Sunday, December 28, 2008

roadblock....

balik dari kenduri kahwin sang Mik di Hotel Singgahsana ada member ajak lepak2 minum kat mamak.. aku pi lah Mahboob kat Lucky Garden... melepak sampai ke pukul 1.30 pagi.. then balik berbekal kan 500mL Coke.. sebab dah ngantuk sangat... tiba2 roadblock kat NPE. selepas flyover Jalan Templer..

aku pun ditahan... oleh polis trafik cina.. maklum lah naik motor kapchai (keldai) :-p
lepas tu di soal oleh polis traffik melayu pula.. berakhir dengan sang awek (polis traffik) juga...

banyak pulak soal nya... bukan sebab motor aku x legal ataupun x de license...
dalam hati ... aik polis pun concern yaa.. kenapa balik lewat... parah2...
diantara soalan2nya...
- saya ingat kan encik ni bukan melayu... kenapa yaa muka lain sangat...
- kenapa IC encik muka lain....
- ooo ni keturunan2 Syarifah ker..

tapi memang awek tu cun lah.. muahahahahhaha

(kalu kahwin ngan polis.. masalah lah nak balik raya ... mau hari krismas ajer aku dapat balik beraya hari pertama.. muahahahahaha)

bermula operasi sang cameleon ku... (upgrade opensuse 11.0 to opensuse 11.1)

Saturday, December 27, 2008

Isnin Disember 2008 | 30 Dzulhijjah 1429 Hijrah

lepas Asar, kita baca doa akhir tahun..


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


kita kena baca doa awal tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Wednesday, December 24, 2008

mau guna cron...

1     $ crontab -l
2 # DO NOT EDIT THIS FILE
3 # installed Sat Jul 15
4 #min hr day mon weekday command
6 30 * * * * some_command
7 15,45 1-3 * * * another_command
8 25 1 * * 0 sunday_job
9 45 3 1 * * monthly_report
10 * 15 * * * too_often
11 0 15 * * 1-5 better_job
$
sekarang sudah jelas.. hehehehe

Tuesday, December 23, 2008

Adakah anda mengalami masalah dengan ini?

Error when Update of GeoIP

Warning: fopen("temp/GeoIPCountryCSV.zip", "w+") - No such file or
directory in /var/www/html/mailscanner/geoip_update.php on line 53

Unable to open temp/GeoIPCountryCSV.zip for writing.


langkah pertama adalah,

create satu folder seperti dibawah
mkdir /var/www/html/mailscanner/temp

selepas itu tukar ownership kepada apache.
chown apache:apache /var/www/html/mailscanner/temp (

dan cuba lagi..

sekiranya anda masih mengalami masalah lagi?

anda perlu downbload file GeoIPUpdate dari link dibawah

http://geolite.maxmind.com/download/geoip/database/


selepas download.. extract file tersebut dan pindahkan ke

/var/www/html/mailscanner/temp/

langkah terakhir adalah, jalankan arahan dibawah

# mysql -u root -p

selepas itu,

mysql> use <"mailwatch" OR "mailscanner">

kemudian,

mysql>LOAD DATA LOCAL INFILE 'GeoIPCountryWhois.csv'
INTO TABLE geoip_country
FIELDS TERMINATED BY ',' ENCLOSED BY '"';

selepas itu,

mysql> exit

cuba login semula MailScanner dan uji kembali.


Friday, December 19, 2008

dimanakah bahasa Inggeris....

"Puan Ainon menulis dalam blognya http://universitipts.com berkaitan kaitan bahasa dengan pendapatan perkapita sebagai berikut:

1. Norway (US$43,400) bahasa penghantar: Norwaegian

2. Switzerland (US$40,680) bahasa penghantar: Perancis & German

3. United States (US$37,870) bahasa penghantar: Inggeris

4. Japan (US$34,180) bahasa penghantar: Jepun

5. Denmark (US$33,570) bahasa penghantar: Danish

6. Sweden (US$28,910) bahasa penghantar: Swedish

7. United Kingdom(US$28,320) bahasa penghantar: Inggeris

8. Finland (US$27,060) bahasa penghantar: Finnish

9. Ireland (US$27,010) bahasa penghantar: Irish & Inggeris

10. Austria (US$26,810) bahasa penghantar: German

Maka janganlah fanatik dengan bahasa Inggeris

Thursday, December 18, 2008

ingin bantuan,

Pertanyaan tentang loan - 012 - 972 7430 (Puan Noraini)

Pertanyaan tentang jawatan kosong dalam Bank Islam - 03 - 2282 8400 (Puan Waheeda)

Monday, December 08, 2008

Tahlil Arwah ADALAH BIDA’AH HASANAH



Tidak semestinya apa yang tidak berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat ra dianggap bid'ah kerana majlis tahlil bukannya ibadat khusus. Ia adalah suatu amalan dan budaya yang terpuji dalam masyarakat melayu zaman berzaman dalam ikhtiar yang diharuskan oleh agama berdasarkan dalil2 umum dari al Quran dan hadith semata2 mencari keredhaan Allah swt.



Ibadat khusus ialah ibadat yang mempunyai rukun2 tertentu, masa tertentu dan syarat2 tertentu sedangkan ianya tidak terdapat pada majlis tahlil arwah. Ini kerana ia bebas dilakukan dlm pelbagai cara asalkan tidak melanggar batasan syariah.



Majlis tahlil adalah bida’ah Hasanah (bida’ah terpuji) bukan bida’ah Dhalalah (bida’ah tercela)

Bani Israel suatu ketika dahulu telah mencipta suatu Bida’ah yang terpuji semata2 mencari keredhaan Allah lalu mereka meninggalkannya sehingga Allah mencela mereka dalam firmanNya



“. . .dan mereka mengada2kan Rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya keatas mereka, tetapi mereka sendirilah yang mengada2kannya untuk mencari keredhaan Allah lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya .Maka Kami berikan keatas orang2 yang beriman diantara mereka pahalanya dan banyak diantara mereka orang2 fasik .” al Hadid 27



Tahlil adalah satu majlis

1.0 Mengingati Allah dan meningkatkan keimanan dengan mengingatkan kematian

2.0 Majlis mendoakan kesejahteraan roh arwah di alam barzakh.

3.0 Majlis yang lazimnya dilakukan oleh keluarga terdekat simati

4.0 Majlis ini dilakukan secara berjamaah atas ukhuwah Islam didalam komuniti masyarakat melayu

5.0 Kesan dari majlis ini, ia membawa kepada sokongan moral dan memberi semangat baru kepada keluarga yang sedang ditimpa musibah kematian dan sebagai tanda kebersamaan masyarakat kepada keluarga berkenaan.

6.0 Majlis ini juga memberikan kesempatan ZIARAH masyarakat kepada keluarga simati selain sekadar ucapan takziah dari kejauhan



Majlis Tahlil terkandung didalamnya bacaan2 pilihan AYAT2 SUCI Al Quran, ZIKIR2 serta SALAWAT2 yang terpilih dan DOA2 KHAS untuk arwah simati, ia berdasarkan kelebihan2 tertentu yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw, diamalkan oleh para Sahabat2 dan para Tabi’en.



HIMPUNAN BACAAN2 TAHLIL disusun khas oleh Ulama2 tersohor Melayu terdahulu sebagaimana disusun BACAAN2 AL MA’THURAT oleh As Syahid Hassan Al Bana. Al Ma’thurat juga tidak diamalkan khusus oleh oleh para Sahabat dan tabien2 melainkan ianya adalah himpunan amalan2 doa Rasulullah yang telah dikumpul oleh AsSyahid Hassan Al Bana untuk kita semua demi kebaikan2 tertentu kepada sesiapa yang beramal dengannya.



BACAAN2 DALAM TAHLIL

Diantara bacaan2 didalam Tahlil disusun seperti berikut :

1.0 Surah Al Fathihah

2.0 Surah Al Ikhlas

3.0 Surah Al Alaq

4.0 Surah An Nas

5.0 Surah Al Baqarah (ayat 1 – 5)

6.0 Ayat Kursi

7.0 Surah Al Baqarah (ayat 285 – 286)

8.0 Bacaan2 Zikir dan salawat pilihan

9.0 Isthigfar

10.0 Membaca Tahlil “ La ilaha illalLah” 100X

11.0 Doa khas kepada Arwah Simati



Setelah majlis TAHLIL selesai, lazimnya tuan rumah menyediakan sedikit jamuan. Ini adalah suatu adat tradisi yang terpuji bangsa melayu ketika meraikan tetamu2 yang dihormati apatah lagi mereka datang mendoakan pula arwah simati. Kadang2 jamuan ini disedekahkan oleh saudara mara, sahabat handai ataupun masyarakat setempat. Tiada Ulama2 tersohor dunia Melayu yang PERNAH MEWAJIBKAN JAMUAN PERLU DISEDIAKAN OLEH KELUARGA SIMATI DENGAN MENGAMBIL HARTA SIMATI MELAINKAN IANYA ADALAH TERPULANG ATAS KELUARGA BERKENAAN sebagaimana ia difitnahkan oleh golongan2 tertentu.



Diantara dalil2 umum bahawa Majlis tahlil adalah kebaikan adalah seperti dibawah

Firman Allah

“ Wahai Tuhan kami ! Ampunilah dosa2 kami dan dosa saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 beriman. Wahai Tuhan Kami ! Sesungguhnya Engkau amat melimpah rahmat belas kasihan dan rahmatMu” surah al Hasyr ayat 10



Kenapa kita tidak boleh mendoakan saudara kita yang telah mati sedangkan Rasulullah saw juga setelah mendengar berita kesyahidan Abu ‘Aamir dalam peperangan di Hunain melalui Abu Musa, baginda terus mengambil wuduk lalu mendoakan Abu A’amir



“ Ya Allah ! Ampunilah dosa2 Ubaid Abu A’amir. Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat di martabat yang lebih tinggi berbanding segala maklukMu di dunia”…



Rasulullah saw bersabda



“ Doa itu adalah ibadah, Allah swt berfirman “berdoalah kepadaKu, nescaya aku akan perkenankan untuk kalian.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



“ Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat Pemalu lagi Mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba2 tidak diberiNya permintaan itu..”

Hadith riwayat Abu Daud & Ar Tirmizi, Ibnu hajar menyatakan sanadnya adalah jayyid.



“ Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”

Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah dll



Majlis-majlis seperti tahlil arwah, maulud nabi, awal muharram, nisfu sya'ban, nuzul quran, isra' mikraj dan seumpamanya ini adalah berdasarkan dalil umum al-Quran mahupun hadis yang menyuruh kita supaya mengingati peristiwa-peristiwa Islam, juga dalil umum galakkan berdoa, galakkan bersedekah dan sebagainya.



Tiada salahnya merealisasi dalil umum al-Quran dan hadis ke bentuk praktikal selama mana tiada larangan yang jelas dari dalil yang qat'ie.

Sunday, December 07, 2008

satu lagi penipuan.. barangkali....

Maaf menganggu..
Maaf, ini bukan SPAM (This is not a SPAM). Tapi untuk menyampaikan satu berita mengenai biz yang menguntungkan
Kalau tak berminat delete saja

Disini saya ingin kongsi peluang menjana pendapatan dengan FOREX..
Pendapatan antara 40% hingga 50% sebulan..
Hanya parking lot dan tunggu keuntungan.
Trading 100% guna sistem yang dibuat khas.
Setiap Minggu Duit Masyukkkkkkk...
Boleh withdraw setiap minggu
Tak payah susah-susah cari downline
Duduk Diam pun dijamin Duit Masyukk.
Kalau Rajin Menaja Lagi Banyak $$$$$ masyukkkk
Cepat Join hari nie Minggu depan Terus Duit Masyukkk
Modal satu lot Cuma Rm35je( 1 lot )
Kalau ada lebih modal boleh tambah lot kemudian
Jumlah Belian Lot tanpa Had
Semua urusan jual beli broker yg uruskan
Anda hanya labur je
Lagi banyak lot dibeli lagi besar keuntunggan anda dapat
Jadi Kalu berminat Nak tahu cerita dia klik link dibawah

http://www.danaFX.com/?id=railmekota

http://www.danaFX.com/?id=railmekota
http://www.danaFX.com/?id=railmekota

JIKA ANDA RASA ANDA SALAH SEORANG YANG MEMERLUKAN WANG TAMBAHAN, BERTINDAKLAH DARI SEKARANG !JANGAN BERLENGAH LAGI

Saturday, December 06, 2008

skim yang boleh jadi menipu jugak ni...

saudara/i, saya dah buat seperti di bawah nie dan alhamdulillah, selepas segala onak dan duri ( utk register masa tu tengah kering) hehehe...akhirnya pulangan berbaloi..syukurlah......
KALAU NAK CEPAT DAPAT INCOME TERUS SUSUN DOWNLINE DENGAN CARA CUCUK SATAY.
KALAU ADA BUDGET TERUS BUKA 4 AKUAN,(nak buka 4 akaun kena sabar..kena buka satu-persatu..pastu baru la nama tersenarai jadi TOP)
SUSUN MACAM SATAY!!!
KEMUDIAN ANDA PROMOSI AKAUN YG KE 4 ITU... SEBAB SEMUA YANG MASUK DIBAWAH LEVEL KE 4 ANDA AKAN DIBAYAR TERUS KEPADA BANK ANDA DAN SETERUSNYA.. .

INI LAH RAHSIA DAPAT TERUS $$$ KE AKAUN ANDA!!!

"Orang lain buat duit kita buat alasan"
Bertindak Sekarang!!!! !!!!!

Klik:

CARANYA :

Anda daftar 4 akaun anda punya sendiri dan susun
macam ni ke bawah.

Guna username berlainan, daftar satu persatu, dan aktifkan dulu satu
persatu, Jangan Terburu-buru !!! Rilex.....Sabar. .

CONTOH :
ALI
(daftar dan bank in RM10 kepada
ALI1
(daftar ALI1 dibawah ALI)
ALI2
(daftar ALI2 dibawah ALI1)

ALI3

(daftar ALI3 dibawah ALI2)
ALI4
(daftar ALI4 dibawah ALI3)
* Jangan lupa Copy & Paste butir2 bank in anda semasa Pengesahan Pembayaran.Jika didapati ada penipuan,keahlian anda dibatalkan serta-merta oleh admin.

PROMOSI URL ALI4 BESAR-BESARAN KEPADA SEMUA ORANG!!
4 orang masuk melalui ALI4 akan bayar terus kepada ALI.
JIKA MASIH WAS2,SILA CUBA INI :
ALI5
(daftar ALI5 dibawah ALI4)
DAFTAR FREE DAN ANDA AKAN MENERIMA EMAIL DRPD ADMIN,ALI5 DIKEHENDAKI BANK IN RM10 KEPADA ALI4 IAITU ANDA SENDIRI.
JADI,JIKA ADA ORANG JOIN DI BAWAH ALI4,ANDA AKAN TERUS DAPAT WANG ITU!!
4 X RM 10 = RM 40 (dah dapat balik modal) eeeee…mudahnyaaaa dapat duit…Allah hurabbi …pejam mata sebelah la keluarkan modal lebih sikit….apa pun perniagaan perlukan modal…tiada perniagaan yang tak perlu modal…senang cakap tiada yang FREE untuk hidup senang..FIKIRKAN…RENUNG-RENUNGKAN…DAN SELAMAT MENCUBA….


"... Seandainya anda tidak percaya, tidak mengapa... kerana kami tidak
memerlukan kepercayaan anda kerana kami sedang menjalani kehidupan
yang tidak perlu memikirkan tentang wang dan masa..."

Saya yakin 100% anda akan berjaya , jika ikut cara saya ini..

DAFTAR SEKARANG, DAFTAR DULU,USAH FIKIR LAGI
klik di sini

http://www.niagasentral.com/danaringgit/?id=aliff4

Thursday, December 04, 2008

orang lain konvo ada gambo... tapi aku paling best..

masa diploma.. macam mana kesnya..bapak aku tertinggal camera ker.. atau camera suddenly rosak... memang kambing.. selamat lah sang hakim ada camera.. so bergambar sakan lah aku dan hakim serta family dia macam orang giler...

minggu depan.. dapat phone call dari hakim.. camera hilang lah bro.. aku pergi kenduri kahwin.. entah macam mana letak camera kat atas cabinet.. tu.. suddenly entah malaun mana amek camera tu.. the best part belum lagi transfer... warghhh

so tiada lah kenangan masa diploma....

bulan Ogos.. konvo utk my degree..

so macam biasa.. pulun amek macam orang giler.. sebelum.. selepas.. dan apa2 lagi lah..
kali ni aku hebat.. aku dah transfer masuk ke dalam notebook.. dan external hdd.. tinggal nak edit dan masukkan ke dalam ala2 my photobook secara online...

tapi yang sedihnya.. rumah dimasuki perompak di siang hari.. ketika semua tiada di rumah..
everything gone.. yang tinggal hanya gambo ummi dan bapa ku ajer...

sedih betul kenangan belajar....


Picture of my ummi and baba during my convocation... that all I got

semoga kali ni punyer konvo... aku letak dalam peti besi... :-p 2010 Insya Allah...

*/ tima kasih kat sang hafrul sebab dia yang check kan kat picture gallery OUM....
ari ni kejayaan.....

aku memang bengang betul kepada orang yang pegang domain aku.... bermula dengan menjual domain pada tahun 2006... lepas tu pegang... x mau release.. sampai aku terpaksa cari dia untuk renew domain.. lepas tu masalah hosting... masalah DNS.. dan pelbagai masalah lah...

akhirnya aku dah malas nak cerita pasai domain syarikat aku... selasih.net... bertawakal supaya x de orang yang berminat... dan akhirnya pagi ni... aku dapat membelinya.. setelah hampir 7 bulan aku menanti...

untuk melepaskan geram ya amat sangat.. aku x mau beli 2 tahun ke 3 tahun.. atau 5 tahun.. aku terus beli untuk 10 tahun.. semoga ia kekal dengan ku... Ameen.

Label Name


Attributes
Unit
Price
Today's
Price
ICANN
fee
Qty Extra
Disc.
Total
Price
12010-1 .NET Domain Name Registration - 10 Years
$129.90 $99.90 $2.00 1 $.00 $101.90



dan bermula lah process aku nak setup web site untuk company sendiri... Drupal.. here I come...

Monday, December 01, 2008

ibadah Qurban..

Bagi mereka yang berkemampuan agar marilah kita melakukan ibadah qurban sebagai salah satu bentuk sumbangan demi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam terutama di KEMBOJA

Pada masa yang sama dengan ibadah Qurban ini serta sumbangan kewangan daripada tuan / puan yang dirahmati Allah , pihak ustaz akan menyalurkan kepada Anak - Anak Yatim dan Fakir Miskin di Kemboja.

Semoga dengan dengan niat yang ikhlas dan murni dalam melaksanakan ibadah qurban ini serta sedekah jariah akan memungkinkan kita meraih ganjaran Ilahi buat bekalan di hari kemudian serta membersihkan harta dan rezeki kita yang dapat daripada kurniaan Allah s.w.t"

Sila hubungi pertanyaan sila hubungi :-

Al Fadil Ustaz HJ Said B Hj Mohd Rais (Alai, Melaka)

No tel : 012-2503404 atau 06-2931267


Harga Qurban 1 bahagian - RM300 + RM 50 (Pengurusan & Jamuan disana)

Harga Aqikah seekor Kambing - RM300 + RM50 (Pengurusan + Jamuan disana)

Tuesday, November 25, 2008

my client... BackupPC...

my client using USB External HDD to implement the backup... data currently at 500GB.. running with incremental mode... always got a problem with the USB connection.. now got another status error...

solution from others..

The System Log Says, "end_request: I/O error, ...."

This error message, and messages like it, almost always indicate a
hardware error with a hard drive.

This commonly indicates a hard drive defect. The only way to avoid
further data loss is to completely shut own the system. You must also
make sure that whatever data is on the drive is backed up, and restore
it to a non-defective hard drive.

This error message may also indicate a bad connection to the drive,
especially with home brew systems. If you install an IDE drive, always
use new ribbon cables. It's probably is a good idea with SCSI drives,
too.

In one instance, this error also seemed to coincide with a bad ground
between the system board and the chassis. Be sure that all electrical
connections are clean and tight before placing the blame on the hard
drive itself.

[Peter Moulder, Theodore Ts'o]

for my opinion... change to NFS.. that is the real solution.. no headache anymore.. :-p

Monday, November 17, 2008

Friday, November 07, 2008

pesanan kawanku..

disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup membahagiakannya..apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...kirim mesej ini pada semua...itupun kalau kamu sayang ibumu dan mahu mengingatkan teman2mu...

Saturday, November 01, 2008

sedihnya..

semalam rumah dimasuki pencuri.. semua sudah tiada... awek t42 hilang.. portable hdd gone.. camera lesap. jersi liverpool, jaket kulit... perfume.. jam tangan... pendrive aku pun dia sapu...

tapi satu benda ajer sampai hari ni aku pelik.. kenapa sijil spm.. diploma semua IT cert aku jugak sang pencuri ni amek...

aku mau berkabung...

Saturday, October 25, 2008

apabila tidak setia pada satu.. :-p

kepada windows user seperti Andy.. tiada masalah bagi beliau .. kerana dia akan setia pada satu..
tapi bagi aku.. aku suka linux.. tapi kadang kala ada application tidak boleh dijalankan dalam linux.. so aku terpaksa switch balik ke dalam windows.. so bukan tidak boleh setia tapi terpaksa ada 2.. macam ada 2 isteri kut... kekekekekeke

masalahnya.. buat kerja dalam linux.. save benda tu dalam partition linux.. then bukak windows nak nenok benda tu tak boleh.. sebab Bill Gate memang dok pasang ajer gate dia... tapi kalu buat keje dalam windows.. nak bukak dalam linux.. tiada masalah maa.. sebab dunia penguin tiada pagar.. muahahahaha

solutionnya adalah... install lah application ini,

http://www.fs-driver.org/download.html


masalah akan selesai...

tapi lagi baiknya adalah.. kita buat 3 partition... satu partition untuk windows kita. satu partition utk linux kita.. dan satu lagi partition utk ala2 My Document.. so tiada masalah yang akan timbul.. kerana kita sudah mount dia awal2 sewaktu instalasi linux... :-p

masih ada masalah lagi.. sila komen...

Wednesday, October 22, 2008

akhirnya...

satu masa dulu... bulan 4 ajer tahun ni.. aku bersama sang R dan F membuka kedai printing kecil-kecilan.. setiap ari memikirkan nasib... bagaimana nak survive macam ni... mau taknya.. kedai yang dibuka hanya cukup2 makan.. senang cerita aku dan kawan2 terpaksa cari keje luar..

masalah pertama timbul.. apabila wang tidak diuruskan secara cekap..atau bahasa pasarnya.. pecah amanah secara terancang.. oleh itu kuar lah sang R...

tinggal lah aku dan sang F... berbekalkan RM 950 cuba untuk bangunkan semula... kedai yang sedia ada... nak menangis pun ada... pekerja dah lah sorang.. gaji dia RM 1k.. duit kat tangan RM 950 ajer... bekalan kertas pun tiada... sewa mesin tertunggak sebulan...

selamat ada the art of war... so menggunakan segala strategi... membuat hutang-piutang.. akhirnya bangun kembali dari bulan 6... dan hari ini buat kali pertamanya... Alhamdullilah..jualan mencecah RM 1k sehari... semoga ia berkekalan untuk bulan ini kerana bulan depan pelajar cuti.. so tiada business, semoga boleh dibuat pusingan untuk semester baru kelak.. Ameen.

sang F x sabar2 mengira hasil jualan pada pukul 5.20ptg.. pada hal kedai tutup kul 8.30 malam.. hehehehee.. semoga esok hari yang ceria bagi kami semua.. Ameen.

Tuesday, October 21, 2008

apam balik..

pergi ke carrefour tadi.. masa balik... tgk ada apam balik.. baru aku tau apam balik nipis ni dari setiawan.. selama ni aku dok makan apam balik tebal kat pasar malam atau pasar ramadhan.. tapi cuma satu ajer.. orang setiawan ni semua muka2 stok bangla ker.. (sori orang setiawan.. sebab yang jual tu memang bangla pung.. muahahahaha)

sorilah muka bangla tu x dapat amek.. pasai hp camera x cukup hebat.... e71i on progress.. probably after this no more blurry picture...

Monday, October 20, 2008

akibat rajin + gelojoh + kelam kabut + x reti sabar dan pelbagai lagi...

setelah sejam aku berasa diri hebat... tapi rupa-rupanya.. aku yang mangkuk ayun.. pakai selipar sebelah lain... muahahahahaha

sebelah kiri. selipar cousin aku (paw) + croc aku sendiri... hebat2

Saturday, October 18, 2008

aku dan (unknown SMS)...

satu malam.. dapat sms.. Hi.. so aku balas lah Hi... then tanyer soalan.. dah kawin ker?
aik.. sapa ni yer.. macam tau2 ajer.. ni mesti kawan aku nak kenakan aku tapi aku x de no dia..
x mengapa.. disebabkan nak tau.. aku pun layan ler... sampai lah soalan menjerat sang X ni..
macam mana tau no saya.... dia kata adik dia bagi tau.... lagi lah pelik.. sapa pulak ni... dari sms aku tau ni pompuan.. tapi sapa pulak adiknya... so aku tanyer lagi... dan terus diam...

lepas seminggu dapat lagi sms.. sebab aku simpan no dia.. as minah kambing sebab x mau bagi nama .. dia tau nama aku... dan aku x tau nama dia.... macam biasa.. aku layan lagi... sehingga aku dapat tau siapakah dia... hehehehehe.. this what we called the power of networking...

ok setelah tau.. rupa-rupanya kawan aku punyer isteri (kakak dia).. disebabkan aku dan kawan aku ni rapat.. so isteri dia pun tau no aku.. tapi yang x bestnya.. dia boleh pulak bagi kat kakak dia yang aku pun x kenai... dan sedikit info pasai aku.. seperti biasa aku tanyer lah kat member aku ni.. kakak dia ni umur berapa? apsal tulih sms macam ni macam x sabar2 nak kawin ajer..
takut aku maaa.. ni silap2 kalu bapak mertua ko dapat baca sms aku ker.. atau dia simpan sms aku ni.. dan terjadi apa2 kat dia.. mau aku jadi mangsa keadaan... x mau aku tersepit di tengah2.

dan mengambil langkah berjaga2.. aku pun x mau lagi balas apa2 jua SMS.. sebab x mau terjadi apa2 kat aku... muahahahahhaa

dan berakhir dengan sms ini aku baru dapat...

Salam, sy penah bgtau sy nak kawan awk, tp tupanya ada salah faham, tak pnh trpk nk jd lebih pd tu.. Tp itu yg awk rasa, never mind, patutlah x sms dah, Sy suka brkwn dgn sesiapa shj, dn by sy kwan takkan kwin.

Tp kalu u takut apa yg u pk, better we stop sbb tiada paksaan utk jd kawan sy..
Tq.

rumusannya,
aku bukan memilih.. bagaimana kawannya nama pun aku x tau? setakat ari ni aku kawan bukan dengan mak orang.. nenek orang pun aku kawan jugak.. semua aku tau nama.. dah ler tu.. kawan apanya kalu nak menyamar.... so memandangkan ia seorang yang belum berkawin.. so aku mesti mengambil langkah berjaga2.. supaya aku x mau jadi mangsa keadaan...

Friday, October 17, 2008

tazkirah di pagi ini..

Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."

(Riwayat Muslim)

Thursday, October 16, 2008

selamat hari raya lagi..

tadi pi berhari raya dengan familyku di rumah auntie kat Shah Alam.. seksyen 4... makan kuih raya + lepat pisang raya.. muahahahaha

lepas tu another uncle kat seksyen 17... kali ni makan ketupat + rendang.. dah macam pagi raya hehehe.. the best part ada kuah lontong.. menu baru ni.. ketupa + rendang + kuah lontong.. :-D

ni mau mengadap assignment.. tertekan betul lah jadi student part-time.. alangkah indahnya kalu punyai banyak uwang.. lepak kat fakulti.. always connected to Net... studi.. studi... dan studi.

(tahap berangan memang tahap dewa... kui..kui..kui)

Wednesday, October 15, 2008

jarang dapat duit lebih.. terkurang banyak kali.. :-p

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Tuesday, October 14, 2008


akhirnya... sang tikus aku boleh berjalan didalam openSUSE.. kalu tidak boleh berjalan mau aku kena perli lagi ngan sang Rizal.. toche SUSE.. toche Logitech. memang superb.. apabile tikus dengan bluetooth berjalan lancar seolah2 tiada sebarang sekatan.. hehehehehe..

baru aku boleh tidur dengan tenang.. setelah kat 1 jam aku mencari solution..
ni yang menyebabkan all the linux abuser susah nak nyanyuk.. sebab depa ni asyik pikir bagaimana nak selesaikan satu masalah sambil dok dera si penguin gemok ni... muahahahahaha

Thursday, October 09, 2008

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

Phone serial no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15

IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health


Exp:

Serial number: 351878010098394

My phone is 010 - manufactured in Finland which is very Good (NOKIA)

from other blog.... http://fazrulls.blogspot.com/2008/10/mobile-phone.html

My Babe...:-p



Saturday, October 04, 2008

aku.. senario.. sepupu + awek dia dan adik awek dia total 4 olang.

sepupu aku call semalam.. jom layan wayang.. aku cakap jom2.. sebab kepala dah tertekan ngan assignment ni + kertas kerja untuk firewall solution.. semua nak minggu depan.... lepas tu dia cakap lagi. kita pergi ngan awek cun 2 orang...

dalam hati.. arghh sudah..

ni yang malas ni.. kalu ada orang nak recomend2kan awek untuk aku..

tadi aku dah cakap.. aku nak pergi.. takkan aku cakap x mau pergi pulak ... selang seminit terus x jadi.. mau kena perli karang ngan sepupu aku... so sebab x mau kalah.. aku ON jugak lah..

aku pun sampai TGV seperti yang dijanjikan... lepas tu menunggu cousin sampai.. setelah sampai sessi berkenalan.. disebabkan show pukul 11.30 jumpa 10.30.... banyak lah benda dibualkan.. berkisar sepupu aku ni lah.. yang banyak tanyer awek dia.. ni dah pelik.. tapi aku terpaksa menangkan sepupu aku lah.. takkan aku nak bagi kalah geng satu darah beb....

disebabkan aku adalah seorang yang hambar lagi lembab dalam hal2 ni.. so banyaklah berdiam diri.. dan ini sedikit sebanyak adik awek dia pun mungkin boring.. so aku x leh nak cakap apa.. sorry lah.. tapi sememang dalam hal ini ada sedikit kelembapan menghantui diri.. bukan memilih rupa paras.... sorry sekali lagi.. bagi aku masa lagi...untuk enable kan mode mencari pasangan ni.
sebab by default ia sentiasa OFF kerana belum sampai stage dia lagi...

cerita pulak hambar aku rasa....

habis dengan depa x mau lepak lagi.. tu lagi haru.. baru nak berkenalan2..

berakhir dengan aku balik ke kuda aku... layan KFC sorang2.. sebab perut lapaq.. lepas ni mengadap assignment lagi ni...

ok masa mengadap masa depan dunia dan akhirat .. Insya Allah.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Eid Ul Fitri semua....

sessi bermaafan sebelum makan....


with my ummi.....


another round for my babah....

untuk santapan di pagi raya......


main course : Nasi Dagang + Ikan Tongkol.. Terengganu Style.. hehehehe..
side dishes : Lemang ( beli) + Ketupat (Kawan Ummi bagi) + Rendang dan Kuah Kacang +
dan apa lagi menu .. x pasti.....


our first guest... my auntie n uncle plus my cousin....

Another round....
Menu : Sate + Kuah Kacang (mixed with daging ayam hutan) ... superb...

ok wanna jalan-jalan raya... test drive Mitsibishi Grandis (MPV) <- belong to my uncle.
tipulah facebook ni...

You have a private matchmaker note about XXXXX?

ini yang aku dapat dari gmail aku.. macam best ajer.. aku pun bukak lah facebook yang rasa macam dah x larat nak manage dah... pelbagai request ada.. padan muka aku.. asyik menambah apps ajer. guna tak pung.. kekekekekkee

sekali nenok.. punyer banyak request.. tapi kenapa semua pompuan dah berumur 30-an..
31... 32.... 33... aik... aku pun belum lagi 30.. maaa..

aku x mau kenai sama depa ni .. bahaya.. ni tahap2 kedesakan terlampau bak kata Arwah Nenek aku... so aku berpesan lagi kepada diri aku.. jangan dicuba wahai e1.. nanti ko akan menyesal.. muahahahahahhaa

walau apa pung... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin..

*/bergambar sebelah kuda laut macam ni pun ada berkenan... parah2 dunia hari ini...
Ya Tuhanku selamat kan hamba mu yang sorang ni.. Ameen.

Tuesday, September 30, 2008




To all Muslim friends, I would like to wish you all Happy Eid ul fitri. Ramadhan will leave us and hopefully Allah bless our ibadah dan deeds.

May Allah permit us to meet Ramadhan next year.

Monday, September 29, 2008

sms lagi...

Tangan dihulur tak kesampaian,
Senyum diukir tak kelihatan,
SMS di kirim tanda ingatan,
Di Aidilfitri kita bermaaf2an

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin ;-)

dari erni - classmate

Walau jauh bukan halangan,
sms dihantar tanda persahabatan,
ku pohon maaf selama berkawan,
salam Aildilfitri tanda ingatan.

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin

dari muaz - x OUM

setitik embun di pohon rimbun,
di atap nipah air tergenang,
dosa bertimbun mohon di ampun,
Silap dan salah jangan dikenang.

Salam Aidilfitri | Maaf Zahir dan Batin

dari Som


Sunday, September 28, 2008

my new gadget....

sudah lama aku memerhatikannya... tapi hajat x kesampaian... sempena ari mulia ni.. orang lain dok pulun pi shopping complex.. aku dok merayau mencari-nya... hati dah tawar dah apabila 2 tempat aku dok cari x jumpa2.... akhirnya aku mengalah....

sampai ke tempat lain.. aku baru teringat.. satu tempat lagi aku tidak pergi.... disebabkan aku lahir pada bulan yang mempunyai sifat tidak mau mengalah atau kalah yang tinggi.. aku berpatah balik.. dan akhirnya aku jumpa si dia...

iaitu Mouse Logitech V470 Cordless Laser (Bluetooth).. aku mencari yang hitam manis.. tapi jumpa putih si jepung.. hanya itu ajer tinggal.. x mengapa lah.. aku amek juga...

RM 199 cukup bagi aku untuk membeli 2 helai baju baru di hari lebaran...
tapi aku beli sang tikus....

kesimpulannya.. berharap sang tikus ini dapat membantu kerja aku dengan lebih pantas dan mantap.. kerana 12 hari raya ini pelbagai cerita menanti aku.....

untuk tatapan semua... kekasih baru aku... hik..hik..hik

sekian.. catitan aku untuk puasa yang ke 28 Ramadhan 1429 Hijrah....

Friday, September 26, 2008

sms pertama....

Masak lemang sambil berdiri,
hendak makan di Aidilfitri,
nak hantar kad posmen dah cuti,
SMS sahaja boleh ku beri,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

terima kasih kawan.. tapi siapa yang mengirim aku x kenai... akan ku balas.
tapi tension pun ada.. sudah 6 kali raya a.k.a 6 tahun aku terima SMS yang sama.

Thursday, September 25, 2008

berbuka puasa bersama pekerja di Nandos SACC MAll..



gambar pinggan aku selesai round pertama dimulakan dengan salad + beef pita + coleslaw


gambar round kedua... another chiken pita + peri chips.. sebab x puas hati dengan beef pita


my desert sebab ingat nak makan lagi.. tapi depa dah close kitchen pulak... so layan menatang ni tapi memang superb... choc mud cake..

selepas tu bersalam2 dengan pekerja mengucapkan hari raya.. serta memberi pekerja duit raya supaya ada sedikit sinar untuk depa di hari lebaran ini...

ok masa bekerja....

Wednesday, September 24, 2008

operasi William.. secret code LANTIT..


sebenarnya aku makan indomee tripple + butter prawn + one telor mata ajer.. yang lain depa punyer... tapi x per.. akan aku "pau"jua... muahaahahaha

Tuesday, September 23, 2008

gugurnya seorang komando...


terlantarnya senior worker aku... akibat keletihan bekerja di bulan puasa.. hehehehe.. selamat lah ko x menghalang kiblat semayang wahai syahidi.. kalu tak mau aku semayang mayat menggantikan semayang fardhu....

Sunday, September 21, 2008

bagaimana kah perigi kalu dia ada "kaki"...

ari ni aku rasa sosial networking yang aku masuk dah macam2.. sampai tak tertengok pun ada.. siap boleh lupa dah pernah register.. punyer hebat kuasa networking ni...

hebat2 kuasa networking ni kalu salah guna boleh datang naya jugak...
rasa ari ni .. memang pelik.. kalu lelaki susah nak cari awek... macam aku...

sebab awek ari ni .. x payah tackle dah... kalu dah berumur 26 tu... sapa hi sahaja?
aku berani taruh... dia akan balas 5 sms selepas itu.... ni sebenarnya bahaya kepada kaum Adam.

so aku berpesan kepada diri aku... dan kawan2 mencari awek.. berhati-hatilah.. awek seperti ini tahap terdesak... dan apa2 boleh berlaku... kepada kita wahai kaum Adam yang hensem2..

*/ bukan x mau cari awek.. memandangkan matlamat aku masih belum tercapai.. dan stage untuk cari awek akan menyusul selepas ini.. so aku perlu bersabar2.. dan jangan gedik2.. kerana
setiap langkah akan mengakibatkan kos.. dan setiap kos tersebut masih belum dipastikan sama ada ia berbaloi ke tak...

Wednesday, September 17, 2008

aku dan swordfish..

sehingga ari ni aku masih belum mencapai target aku... iaitu rumah... aku mau beli rumah. walaupun rumah kos rendah sekali pun.. janji rumah... :-p

oleh itu aku pun pi lah SUK.. untuk memohon beli rumah... rumah yang dipohon adalah kos sederhana rendah.. sebab berharga 90K sahaja... setelah mengisi semua borang.. siap angkat sumpah macam2... aku kembali semula ke SUK..

apabila tiba di kaunter... aku pun cakap lah.. pasai aku nak beli rumah.. ni borang permohonan saya, dan ia bertanya.. sudah kawin... aku cakap belum... tapi dah bertunang.. ahaks.. akan berkawin tidak lama lagi...

sesaat lepas tu....

(dalam hati)
apa punyer bodoh lah.. penipuan aku buat ni... sudah.. sat lagi kalu awek ni tanyer tunang orang mana.... kepala aku dah macam 8 QUAD CPU berfikir... seketul minah yang aku kenai pun aku x ingat nama... aahh sudah...... (3 saat berlalu)

teringat aku akan sword fish (saat ke-4) ... iaitu diversion.
memandangkan sebelum awek ni bertanyer lebih2 pasai aku.. baik aku tanyer dia balik...
so cik.. permohonan saya tiada masalah kan.. memandangkan saya dah sertakan pengakuan bersumpah bahawa saya bekerja sendiri, tiada pay slip, tiada borang J, tiada KWSP.. walau bagaimanapun.. bank statement untuk syarikat saya.. sudah saya sertakan...

awek tu cakap.. ok tiada maslaah...
aku cakap.....oklah cik.. terima kasih.. Wsalam...

fuhh.. selamat aku.. sebagai pengajaran.. cuba ingat nama satu awek... x kisah lah awek tu awek orang ker isteri orang.. janji awek... lepas ni aku akan cari satu awek yang aku betui2 kenai.. senang nak buat modal kalu berlaku masalah yang tidak diingini... muahahahahaha

kelemahan kalu sekolah semua lelaki sahaja.. parah2.. ok masa bersahur...

Saturday, September 13, 2008

dari Yahoo Messenger...

Ibu melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Masihkah Kita menyakitkan-nya? Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaan-nya? Mencaki maki-nya? Melawan-nya? Memukul-nya? Mengacuhkan-nya? Meninggalkan-nya? Ibu tidak pernah mengeluh membersihkan Kotoran Yang ada pada waktu kita masih kecil, Memberikan NASI waktu kita bayi, Mencuci celana kotor kita, Menahan derita, Menggendong kita sendirian. SEDARILAH bahwa di Dunia ini tak ada 1 orang pun yang mau mati demi IBU.

Kirimkan ke 10 orang kalo memang Anda sayang IBU [I Love My Mom]...

Tuesday, September 02, 2008

1 Ramadhan 1429 - 1/9/2008

bangun tidur pukul 9.30 pagi.. lepas tu pi tandas.. sambung balik kul 12..
sebab kawan aku cakap tidur kena 5 jam sehari.. kalu tak amat mudah diserang sakit jantung... tidur 6.30 bangun 11.30 ok lah tu.. 5 jam.. :-D

on pc.. mengadap kerja lagi... sampai ke Asar... then pi Carrefour..
target bukak posa adalah Samosa yang terhebat.. hanya di Subang Jaya..

pi bazaar Ramadhan kul 6.20.. sedihnya.. payung samosa pun depa dah bungkus.
cepat betul samosa habih... nampak gaya aku pulang dengan tangan kosong.. sebab kuih lain dah ada kat umah... cuma teringat kan samosa ajer... hehehehe

terawikh kali ni aku dirikan di masjid dekat Subang Parade.. saja tukar angin...
masjid ni memang sah 1 malam 1 Juzuk... nak nenok ada boleh tak malam ni.. Full Swing...

Keputusannya... tewas.. bukan sekadar terketak2.. berpeluh aku berdiri.. tidakkk
kalu mengikut sejarahnya.. hanya beberapa kali sahaja aku berjaya membuat 20 rakaat ni..

setelah di buat post mortem ke atas diri sendiri.. kesilapan strategi.. sapa suruh tambah 2 kali waktu buka puasa tu.. kan dah malas... berharap esok aku makan sikit sahaja..muahahahahaha

ok sambung kembali kerja aku... (tengah baca niat untuk esok)

Monday, September 01, 2008

tewas lagi...

malam pertama.. terketak2 lutut aku.. pada hal imam tu cakap dia hanya baca setengah muka sahaja.. sebab masjid yang aku dirikan terawih ini target hanya 15 juzuk setiap Ramadhan...

tapi kalu Imam tu dengar keluhan hamba sekor ni iaitu aku.. cuba jangan baca berlagu... akhirnya aku tewas.. 8 rakaat.. sudah cabut..

ingatkan orang muda ajer.. pak cik2 pun sama jugak.. kesimpulan.. masih kurang lagi iman di dada ni.. nak berdiri lama pun x boleh....

lokasi masjid di Sunway, betul2 bertentangan dengan Sunway Pyramid...

lepas tu pi meeting kat Nilai Impian.. sampai umah pukul 2.30 pagi... lapaq pulak

pekena maggi.. sebab nak tunggu sahur lama lagi.. mesti kul 5 pagi baru ada sahur.. mengadap PC.. membuat keje macam2... rasa macam dah x cukup 24 jam Yang Maha Esa bagi....

ok masa tidur.. sebab dah semayang Subuh.. lagi pun hari ni cuti...

berharap malam ni boleh lah terawikh dengan mantap...

Sunday, August 31, 2008

Sebelum cahaya Syurga terpadam...
Sebelum hidup ini berakhir...
Sebelum pintu-pintu taubat tertutup...
Sebelum Ramadhan menjelang lagi...
Ku mohon maaf zahir dan batin...
Maaf atas pertuturanku yang tidak terjaga...
Janji-janji yang terabaikan...
Hati yang terkadangkala berperasangka...
Dan sikapku yang pernah menyakitkan...
Maafkanlah kekhilafanku ini...

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

*/ aku berharap tidak tewas lagi Ramadhan ini untuk berdiri mengerjakan semayang terawikh dengan MODE 1 JUZUK satu malam... malam ni nak test power.. ada boleh ke tak....
sedihnya..

tiada sms untuk aku sempena merdeka..
ada satu sms dari sang basri.. itu pun kena request, muahahahaa

tiada bunga api kat Subang Jaya...
kerana aku tak pernah miss layan bunga api di Sunway Pyramid tatkala merdeka dan new year

sekian di pagi merdeka...

aku menunggu 16 September.. berharap ada bunga api sekali lagi...

Wednesday, August 27, 2008

Tahniah... DSAI.

"Sekali pandang mungkin kita tidak perasaan ! Sebenarnya kemenangan DSAI adalah lebih besar dari yang di war-warkan. BN tahu mereka kalah teruk dan demi mengelakkan dari malu yang besar, maka mereka tidak mengulas banyak tentang kemenangan DSAI ... takut kalau-kalau ade yang bertanya mengenai percanggahan statistik undian !!!!

Mengikut perkiraan saya, undi yang sebenar adalah seperti berikut:
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman mengumumkan seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.
1. Peratus mengundi 65.25%
2. Jumlah Undi 38,144
3. Undi DSAI 31,195 (Kemungkinan sahih adalah tinggi)
4. Undi Hanafi 92 (tiada sebab nak salah)
5. Undi sebenar Arif 6,857

6. Majoriti sebenar 24,338

7. Undi Rasmi Arif 15,524
8. Undi tambahan 8,667

9. Jumlah pengundi berdaftar ialah 58,490
10. Jumlah keluar mengundi mengikut kiraan ialah 46,811 (80%)

Kalau mengikut kiraan saya dari kenyataan rasmi keputusan pilihanraya, peratusan keluar mengundi sepatutnya 80 peratus tetapi dalam paparan AWANI dan BERNAMA ianya 65.25%.

Saya percaya 65.25% adalah peratusan yang betul !!!!

Persoalannya dari mana undi 8,667 ini datang ye ?

Monday, August 25, 2008

My G-DAY...

Tahniah untuk aku sendiri... :-p
sepatutnya graduate tahun sudah.. tapi disebabkan masalah kewangan yang tidak mencukupi
so graduate tahun ini... Alhamdullilah..


smart card utk komputer memanggil nama aku untuk menerima scroll


dari belakang.. sesudah menerima scroll....

*/ degree sudah habis.. buat masa ini mengambil Master.. Insya Allah 2010 aku graduate sekali lagi... Ameen. target November 2010.. fly to Dubai...

Friday, August 08, 2008

selipar pulak hilang..

bak kata kawan aku sang Adam.. apabila kita mengalami kemalangan.. akan meningkat lagi tahap keimanan kita... tapi aku pulak pikir.. takkan nak naik tahap kena accident.. tidak lah Adam.. tak der cara lain kaaa..

ari ni pi semayang Jumaat.. selipar aku pulak hilang...
khutbah cerita judi... no.ekor.. dan macam2 lagi..

aku balik berkaki ayam.. selamat lah tumpang kereta sepupu aku.. kaki masih lagi sengal2..
siku masih lagi belum kering.. berharap esok boleh aku pi kelas..

ok mau pi kerja....

selamat pengantin baru untuk Nasrul.. sori bro x dapat turun Kelantan.. kerana esok aku kelas maa... tiada lagi sabtu dan ahad untuk aku selama setahun setengah...

Thursday, August 07, 2008

hari ni jatuh motor..

malu betul nak cerita.. accident berlaku di persimpangan jalan tun razak dan jalan ampang..
pada gear 2 dengan kelajuan tidak sampai 40 km sejam.. kekekekee

hujan gerimis..
aku dibelakang motor orang..
dengan tiba2 dia jatuh...

aku pulak pikir.. kalu aku jalan.. aku langgar dia. mati pulak karang mamat ni..
so aku brake.. tapi kalu brake.. karang keta belakang aku langgar aku.. tidakkk..
malam jumaat ni.. kalu mati malam ni berkat kata orang.. ooo tidakkk..

so aku brake.. dan sama2 tergolek..
awek tayar dua .. tiada calar.. sekadar side mirror pecah..
siku aku bercalar... selamat pakai jeans..
croc aku putus .. selamat aku pakai selipar buaya..

tapi paling sedih.. kereta kat belakang hanya reti horn.. ko ingat aku buat sarkis apa?
rasa nak berhenti tepi sedut sikit minyak petrol letak dalam botol.. lepas tu campak kat kereta tu.. ala2 molotov cocktail.....

sampai umah sapu minyak gamat.. dan tidur..
esok baru terperasan aku punyer copper bracelet x de kat tangan..
ni mesti kes jatuh semalam... tidakkkk SABONA tu...
ok mau tidur... tangan dah berdenyut2...

Monday, July 21, 2008

aku hari ini...

semalam kelas kedua untuk semester ini... sudah ada peningkatan.. pelbagai tugasan sudah diberi. hebat...  

selsema tahap 7 ... bersin x berhenti.....

ping-pong hari ni, macam biasa, kalah lagi..

hari ni jualan memberangsangkan.... ada peningkatan dari Jumaat..

forex sekarang aku trade EURO/GBP.. memang orang x main pair ni.. 

sekian.. sambung kembali tugasan aku sebagai seorang pelajar.. 

Friday, July 18, 2008

Jawatan Kosong Sementara untuk MAHA2008

-Tempoh 2 minggu sahaja(11-23 Ogos 2008)
- Lokasi: MAHA2008
- Menjaga booth ourwedding.com.my
- Mempromosi perkhidmatan ourwedding
- gaji RM500.00(2 minggu sahaja)
- Komisyen tambahan bagi yang beraya menjual pakej
perkahwinan/fotograf/etc
-Tarikh tutup: 24 Julai 2008

Sila hantar resume ke email [email protected] atau ym ana
sendiri di [email protected] syukran jazilan.

Tuesday, July 15, 2008

Seharian....

Keje aku membuat SOP... Standard Of Procedures... memang PARAH.. mau tak parah nya.. sebab aplikasi tu senang.. so keje aku adalah untuk membuat cara step by step macam mana nak guna aplikasi tu... ni dinamakan bala.. macam mana ni...........

aku nak mengarang pulak... selagi x siap SOP.. tiada L.O. untuk awak.. sungguh zalim betul ayat ni... gerammmmmm

Saturday, July 12, 2008

Kelas sudah bermula....

aku sambung belajar lagi... so bermulalah hari ni zaman kegelapan aku.. tiada lagi malam minggu, teh tarik session.. midnight movie kaa... tiada lagi...

setiap sabtu dan ahad ada kelas... bermula pada pukul 8.30 pagi... terdapat 4 subject... 2 di ari sabtu dan 2 lagi di ahad... setiap subjek 3 jam untuk satu sessi....

dijangka habih 2009... hujung tahun Insya Allah....

target aku... migrate to DUBAI... 2010 selepas 10/10/2010 (si andy kahwin...)

ok mau pi kelas.....

Tuesday, July 08, 2008

SUK 4 hari...

Aku dan member aku mengajar di SUK... dual trainer.. tajuk kelas hari ini adalah
Fundamental of LINUX ADMINISTRATOR.... ia sebenarnya termasuk dalam pakej oleh vendor yang memberi aku task untuk menyiapkan server mereka bagi tujuan SISTEM TALIAN RAKYAT SELANGOR (STARS) - www.starselangor.net .

aku tau yang datang tu semua hebat2.. gaji besat2.. kemeja side tajam... seluar slack hitam kemas...

aku datang ngan baju F1 tulis nama company.. kasut sneakers cap ayam, jeans hitam...

cuma satu terkilan... waktu aku mengajar boleh tak matikan phone ker.. atau jangan SMS ker.. buat apa yang aku suruh tu.. nanti ko jugak x paham... ada 17 orang... aku rasa ada 7 ke 8 orang ajer yang betul2 nak belajar.. yang lain hanya mengabihkan duit kerajaan ajer...

itu pasalnya aku x suka kerja kerajaan.. aku prefer to become a good vendor to them... because one project probably I can live for a year.. muahahahahaha

Monday, July 07, 2008

pelik betul lah..

aku seorang freelancer.. so memang semua jenis kaum aku jumpa.. foreigner satu masa dulu.. selalu jugak deal ngan depa ni.. sebab aku streamyx installer... satu masa dulu... bagi aku era kegelapan...

ari ni keje aku adalah.. make sure network mesti UP di satu company di Wangsa Maju...
aku pun pi dengan kelengkapan yang lengkap... supaya kerja mesti settle.. dan aku x mau pergi 2 kali untuk kerja yang sama.. dan bagi setengah orang itu lah adalah cara how u build a good connection... tapi bagi aku itu MEMBAZIR.. orang akan cari kita kalu kita baguih.. x perlu lah pi 2 ke 3 kali untuk free services.... sebab REZEKI kat tangan TUHAN.. akan aku ingat benda ni selalu Insya Allah..

yang paling aku x suka..kalu bangsa lain cakap encik ni balang kena tukar.. dengan selamba sahaja ko tukar.. tapi kalu aku cakap dengan berbekalkan SALAM.. ye ker rosak.. boleh lah guna tu.. awak mana tau.. entah2 benda lain rosak kut... dalam hati.. aku bukan suruh ko beli dengan aku... tapi aku suruh ko pi beli sendiri.. ni kedai dia.. mention my name, please.. u might get discount..

serius.. memang aku geram deal ngan MELAYU macam ni.....

Sunday, July 06, 2008

Ari ahad pun keje..

Aku seorang IT Freelancer.. so setiap hari ada keje... kalu x mau keje.. tiadalah pendapatan gamaknya... bukan x mau mencari keje yang tetap.. sebab hari ini amat sukar untuk mencari satu keje yang aku suka.. soalan interviewer yang paling aku benci...

  • u ada apa.. diploma ke degree ker.. (kenapa bukan IT)
  • u dulu keje mana... (apa company tu.. berapa besar)
  • berapa lama pengalaman.. ( apsal sekejap sangat)
  • spm u ni teruk sangat lah.. ( apsal science subject semua lulus ajer)
  • PMR dulu ada ambil tak. ( kenapa dapat sikit ajer A)

so memandangkan aku dah x mau keje... so aku ikut sunnah Rasullah.. iaitu berniaga.... So I'll do trading until I die... no more keje ngan orang.. kalu kontrak boleh.. permanent sori... but if u can give RM 4,900 BERSIH sebulan.. I'll consider.. ( aku sememangnya tamak.. dalam hal2 duniawi)

tapi paling best.. kalu borak pasal politik... hari ni.. aku di Kelab Menembak Selangor.. fixing depa punyer PC... cerita hari ini sapa Saiful... so memandangkan aku ni di kelompok yang sedikit lembap tentang politik semasa ni.. so aku pun googling sekejap tadi... dan terjumpa.. sungguh CUN betul tunang dia ni.... tapi sedih betul biler dengar cerita.. diliwat sehinga 8 kali mau nak report.... tapi kalu sekali diliwat aku mungkin percaya.. cuma yang menjadi tanda tanyer.. Saiful berumur 23 vs Anwar 60 tahun... at least.. hempuk lah sikit muka anwar tu... biaq lebam ker.. ini x der pung... dah 8 kali mau nak buat laporan.... tu sebab aku TIDAK MUNGKIN PERCAYA akan propaganda si NAJIB dan UMNOnya ni..... 

tunang si Saiful.....

birthday si saiful ari ni

source dari blog si janna ni

Saturday, July 05, 2008

Ari ni hari jadi aku....

Semakin tua gamaknya... sudah nak masuk 3 series.. kalu BMW... hehehehee

Semoga dimurahkan rezeki.. makin bertambah lah ilmu hendaknya... Amin...

Tiada apa2 yang special hari ini.. memandangkan aku masih single.. tiada GF pun..

so operasinya adalah menghantar adik aku ke Seri Iskandar.. Sekian..

Masa untuk bergerak.....  

Friday, July 04, 2008

good suggestion..

Actually I'm looking other ways by not eating rice... by the way.. it's recomended from my doctor.. If you want to live more longer... go to the gym by tomorow.. muahahahaha.. ni doktor paling zalim aku dengar.. padahal my BMI not so teruk.. only 30 and that not good actualy.. the perferct no is 20... so I have to go to diet.. because that Ah Moi (doctor) want to see me by this coming Selasa.. 9/7/08...

thank you for suggestion to replace nasik with bee hoon... 

u r not eating any rice tapi mkn muffin which cost u rm3.30?try to eat bee hoon only for 1 month n u can get the result...my hubby did that for 5 month (no rice at all) b4 married n the result was great...

by the way... how I'm going to eat bee hoon.. don't tell me.. only plain bee hoon... ooo tidak... at least bagi lah kuah sikit.. mau tercekik kawan.

Wednesday, July 02, 2008

hambar betul lah...

selamatlah cousin belanja... hehehehe..

tapi aku belanja dia pop corn lagi mahal dari tiket wayang... rugi2.... kekekeke 

memang dasar pak lah betul aku ni... kedekut.. muhahahahaha

 Run Fat Boy Run....

Tuesday, July 01, 2008

boikot nasi....

boleh kah aku survive dengan memboikot nasi hanya makan muffin setiap hari berharga RM 3.30 sahaja..... day 1 ... sudah berjaya. Tengok esok macam mana... :-p

 Chocolate Muffin hanya RM 3.30 memang best.... 

Tazkirah hari ini,

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..." 

Saturday, June 28, 2008


Char Koay yang terhebat....

Aku lepak kat Pantai Dalam bersama si Farid dan Fazli... sambil menunggu Char Koay untuk di masak... terserempak dengan pengantin baru... si cik daun dan si anuar... hehehehe selamat pengantin baru sekali lagi...

bagi aku Char Koay tu memang superb.. cuma kaya dia memang kureng... agak2 mak cik ni dah mula guna kaya cap yang tiada pelepasan SIRIM sebab tertekan dengan Pak Lah menaikkan minyak.. hehehehe

ok mau gerak ke Shah Alam.. jumpa si hakim...

Tazkirah untuk aku,

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maria Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."

Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Muttafaq 'alaih)
Program Bantuan Makanan Kecemasan ini adalah bertujuan untuk memberi segera bantuan makanan kepada keluarga miskin sementara menunggu kelulusan permohonan bantuan dari agensi kerajaan yang lain seperti Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kepada mereka yang prihatin bolehlah menghulurkan sumbangan seperti , Beras , Tepung , Gula , Susu , Biskut , Sardin serta lain-lain bahan makanan asas yang tahan lama dan tidak mudah rosak ke Pusat Khidmat Masyarakat Paroi , No 22 , Jalan Bunga Raya 27 , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban , N.Sembilan atau menghubungi Koordinator Pusat Khidmat Sdr Hassan 019-2171942 , 06-6794609

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB) Nama akaun : PAS Dun Paroi . No akaun : 05012010063902

Friday, June 27, 2008

Tazkirah untuk aku.....

Daripada Aishah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, June 24, 2008

Jutawan bermula daripada rumah..... Inysa Allah

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu" [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu'alam.