Monday, May 17, 2004

satu luahan hati yang lebih kurang sama macam aku punyer hati jugak...

Aghh...Penganggur,

Dilemparkan dengan pelbagai tohmahan yang giler,
Dituduh memilih kerja,
Dituduh salah pilih kursus,
Dituduh tak pandai berkomunikasi,
Dituduh lemah komputer,
Dituduh lemah inggeris,

Malah lebih giler dituduh tak pandai berbahasa mandarin!
Pendek kata semuanya salah Penganggur!

Yang dpt CGPA rendah dianggap pemalas dan bodoh,
Yang dpt kelas pertama dianggap tiada penampilan,
Pendek kata semuanya salah Penganggur!

Kalau kami salah pilih kursus KENAPA TAWARKAN KURUS TERSEBUT DI IPTA?????????

Elok saja setiap IPTA di negara ini hanya sediakan kursus Kejuruteraan dan Komputer,

Mungkin tiada lagi penganggur di Malaysia,AGAKnya?
Kami memilih kerja?
Giler!

Kami mencuba pelbagai kerja...
Kerani ditolak sebab untuk perempuan sahaja,guru ditolak hanya untuk mereka yang mempunyai CABLE sahaja,manakala pengurus ditolak kerana hanya untuk mereka yang mempunyai CABLE dan PENGALAMAN SAHAJA!!!
Pendek kata jawatan berkelayakan ijazah hanya untuk mereka yang suka pindah-pindah kerja.Boring kerja syarikat A berpindah kerja ke syarikat B !!! Mereka ini banyak PENGALAMAN!

Kami lemah komputer?
Tidak cukupkah kemahiran asas komputer kami...WORD,EXCELL ... ??? adakah kami kena belajar bagaimana hendak MENGODAM sistem komputer!!!

Lemah Bahasa Inggeris?
Baiklah...kami ambil 'skim latihan graduan' bahasa INGGERIS oleh PSMB,
Namun setelah tamat...cuba nyatakan kepada kami berapa ramaikah yang telah mendapat kerja ? Adakah yang menganggur sekarang ni tidak pandai BERBAHASA INGGERIS???

ADAKAH YANG MENGANGGUR SEKARANG NI HANYA PEMEGANG IJAZAH BAHAGIAN SASTERA SAHAJA???

Lemah penampilan diri?
Kami dari produk mana? SEKOLAH!!! Oleh sebab itu penampilan kami hasil dari INSTITUSI KAMU iaitu SEKOLAH!!!

Institusi yang kamu URUS DAN TADBIR!!!

Adakah kamu ingin mengatakan SEKOLAH KAMU gagal membentuk penampilan kami???

Jadi kenapa salahkah KAMI jika SEKOLAH KAMU gagal membentuk penampilan kami???

Giler...

Nampak sangat sudah tiada alasan lain lagi...samalah seperti alasan tidak tahu berbahasa mandarin...GILER!!!

Sekarang heboh pulak mengenai perkahwinan lewat di kalangan orang islam,

KENAPA?

Sebab 50000 daripada kami MENGANGGUR!

Ada pulak 'KEMENTERIAN SAYANG JANTINA' yang menekan KAMU memilih mereka sebagai pekerja,

ALASANNYA...kaum mereka lebih bijak,hebat dan bertenaga "mengacip bak fatimah"!!!

Baguslah!

Tapi bila dapat kerja nanti jangan malu-malu meminang kami...
Malu tu yang menyebabkan Penganggur BERKERJA ni masih tidak berkawin...
Malu tu yang menyebabkan jumlah perkahwinan menurun !!!
Biar kaum kami pulak yang menjaga rumah,
Biar kaum kami pulak yang menyiram pokok bunga,
Biar kaum kami pulak yang dok mengumpat tepi tangga,
Biar kaum kamu sahaja yang jadi jurutera,
Biar kaum kamu sahaja jadi GURU DISIPLIN !!! AUWW!!! lipas!
Biar kaum kamu pulak yang menjadi PEROGOL !!!

Penemuduga kacip fatimah cenderung memilih yang sekacip dengan mereka,
Penemuduga Lelaki terutama yang tua sabut kerepot pulak MIANG,
kalau kami yang masuk temuduga hanya 2-3 minit jer,
kalau kacip fatimah yang masuk temuduga mak oiii... hampir 1 jam!!!
kami taulah sekarang kamu dah sihat!!!
Maklumlah Tongkat Ali dah bersepah kat kedai kopi !!!

Pendek semua ... semua salah kami....Serba-serbi tak KENA!!!
Yelah...MALAYSIA kan nak jadi PUSAT ILMUAN TERKENAL DI DUNIA!!!

No comments: