Tuesday, January 04, 2005

Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung
disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin
isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu
banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut
Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah
sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00
malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup.
Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku
hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar
gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang
dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang
menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke
telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak
harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku
sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya.
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."


"Tik..tik..tik..tik..."


"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku.
Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu.
Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini
telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak
hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di
dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...

Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh.
Baru Pukul 2 pagi.
Jangan maree.. kami potong stim.


Ikhlas dari : Class of 92/93, SMKAS.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.

*/ ada geju yg nak kawin tak... sedap jugak pekena orang ni.. kekekekeke

2 comments:

petz said...

wakakakkk...hampehhhhhhh

Ezwan Emary said...

memula aku ingat lawak lucah hehe...terasa nak buat je hadiah tu kasi kat sesape!!!ko tak nak ke????