petikan dari Harian Metro,
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satupenipuan/Article
KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.
Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.
Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.
Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.
Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.
Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.
Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.
“Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.
“Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam.
Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.
“Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.
“Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan,” katanya.
Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik.
“Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat,” katanya.
Kesimpulan yang dapat daku ucapkan,
Sungguh sedih mendengar komen dari ahli bijakpandai yang ada di Malaysia ini... cuba lah buktikan dengan NAS ke .. HADIS ker... dan bagaimana pulak yang dikatakan teknik pantulan ker atau apa teknik yang ada sekali pun, tetapi kenapa tiada pulak ahli bijaksana di luar sana yang sependapat dengan ahli bijaksana di dalam negara... ahakkss.
Walauapa-apa pun, pasti ada sesuatu di luar sana. Wallahualam.. Ya Allah tunjukkan kami jalannya.. Ameen Ya Rabbanal Alameen.
daku masih sangsi lagi....
Tandatangan online sokong hapus saman ekor
| KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat. Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti. Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota. “Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya. DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor. Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor. Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan. |
Labels:
saman ekor DPPP
Subscribe to:
Posts (Atom)
