Wednesday, July 14, 2004

ari ni hilang lagi sorang saudara

dapat SMS kul 7 pagi lebih tadi.. tapi mata tengah mamai.. baca SMS pun macam orang mabuk.. Tengok2... Tok Jan meninggal.. datuk saudaraku.. waa ni betul ke memain ni.. sebab cousin aku ni rajin memain.. apsal emak bapak aku x cakap pun.. dia orang lambat dapat info ker...

lepas tu mandi... bersiap2 nak pi umah dia.. terpikir pulak nak pakai baju melayu ker.. alamak x gosok lagi ler..pakai T-shirt aje ler.. hantar SMS kat staff.. cakap masuk lambat.. sebab pi nenok saudara meninggal.. aku pun pi umah Arwah kat Bukit Segambut.. rasa umah ni time raya ajer aku pi.. hehehehehe dapat duit raya tu..

ni ler gambo dia.. Tan Sri Azizan Zainul Abidin.. tinggal dalam kenangan...

sampai sana.. orang dah ramai dah... maklum ler orang kenamaan.. for sure ler ramai... tadi cousin nampak Mahathir dan Siti Hasmah.. x perasan pulak aku.. sebab dah terlampau ramai.. dengar cerita dari anak dia.. Arwah meninggal dalam tidur.. dalam kul 5 pagi tu.. isteri dia bangun nak bersiap untuk semayang Subuh.. Tengok Arwah dah tiada lagi dah... sedih jugak bunyinya..

Arwah nak dikebumikan di Putrajaya.. Precint 20..lepas Zohor ari ni, Al-Fatihah untuk beliau....

Semoga Roh Arwah di-cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... Amin

4 comments:

Anonymous said...

Salam takziah..

-lady_emi-

Anonymous said...

Takziah...sorry to know it..

Nilz

Anonymous said...

baca suratkhabar tadi dah tergerak hati. tan sri azizan ni pakcik e1 kut? dan masuk ke blog wan mlm ni - sah konfem...

semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman...

salam takziah dari kami
Op & Mulan

melor said...

Takziah dan Alfatihah untuk allahyarham..

oo sedara rupanya