Saturday, March 19, 2005

rutin mingguan...

semalam tugas aku menemani atuk aku... memandangkan dia wad lelaki... so lelaki boleh menemaninya pada waktu malam... atuk aku mempunyai 7 anak pompuan dan satu anak lelaki. so tugas ini jatuh kepada cucu lelaki sahaja.

ini kerana minggu lepas atuk aku tiba-tiba ajer sesak nafas... semua berada di hospital.. tiba-tiba atuk aku tersedar dan bertanye.. semua dah makan belum... aku pun naik pelik.. waa macam ni punyer soalan ada ker.. mak cik2 aku semua dah meleleh air mata dah... boleh dia tanyer salah sorang.. minggu depan ramai ke orang?

disebabkan itu.. mesti ada orang teman kan dia sepanjang masa.. belah siang sapa2 pun boleh. dan belah malam mesti ada juga.....aku sampai kat wad kul 9 malam begitu.. nenok atuk aku tengah tidur, tapi kali ni ada benda lain pulak.. najis dia berdarah..

dalam hati.. waa semakin kritikal... kesian atuk aku... hanya ada satu penyakit sahaja.. iaitu "darah pekat" macam x percaya... tiada penyakit lain :-
jantung talak ada
paru2 cun
buah pinggang tiada
kencing manis pun talak ada
darah tinggi pun tak de
dan jenis-jenis penyakit wajib pada ari ni...
setelah aku pastikan semua ok.. aku pun balik... sebab malam tu aku terpaksa gantikan sepupu aku... dan ada pulak member nak mai dari JB malam tu... aku pun gerak dalam kul 11 lebih macam tu...

No comments: