Friday, October 08, 2004

cerita Anjing....

Anjing adalah salah satu makhluk Allah. Walaupun tidak mendapat kemuliaan seperti binatang lain, tetapi ia tetap ada hak dimuka bumi Allah. Kita tidak boleh menganiaya anjing setakat ia bukan dari golongan yg mendapat kemuliaan.

Ulamak khilaf tentang najis anjing. Begini pendapat mereka:

1) Ada mengatakan hanya air liurnya sahaja najis lain tidak najis.
2) Ada mengatakan semuanya dari anjing najis, kecuali badannya ketika kering, yakni jika tidak berpeluh anjing itu.
3) Ada pula mengatakan semuanya najis baik kering atau basah.
4) Ada pula mengatakan anjing tidak najis sama sekali. Pendapat ini ditolak oleh majority ulama' ahlussunnah. Ada kaum Syi'ah pelihara anjing.

Pendapat yg kata tidak najis ambil dalil dari surah Al Ma'idah ayat 4, tetapi majority ulama menolak hujjah ini dengan mengatakan air liur anjing dikecualikan dalam masalah binatang buruan. Akan saya jelaskan dibawah nanti.

Kategori najis:

Majority ulama' berkata ia adalah najis berat. Najis berat wajib dicuci dengan 7 kali cucian dan salah satu cucian itu dicuci dengan tanah. (Dalil hadith sahih)

Adakah boleh sebagai binatang peliharaan:

Tidak boleh, hukumnya haram. (Dalil hadith sahih)

Adakah boleh sebagai binatang keselamatan:

Boleh, hukumnya harus. Tetapi tidak boleh masuk ruang rumah, mesti adakan tempat khas untuknya, umpama dilaman rumah, seperti contoh rumah banglo. (Dalil hadith sahih)

Adakah boleh sebagai binatang buruan terlatih ?

Boleh, tetapi menyimpan anjing itu mesti ikut cara diatas. Ketika anjing itu dilepaskan, sebutlah nama Allah (baca Basmallah). Jika selepas ditangkap binatang buruan itu, kena pastikan mesti ada hanya 1 gigitan, jika 1 gigitan, maka halal dimakan. Jika lebih dari 1 gigitan, maka binatang buruan itu dianggap bangkai (najis).
(Dalil surah Al Ma'idah ayat 4)

Anjing hitam yang ganas atau lain tetapi ganas ?

Khilaf ulama, pertama ada mengatakan wajib dibunuh. Pendapat kedua mengatakan latih dahulu kemudian jika tetap ganas maka wajib dibunuh. Saya lebih cenderung pendapat kedua ini, sebab negara barat juga ambil pendapat kedua ini.
(Asbabun nuzul surah Al Ma'idah ayat 4)

*/ andaikata boleh bela anjing.. hendak aku bela anjing yang besar-besar .. baru best.. mantap.. tegap bukan kiut (jangan disalahertikan) .. muahahahaha

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih ustad untuk pelajaran hari ini hehehehe...
apa citer terengganu kalah hahaha

Op

petz said...

Alhamdulillah...mengingatkan diri sendiri dan sesama muslimin yg lain...