Wednesday, October 22, 2008

akhirnya...

satu masa dulu... bulan 4 ajer tahun ni.. aku bersama sang R dan F membuka kedai printing kecil-kecilan.. setiap ari memikirkan nasib... bagaimana nak survive macam ni... mau taknya.. kedai yang dibuka hanya cukup2 makan.. senang cerita aku dan kawan2 terpaksa cari keje luar..

masalah pertama timbul.. apabila wang tidak diuruskan secara cekap..atau bahasa pasarnya.. pecah amanah secara terancang.. oleh itu kuar lah sang R...

tinggal lah aku dan sang F... berbekalkan RM 950 cuba untuk bangunkan semula... kedai yang sedia ada... nak menangis pun ada... pekerja dah lah sorang.. gaji dia RM 1k.. duit kat tangan RM 950 ajer... bekalan kertas pun tiada... sewa mesin tertunggak sebulan...

selamat ada the art of war... so menggunakan segala strategi... membuat hutang-piutang.. akhirnya bangun kembali dari bulan 6... dan hari ini buat kali pertamanya... Alhamdullilah..jualan mencecah RM 1k sehari... semoga ia berkekalan untuk bulan ini kerana bulan depan pelajar cuti.. so tiada business, semoga boleh dibuat pusingan untuk semester baru kelak.. Ameen.

sang F x sabar2 mengira hasil jualan pada pukul 5.20ptg.. pada hal kedai tutup kul 8.30 malam.. hehehehee.. semoga esok hari yang ceria bagi kami semua.. Ameen.

2 comments:

dugongsenyum said...

aku tumpang gembira. aku suka kalau kawan2 aku kaya, sekurang-kurangnya dapat belanja William seportion dua hahaha

Anonymous said...

Tahniah krn jd kaya.Tp Allah tu Maha Besar.kat padang mahsyar nanti kita bole tau segala perkara sebenar.byk'kan berdoa.moga dimurahkan rezeki.jika saudara benar2 teraniaya,Allah akan murahkan rezeki lagi.tp jikalau anda mengkhianati org lain,org yang anda khianati akan mendapat rezeki Allah yang berlipat kali ganda.bykkan usaha.moga bertambah lagi Melayu yang berjaya.tahniah.