Wednesday, March 12, 2008

Panduan: Kepada kaum hawa sahaja!!!!!!!

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara
baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah
menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga.
Dia terserempak dengan seorang kanak2menangis di tepi jalan. Kerana kesian,
dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu
kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu
kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya.
Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu..
Sejurus kemudian dia pengsan lantara loceng berkenaan disambungkan dengan
wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di
kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan
air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak
mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan
mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

Untuk Lelaki, berwaspada lah kepada awek anda, isteri anda, adik anda dan juga ibu anda ( mana tau ada mak tiri masih masih muda kaa....)

Khas untuk Andy sahaja... awek McD tu dah ada teman lelaki dia yang dok pi hantar dan balik.. usah ko risau... muahahahaha

1 comment:

Andy said...

Aik? sempat lagi sebut nama aku? Aku dan awek McD takde kaitan la.

:) Haha!