Monday, June 07, 2004

lepak bersama member baru kat PTPL De'Palma

dalam kul 6 macam tu sampai opis cousin aku kejap.. lepas tu tolong repair PC bos dia.. pangkat Datuk, tapi sedih betul PC dia... x melambangkan seorang 'DATUK'.. kalu PC macam tu silap2 haribulan bukak Words pun boleh hang.. bukan nak mengata.. tapi jangan ler kedekut sangat... apa ler RM 2 ribu bagi PC baru utk seoarang yang bertaraf DATUK

kalu nak guna ayat Edisi Siasat tu.. mahu menangis Datuk tu kalu dia baca blog yang hampeh ni.. hehehehe lepas siap membaikpulih komputer dia.. aku pun pi.. jumpa member aku Rizal.. power jugak mamat ni.. System Administrator tu.. kat Kolej PTPL.. mantap.. bagus Hidup Melayu... cerita pasai Linux aku ler apa lagi.. cerita punyer cerita
cari solution.. jam pun dah kat kul 11 malam.. lepas tu balik..

akhirnya pencarian CD 7.3 pun berjaya.. aku dapat burn jugak 3 keping CD tu.. kepada sesapa yang cari aku kasi tulih kat tagboard tu ok.. sesama kita menguasai Open Source.. heeeeeyaaaaaaaaaaaahhh......

No comments: