orang2 yang beriman diantara mereka pahalanya dan banyak diantara mereka orang2 fasik .” al Hadid 27



Tahlil adalah satu majlis

1.0 Mengingati Allah dan meningkatkan keimanan dengan mengingatkan kematian

2.0 Majlis mendoakan kesejahteraan roh arwah di alam barzakh.

3.0 Majlis yang lazimnya dilakukan oleh keluarga terdekat simati

4.0 Majlis ini dilakukan secara berjamaah atas ukhuwah Islam didalam komuniti masyarakat melayu

5.0 Kesan dari majlis ini, ia membawa kepada sokongan moral dan memberi semangat baru kepada keluarga yang sedang ditimpa musibah kematian dan sebagai tanda kebersamaan masyarakat kepada keluarga berkenaan.

6.0 Majlis ini juga memberikan kesempatan ZIARAH masyarakat kepada keluarga simati selain sekadar ucapan takziah dari kejauhan



Majlis Tahlil terkandung didalamnya bacaan2 pilihan AYAT2 SUCI Al Quran, ZIKIR2 serta SALAWAT2 yang terpilih dan DOA2 KHAS untuk arwah simati, ia berdasarkan kelebihan2 tertentu yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw, diamalkan oleh para Sahabat2 dan para Tabi’en.



HIMPUNAN BACAAN2 TAHLIL disusun khas oleh Ulama2 tersohor Melayu terdahulu sebagaimana disusun BACAAN2 AL MA’THURAT oleh As Syahid Hassan Al Bana. Al Ma’thurat juga tidak diamalkan khusus oleh oleh para Sahabat dan tabien2 melainkan ianya adalah himpunan amalan2 doa Rasulullah yang telah dikumpul oleh AsSyahid Hassan Al Bana untuk kita semua demi kebaikan2 tertentu kepada sesiapa yang beramal dengannya.



BACAAN2 DALAM TAHLIL

Diantara bacaan2 didalam Tahlil disusun seperti berikut :

1.0 Surah Al Fathihah

2.0 Surah Al Ikhlas

3.0 Surah Al Alaq

4.0 Surah An Nas

5.0 Surah Al Baqarah (ayat 1 – 5)

6.0 Ayat Kursi

7.0 Surah Al Baqarah (ayat 285 – 286)

8.0 Bacaan2 Zikir dan salawat pilihan

9.0 Isthigfar

10.0 Membaca Tahlil “ La ilaha illalLah” 100X

11.0 Doa khas kepada Arwah Simati



Setelah majlis TAHLIL selesai, lazimnya tuan rumah menyediakan sedikit jamuan. Ini adalah suatu adat tradisi yang terpuji bangsa melayu ketika meraikan tetamu2 yang dihormati apatah lagi mereka datang mendoakan pula arwah simati. Kadang2 jamuan ini disedekahkan oleh saudara mara, sahabat handai ataupun masyarakat setempat. Tiada Ulama2 tersohor dunia Melayu yang PERNAH MEWAJIBKAN JAMUAN PERLU DISEDIAKAN OLEH KELUARGA SIMATI DENGAN MENGAMBIL HARTA SIMATI MELAINKAN IANYA ADALAH TERPULANG ATAS KELUARGA BERKENAAN sebagaimana ia difitnahkan oleh golongan2 tertentu.



Diantara dalil2 umum bahawa Majlis tahlil adalah kebaikan adalah seperti dibawah

Firman Allah

“ Wahai Tuhan kami ! Ampunilah dosa2 kami dan dosa saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 beriman. Wahai Tuhan Kami ! Sesungguhnya Engkau amat melimpah rahmat belas kasihan dan rahmatMu” surah al Hasyr ayat 10



Kenapa kita tidak boleh mendoakan saudara kita yang telah mati sedangkan Rasulullah saw juga setelah mendengar berita kesyahidan Abu ‘Aamir dalam peperangan di Hunain melalui Abu Musa, baginda terus mengambil wuduk lalu mendoakan Abu A’amir



“ Ya Allah ! Ampunilah dosa2 Ubaid Abu A’amir. Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat di martabat yang lebih tinggi berbanding segala maklukMu di dunia”…



Rasulullah saw bersabda



“ Doa itu adalah ibadah, Allah swt berfirman “berdoalah kepadaKu, nescaya aku akan perkenankan untuk kalian.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



“ Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat Pemalu lagi Mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba2 tidak diberiNya permintaan itu..”

Hadith riwayat Abu Daud & Ar Tirmizi, Ibnu hajar menyatakan sanadnya adalah jayyid.



“ Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



Majlis-majlis seperti tahlil arwah, maulud nabi, awal muharram, nisfu sya'ban, nuzul quran, isra' mikraj dan seumpamanya ini adalah berdasarkan dalil umum al-Quran mahupun hadis yang menyuruh kita supaya mengingati peristiwa-peristiwa Islam, juga dalil umum galakkan berdoa, galakkan bersedekah dan sebagainya.



Tiada salahnya merealisasi dalil umum al-Quran dan hadis ke bentuk praktikal selama mana tiada larangan yang jelas dari dalil yang qat'ie.

No comments: