Thursday, June 05, 2008

> Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur
>
> Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi
> pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .
>
> Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu
> oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang
> banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat
> kerajaan dan swasta .
>
> Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik
> anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar
> lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa.
> Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat
> bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai.
> Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan
> terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru ,
Kuala Lumpur .
>
> Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi
> Ustaz Fadzli 019-3838730
>
> Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -
> 1415-3010-0014- 53.

No comments: